BAB 28

1K 23 1
                                        

Untuk pertama kalinya yang Harraz menjadi imamku. Tak sangka yang aku pernah tertinggal telekung di dalam biliknya. Takut punya pasal sanggup pakai telekung yang dah macam berhabuk. Selesai solat maghrib berjemaah kami menunggu waktu isyak pula.

Aku mengambil peluang untuk berbincang dengannya. Harraz yang sedang berzikir terhenti seketika kerana melihatku yang tiba-tiba datang mendekat denganku.

"Jangan nak mengada-ngada dekat ya batal wuduk aku nanti." Harraz memberi amaran.

"Suka sangat buruk sangka dengan orang, batalkan wuduk nanti betul-betul kang." Aku mencebik bibir.

"Nak apa?"

"Saya nak minta maaf pasal tadi. Minta maaf sebab dah tinggikan suara. Minta maaf disebabkan saya awak kena lempang dengan abah. Minta maaf sangat-sangat."

Harraz memandangku yang sedang bertelekung dari atas hingga ke bawah.

"Tak ada apalah dah memang salah aku. Aku pun tak patut buat macam tu kat kau selama ni. Aku kira bersyukur jugalah nasib baik kena lempang aje. Daripada kena belasah lagi naya. Cukuplah aku pernah kena belasah sekali aje dengan abah selama seumur hidup aku." Kini Harraz nampak kelihatan tenang. Tak ada pula nak marah-marah.

"Kena belasah sebab apa?" Tiba-tiba rasa nak menyibuk tahu tentang Harraz.

"Sebab kes kau dan Reza."

Aku menundukkan kepalaku memandang bawah. Tak sangka ini juga adalah antara sebab mengapa dia terpaksa menikahi aku.

"Disebabkan aku yang difitnah sebab cuba buat sesuatu yang tak elok pada kau. Aku kena belasah dengan abah. Teruk juga kena masa tu. Abah pandai, dia pukul tak pernah pukul bahagian muka sebab dia tak mahu orang tahu jika ada kesan lebam. Sampai sekarang aku kesal dengan fitnah orang yang melulu menuduh aku. Aku tertekan masa tu dengan desakkan orang sekeliling aku sebab tu aku ambil keputusan aku nikahi kau."

"Saya sampai bila-bila pun saya takkan maafkan perbuatan Reza. Dia melampau. Disebabkan dia masa depan saya juga hampir terkorban." Aku menghela nafas mengenang kisah silam yang cuba ku kuburkan bertahun-tahun.

"Aku pun sampai sekarang masih berdendam dengan dia."

"Harraz."

"Apa?"

"Saya minta maaf disebabkan Inara barang hantaran awak untuk Eliana jadi jatuh berderai. Saya janji saya akan gantikan balik. Saya minta maaf sebab dah rendah-rendahkan awak."

"Soal tadi? Aku dah fikir baik-baik. Aku rasa eloklah kalau kau tak payah ganti. Aku pun ikutkan perasaan sangat tadi. Biarlah lagipun setakat perfume tu apalah sangatkan? Aku maafkan kita kosong-kosong ajelah. Aku pun dah penat sebenarnya gaduh dengan kau."

Tahu pun penat. Habis aku tak penat ke asyik gaduh dengan kau aje Harraz?

"Boleh aku tanya sesuatu?"

"Apa dia?"

"Boleh aku tahu macam mana Inara boleh jadi anak angkat kau?" Harraz tiba-tiba bangkitkan tentang soal Inara.

Inara tu anak kaulah Harraz!

Lama juga aku termenung merangka-rangka cerita palsu agar tak mendatangkan syak wasangka.

"Aku tengah cakap dengan kau ni? Yang kau tenung muka aku kenapa? Tahulah aku makin kacak."

Loya tekak pula mendengar kata-kata Harraz. Ini kali pertama aku dan Harraz berbicara semesra ini. Sebelum ini kedinginan hubungan kami berdua mengalahkan di kutub selatan sana.

"Tolonglah, kawan saya lagi kacak." Balasku dengan perasaan yang menyampah.

"Siapa? Farhan atau Imran." Harraz meneka.

"Bukan, kenapa nak kaitkan soal Farhan pulak?" Bengang pula aku bila nama Farhan disebut.

"Bukan ke kau paling rapat dulu dengan Farhan?"

"Itu dulu, nama pun kawan. Awak ingat masa dia confess dekat saya, saya terima ke? Dia tu suka saya sebab terhutang budi aje. Buat apa kalau luahkan perasaan dekat orang lain tapi bercinta dengan orang lain. Lelaki jenis apa tu?"

"Jenis biawak." Selamba Harraz menjawab.

"Tapikan bila awak sebut pasal Imran kan? Imran makin kacak kan. Tak sangka dulu dia macam selekeh kadang-kadang bendul kan. Sekarang boleh jadi sekacak itu. Menyesal saya tak mengorat dia masa zaman sekolah dulu."

"Bukan hari tu Imran mengorat kau kenapa tak layan je." Harraz jawab dengan nada yang menyampah.

"Awak nak tahu sebab apa?"

"Sebab apa?"

"Simple sebab saya dah ada suami. Walaupun hubungan kita sekadar atas kertas macam yang awak pernah cakap sebelum ni. Saya masih hormatkan awak cuma macam yang awak tahu saya memang ramai kawan lelaki. Awak tak pernah tahu rahsia sayakan Harraz?"

"Rahsia apa?"

"Saya pernah jadi budak-budak tomboy masa sekolah rendah dulu. Awak tahu dari kecil kawan saya mana ada yang perempuan. Maryam tu aje kawan perempuan saya. Sebab tu saya dah biasa kawan dengan lelaki. Bergurau dengan kawan lelaki tu macam perkara biasa aje. Tapi tu dululah, sekarang dah insaf lepas masuk sekolah menengah. Saya tak suka kawan dengan perempuan sebab kadang-kadang antara mereka adalah toksik."

Harraz hanya mengangguk tak ada pula nak marah-marah macam dalam panggilan. Mungkin otaknya dah kembali normal setelah pekena penangan sulung abahnya tadi.

"Berbalik pada soalan Inara tadi macam mana dia boleh jadi anak angkat...." Belum sempat Harraz menghabiskan soalannya seruan Azan Isyak sudah bergema dari Masjid seberang jalan sana.

"Azan, shhh...." Aku menyuruhnya dia diam dengan meletakkan jari telunjukku pada bibir. Harraz akhirnya mendiamkan diri tak jadi untuk meneruskan mengajukan soalan tadi.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang