Selepas selesai menziarahi pusara milik arwah ibu dan Kak Erin. Aku terus membawa ayah dan Inara makan tengahari. Seperti biasa aku pasti akan memilih restoran kegemaran aku sejak daripada dahulu lagi. Asam pedas claypot, tak dapat nak cari dekat mana-mana lagi. Di sini jugaklah masakan asam pedas paling sedap.
Setelah mengambil pesanan aku meminta diri sebentar untuk ke tandas. Ayah pula menjaga Inara di meja makan sementara menunggu makanan sampai.
Cermin tandas aku pandang sambil membetulkan sedikit tudung. Aku perasan ada seorang wanita yang berdiri sebelah aku sambil melihat cermin dan membasuh tangannya. Dari pantulan cerminnya aku ternampak ada dua orang kanak-kanak perempuan di belakangnya.
"Kak ngah dengan adik jangan lari nanti jatuh lantai licin tu." Wanita itu memberi amaran pada anaknya. Dua beradik kelihatan seronok berkejaran dan penamatnya salah seorang dari mereka berlari dan memeluk kakiku dengan secara tiba-tiba.
Aku lihat wanita sudah bercekak pinggang sambil menjegilkan matanya pada anaknya.
"Adik minta maaf sebab anak akak kacau adik." Berkali-kali wanita itu meminta maaf sambil menarik tangan anaknya.
"Eh, tak apalah kak. Budak-budak memang suka main kan. Anak akak umur berapa?" soal aku lebih ramah. Anak-anaknya mulai menyorok belakang ibunya.
"Kembar dik, umur dekat tiga tahun dah." Mesra wanita itu menjawab.
"Kembar? Patutlah muka iras-iras. Comel anak akak tembam. Geram rasa nak cubit-cubit pipi tu. Nama siapa?"
Wanita itu memandang anaknya lalu dia menyoal pada anaknya.
"Tu kakak tu tanya nama kak ngah dengan adik apa?" Lembut saja wanita berbicara dengan anaknya.
Mereka hanya mendiamkan diri tapi bibir mereka tak lekang dengan senyuman pakej lesung pipit lagi.
"Malulah tu." Wanita itu mengomel.
Aku hanya tertawa melihat reaksi mereka.
"Yang dekat tepi akak ni namanya Airisy panggil kak ngah. Yang belakang akak ni tentu adik bongsu dia Aira namanya. Dua beradik ni memang pemalu sikit. Dua beradik ni anak yang kedua dengan keempat akak tapi kalau anak akak yang sulung dengan yang ketiga tu. Mulut merekalah yang paling bising dan paling riuh!"
"Akak dah ada empat orang anak ke? Saya ingatkan anak dua aje. Ye lah, akak nampak maintain. Rasa macam tak percaya."
"Kalau ikutkan ada lima orang tapi tulah masa akak pregnant yang sulung baby kembar tapi salah satu janin keguguran. Tak ada rezeki. Bila dah pregnant kali kedua terus lekat kembar tiga. Ini paling akak tak sangka. Selalunya dapat triple ni kalau orang buat IVF tapi akak tak buat pun. Tahu-tahu dapat kembar tiga. Syukur alhamdulillah tapi akak dah cakap siap-siap dengan suami akak. Buat masa ni akak stop dululah sebab masa pregnant yang kembar ni banyak masalah berkait kesihatan akak. Berat badan akak pun naik tiga lipat kali ganda dari sekarang masa dulu tu."
"Saya respect betullah dengan akak. Tak dapat bayangkan macam mana bawak tiga baby dalam kandungan selama sembilan bulan. Kuat betul akak." Aku yang baru mengandung anak sorang pun rasa macam nak patah pinggang menanggung.
"Akak kuat sebab ada family dan paling penting ada suami yang sentiasa beri sokongan pada kita. Dia yang selalu layan kerenah kita. Akak nampak kesungguhan dia menjaga akak masa akak tengah sakit. Sampailah sekarang suami akak banyak yang urus anak-anak."
Tiba-tiba aku rasa kagum dengan sifat yang dimiliki oleh suami akak itu. Betapa beruntungnya akak itu memiliki suami yang sangat mencintainya. Sanggup ada dikala susah dan senang. Sejujurnya aku cemburu dengan apa yang dia miliki.
"Bertuah akak, saya baru anak sorang pun kadang tak mampu nak sekuat akak."
"Adik dah ada anak ke? Akak ingat adik masih student. Nampak muda."
"Saya kahwin muda kak, jodoh sampai awal. Tak rancang pun nak ada zuriat tapi itulah dah ketentuan Tuhan. Takkan kita nak menolak rezeki kan?"
"Adik orang sini ke?"
"Iya, saya orang sini. Nama saya Eryna Sofia."
"Nama akak Aimara Qalesha. Orang biasa panggil Kak Esha je. Dulu masa kecik-kecik akak pernah tinggal sini tapi lepas tu pindah. Adik tinggal kat area mana?"
"Saya duduk dekat Kampung Sungai Rambai."
"Adik kenal tak arwah Tok Mali ? Dia orang Kampung Sungai Rambai. Dia tu bapa saudara akak. Memang akak pernah tinggal dekat situ sekejap. Lepas arwah ayah akak meninggal dunia. Akak dah lama tak jejakkan kaki dekat sini sebab tu akak nak bawak anak-anak datang sini."
"Ya Allah, arwah Tok Mali tu jiran saya kak. Maknanya akak anak saudara arwah Tok Mali. Jadi kalau tak salah saya ini Kak Cha la kan? Kak Cha ingat tak saya Pia? Kak Cha dulu selalu ajak lepak sama-sama dulu tu?"
"Pia anak Pak Cik Safwan ke? Yang macam lelaki tu dulu ke? Kamu ke Pia?"
"Sayalah kak, ya Allah tak sangka dapat berjumpa dengan Kak Cha lagi." Aku terus merangkul erat tubuh Kak Cha. Begitu juga Kak Cha turut membalas pelukanku.
"Akak minta maaf dik, sebab tak ingat Pia. Maklumlah dah ada anak empat orang ni segala macam urat dah terputus. Itu jadi pelupa. Nasib baik Pia ingat lagi Kak Cha." Kak Cha meleraikan pelukannya.
"Tak silap Kak Cha, Pia ada kakak kan? Nama dia Erin kan? Dia muda lima tahun dari akak. Apa khabar dia? Dulu pun dia dah cantik sekarang mesti lagi cantik kan?"
Aku terdiam seketika.
"Kenapa Pia?" Kak Cha mengerutkan dahinya.
"Kak Erin dah meninggal dunia dengan arwah ibu. Dah lama dah, masa tu Pia tingkatan lima. Awal tahun, mereka meninggal sebab kemalangan."
"Ya Allah, Kak Cha minta maaf. Kak Cha tak ada niat nak buat Pia sedih. Pia kuat ya?" Kak Cha memegang bahuku.
"Insya-Allah. Pia akan pastikan yang hati Pia sentiasa kuat." Aku hanya tersenyum palsu.
"Ibu! Atok dah panggil. Atok cakap makanan dah nak sejuk sebab tunggu ibu." Muncul Inara dari belakang Kak Cha dengan muka cemberutnya.
"Ya Allah, lama kita bersembang dalam tandas ni. Ya Allah, jomlah sembang dekat luar." Kak Cha tengok kiri dan kanan tak ada sesiapa.
"Mana pulak anak aku ni?" Kak Cha mengomel lalu dia keluar dari tandas dia nampak yang kedua kembar tadi sudah berada dekat meja makan bersama bapanya. Aku nampak yang suami Kak Cha sedang membaca doa makan. Anak-anaknya juga turut menadah tangan. Sempat aku mengerling memandang wajah suami Kak Cha. Manis orangnya patut anak-anak Kak Cha comel. Anaknya lelaki itu lebih mirip wajah ayahnya.
"Bertuahnya lahai anak-anak aku ni. Kita ni kalau dapat bersembang memang jadi pelupa. Pandai pulak budak-budak ni cari ayah dia." Kak Cha bercekak pinggang sambil memandang anak-anak dan suaminya yang baru saja memulai makan nasi.
"Ibu, Inara lapar." Inara menarik tanganku.
"Sorry sayang, ibu hampir terlupa." Aku mengusap kepala Inara.
"Kak Cha nanti kita bersembang lagi ya anak Pia dah lapar sangat ni. Nanti dia merajuk pulak dengan kita." Inara dah tercebik-cebik bibirnya.
"Iyalah, Kak Cha pun nak makan dulu nanti kita bersembang. Tak puas lagi nak bersembang ni." Selepas meleraikan perbualan kami membuat hal dengan keluarga masing-masing. Seperti dijanjikan usai makan aku dan Kak Cha akan bersembang lagi mengenai banyak perkara!

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...