"Sayang...." Suara milik Harraz betul-betul berada dekat dengan telingaku. Tangannya menggerakkan bahuku untuk menyedarkan ku daripada lena.
Aku membuka sambil mencari pemilik suara. Ternyata betul-betul berada disebelahku. Wajahnya begitu dekat denganku.
"Kenapa?" Aku agak geram jugak dengan Harraz suka-suka kacau orang tengah sedap tidur.
"Sayang, tidur petang macam ni tak eloklah. Dah nak maghrib ni." Harraz menegurku.
"Iya ke? Ala, tadi baring sekejap lepas tu terlelap. Tadi tertidur dengan Inara sekali. Mana dia?" Aku mencari Inara yang sudah hilang.
"Abang sampai rumah tadi dia tengah main dekat depan rumah. Umi ada temankan."
"Iya ke, okeylah kalau macam tu saya nak pergi mandi. Dah senja kan sekejap lagi maghrib kan." Aku terus bangun dan ingin turun daripada katil supaya dapat mengelak daripada Harraz.
"Nanti dulu." Harraz menangkap tanganku.
"Nak apa lagi?" Aku tak sempat nak berdiri dia dah genggam tanganku seeratnya.
"Sayang marah lagi ke?"
Aku menghela nafas sambil menatap kedua belah mata Harraz. Jantungku automatik berdetak dengan kencang. Aku terus mengalihkan pandangan ke arah lain. Aku cuba meleraikan pegangan tangannya itu namun dia makin menguatkan pegangan itu.
"Sayang sampai bila nak mengelak macam ni? Tak kesian ke dekat abang menanggung rindu dekat sayang."
"Tak kesahlah sampai bila pun even sampai saya dah bersalin nanti ke. Awak sebut soal kesian? Masa awak maki hamun, fitnah saya dengan Faiz tu ada awak fikir perasaan saya. Awak lebih percayakan Eliana. Saya tahulah yang awak lebih kenal Eliana daripada saya kan? Sebab tu masa Eliana fitnah anak dalam kandungan saya anak luar nikah awak diam aje sebab awak mengiyakan apa yang dia cakapkan?"
"Astagfirullahalazim, sumpah abang tak tak iyakan pun apa yang Eliana cakap. Abang cuma diam sebab berfikir tu aje."
"Diam sebab berfikir betul ke ini anak abang atau anak orang lain kan?"
"Tak...."
"Tak, apa? Okeylah, kita pejam mata ajelah soal anak ni kan. Pasal soal anak satu hal. Yang satu lagi ni betul-betul keluar daripada mulut awak sendiri. Tak payah nak pusing cerita cakap Eliana pulak. Awak sendiri tuduh saya dengan Faiz tidur sekali. Kenapa awak fikir sampai macam tu sekali? Murah sangat ke saya pada mata awak sampai macam tu awak fikir pasal saya."
"Abang cuma ikutkan perasaan. Maafkan abang. Abang cuma percayakan sayang aje sekarang ni."
"Tu belum lagi awak bagi penumbuk dekat muka dia. Dia yang tolong saya alih-alih dia yang kena pukul. Saya ni sampai dah tak tahu nak letak mana muka saya pada Faiz sebab perangai awak dengan Eliana." Aku memeluk tubuhku.
Harraz diam tak berkutik. Dia langsung tak berani berkata-kata. Ini kalau orang nampak mesti orang akan cop Harraz ni GTB (Geng Takut Bini)
Aku sebenarnya kasihan jugak dengan suami sendiri nampak wajahnya yang betul-betul penuh kekesalan. Tapi sengaja aku mainkan perasaannya supaya dia makin dihimpit rasa bersalah. Aku nak supaya dia betul-betul menyesal dengan perbuatannya yang lalu.
"Daripada dulu saya pernah cakap. Kalau awak betul-betul sayangkan Eliana. Awak pergilah bina hidup baru dengan dia. Mungkin mula-mula saya akan rasa sakit tapi tak mengapa akhirnya saya akan terima juga. Lagipun saya kan dah biasa kena tinggal ni." Bunyi macam dah pasrah sangat.
"Abang takkan lepaskan sayang walau apapun jadi."
"Selagi awak belum minta maaf dengan Faiz. Saya akan terus macam ni. Terpulanglah pada awak. Pilihan ditangan awak."
Harraz tak membalas walau sepatah.
"Kenapa diam? saya yakin yang awak takkan mampu buatkan? Iyalah, setahu saya Adam Harraz ni seorang yang ego."
"Apa bukti yang sayang tuduh abang ego?"
"Buktinya awak cakap awak cintakan saya dari zaman sekolah lagi tapi kenapa lepas saya tinggalkan awak. Awak langsung tak cari saya? Malah awak bertunang dengan Eliana. Niat awak nak buat saya cemburu dan balik pada awak macam tu? Awak jahat sebab dah pergunakan Eliana. Bila saya dah kembali, awak buang Eliana!"
"Dia yang tinggalkan abang."
"Jadi, kalau saya dah kembali dan masa tu Eliana tak lari tinggalkan awak. Mesti masa tu Eliana dah selamat jadi isteri kedua awakkan. Silap-silap yang mengandung bukan saya tapi si Eliana tu." Aku terlalu geram hingga terlupa sesuatu perkara.
"Bukan dia cakap yang tak boleh mengandung ke?" soal Harraz.
"Terlupa." Aku memintas kata-kata Harraz.
"Sayang sendiri dah tak nak kita ungkit kisah silam tapi sekarang siapa yang ungkit. Okey, abang mengaku semua kesalahan abang sebelum ni. Abang dah minta maaf pada Eliana. Abang pun baru jumpa dengan Faiz sebelum balik tadi. Abang dah berbaik dengan dia. Sumpah kali ini abang tak tipu. Kalau tak percaya sayang boleh tanya Faiz sekarang." Harraz mengeluarkan telefon daripada poketnya lalu menghulurkan padaku.
Aku hanya buat-buat tak tahu.
"Kenapa awak saya macam ni Harraz?" Mataku mulai berkaca. Hatiku mulai sebak melihat kesungguhan Harraz meminta maaf. Teringat pulak cerita umi yang Harraz yang belikan rumah atas namaku sebagai hadiah kerana telah melahirkan dan menjaga anaknya.
"Ya Allah, sayang apa lagi yang abang nak buat supaya boleh abang boleh tebus kesalahan abang balik?"
Aku tak dapat menahan air mataku. Akhirnya, jatuh berguguran.
"Sayang... jangan menangis." Harraz makin tak keruan melihat perubahan emosiku. Tadi marah-marah sekarang boleh pulak menangis. Mesti Harraz pelik, mudah betul aku berubah emosi. Agaknya pembawakan budak kut.
"Sampai hati awak buat saya macam ni Harraz."
"Abang menyesal sayang. Abang takkan ulangi kesalahan abang. Beri abang peluang lagi."
"Awak tahu yang saya ni terlalu sayangkan awak Harraz. Jadi awak seksa hati saya dengan ungkapan maaf awak. Awak buat hidup saya jadi tak tenang selagi tak maafkan awak. Hati saya ni degil, walaupun berkali-kali disakiti oleh orang sama tapi dia masih memilih untuk mencintai orang yang sama yang dah sakitkan hati ni."
Saat itu mata Harraz juga kelihatan berkaca.
"Maafkan abang sebab selalu sakiti hati sayang." Harraz memegang pipiku.
"Kenapa awak sanggup beli rumah dan nak letak atas nama saya?" Aku beranikan diri untuk mengutarakan soalan itu.
"Jadi umi dah ceritakan? Abang buat demi sayang dan anak-anak kita nanti. Itu hadiah buat sayang sebab susah payah sayang besarkan anak abang seorang diri."
"Macam mana kalau kita berpisah nanti? Rumah tu macam mana?"
"Jangan cakap macam tu sayang. Abang nak hidup dengan sayang dan anak kita hingga akhir nafas abang. Abang ikhlas bagi rumah tu dekat sayang. Abang buat macam tu sebagai bukti yang abang memang percayakan sayang. Sekarang terpulang pada sayang samada nak tetap dengan abang atau pergi."
"Macam mana saya nak lupakan lelaki yang dah buat hidup saya berubah sepenuhnya. Terima kasih sebab awak dah buktikan yang sesungguhnya awak betul-betul dah berubah. Abang...." Aku terus mendakap erat tubuh Harraz dan menyembamkan muka pada bahunya. Harraz juga membalas pelukanku.
"Terima kasih sayang sebab maafkan abang." Harraz berbisik pada telingaku.
"Terima kasih, abang sebab dah kembalikan keyakinan saya." Usai aku berkata Harraz mengucup dahiku. Hatiku serta-merta tenang bila berada dalam dakapan hangat Harraz.
"Dah jomlah mandi nanti nak masuk waktu maghrib." Harraz mencelah.
"Okeylah, jom." Kami meleraikan pelukan lalu saling memimpin tangan untuk pergi mandi bersama-sama sebelum menunaikan solat maghrib.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
Storie d'amoreSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...