BAB 97

246 7 3
                                    

"Abang tak sangka yang Eliana boleh serah diri dia macam tu aje. Selama ini abang percaya dia mampu jaga diri. Ternyata tanggapan abang salah." Harraz seperti tak dapat menerima kenyataan yang Eliana sudah terlanjur.

"Saya tak tahu nak cakap apa tentang hal Eliana. Saya bukannya baik sangat. Lagipun Farhan dah meninggal dunia tak baik kalau kita sebut-sebut keburukkan dia. Abang pun tahulah, kematian kita pun belum tentu dalam keadaan husnul khatimah. Tapi, saya selalu berdoa yang kita akan meninggal dalam keadaan baik. Kalau tentang Eliana, saya turut simpati dengan nasibnya."

Aku nampak yang Harraz begitu runsing memikirkan nasib Eliana. Selepas saja Puan Safiah keluar bilik. Ada bibik yang memasuki bilik dia meminta Eliana mengemas baju untuk keluar dari rumah. Katanya arahan daripada ayah Eliana. Makin lebat airmata Eliana mengenang nasib sambil mencari hala tuju untuk hidup.

Sebenarnya aku agak cemburu kerana Harraz lebih ambil berat tentang Eliana daripada aku. Tapi aku tepis sejauh mungkin perasaan itu agak tak terlalu mengikut perasaan. Aku faham mengapa Harraz begitu ambil berat tentang Eliana. Lagipun, mereka berdua pernah rapat.

Aku ingat selepas balik daripada rumah Eliana ketika dalam perjalanan aku nampak ada peniaga tepi jalan menjual mee kari. Aku meminta Harraz berhentikan kereta untuk membeli tapi dia langsung tak mempedulikanku. Apa yang Harraz buat adalah selepas kereta berlalu jauh dari tempat itu baru dia menyedari yang aku memanggilnya.

Selepas dia menyedari baru dia bertanya kembali apa yang ku mahukan. Memandangkan yang Harraz begitu mengelamun panjang sehingga tak sedar aku memanggilnya. Aku hanya berkata jangan mengelamun ketika membawa kereta lalu mendiamkan diri sahaja. Sampai begitu sekali dia begitu resah hati memikirkan Eliana.

"Abang bukan apa sayang, lepas ayah dia halau tadi. Abang cuma fikir mana Eliana nak pergi? Dia bukan ada sesiapa pun. Kawan yang rapat pun cuma Ayu tapi Ayu pun dah tak tinggal sini. Dia sambung belajar."

"Eliana tu ramai yang sayang. Saya tahu kat mana dia tuju dia."

"Agak-agak mana dia pergi?"

Aku hanya membisu. Kenapa? Kenapa terlalu ambil berat tentang Eliana? Bukannya dia kena rogol pun. Dia sendiri yang rela serah diri. Bila dah mengandung mula nak minta simpati orang! Kenapa aku dulu tak ada yang peduli pun? Nak kasihan lagilah tak ada yang ada hanya caci makian.

"Sayang, i am talking with you." Harraz memanggilku.

"Saya penat nak tidur." Aku mengemas bantal lalu menghenyakkan tubuh pada katil.

Satu-satu masalah dari hal Faiz yang tiba-tiba berubah mendadak. Datang pula malapetaka yang baru pasal si Eliana. Aku cuba untuk menahan hati daripada rasa cemburu tapi tak mampu. Setiap kali, aku memanggil Harraz dia langsung tak menyahut. Aku yakin yang dalam fikiran cuma Eliana sahaja!

"Sayang..." Harraz memanggilku.

"Apa?"

"Selalunya sayang tak macam ni pun ataupun sayang terasa hati sebab abang ambil berat tentang Eliana?"

Aku menganggukkan kepala cuba untuk berlagak tenang agar dapat menyembunyikan rasa. Kalau aku iyakan pun tak ada gunanya nanti banyaklah alasan yang Harraz akan huraikan semuanya untuk mengukuhkan kepercayaanku.

Kalau ikutkan rasa rajuk dihati memang tak nak tidur sekatil dengan Harraz. Nak aje tidur dekat sofa luar tapi memandangkan yang ini bukan rumah sendiri lebih baik simpan sahaja hasrat itu sebelum disoal siasat oleh umi dan abah.

"Saya okey aje, biasalah penatkan baru balik dari sana lepas tu terus pergi rumah Eliana. Harini saya tak cukup tidur. Biasanya kalau tak cukup tidur pun, saya boleh lagi kalau nak tidur lambat walaupun penat sangat. Sejak mengandung ni buat kerja sikit pun dah penat. Sekarang pun kalau dapat tidur seharian pun rasa best."

"Sayang betul tak ambil hati ke kalau abang ambik berat hal Eliana. Abang bukan apa, abang cuma risau iyalah Eliana tu mana biasa hidup susah. Selepas dia kena halau, entah-entah tidur dekat lorong mana ke? Kalau kena kacau macam mana. Itu yang abang risau. Iyalah, sayang pun fahamkan yang abang dengan dia pernah rapat..."

"Kalau risau sangat abang pergi telefon dia sekarang bawak dia menumpang dekat rumah sini. Diakan tengah mengandung. Duduk dekat luar tu sejuk-sejuk tak elok untuk kesihatan dia dengan baby. Dia kan tak pernah hidup susahkan? Bagilah dia tumpang bilik ni sekali. Saya boleh tidur luar nanti." Aku memintas kata-kata Harraz.

"Abang tak ada pun cakap pun macam tu."

"Tak apa, saya okey aje. Saya dah biasa hidup susah. Ayah dah besarkan saya dalam hidup yang sederhana. Panggillah dia menumpang tidur sini. Lagipun, dia tengah pregnant anak pertama kan?" Akhirnya aku tak dapat bersabar.

"Abang tak abaikan sayang pun kenapa sayang nak marah-marah? Dalam keadaan macam ni pun sayang masih nak cemburu dengan Eliana ke?"

Saat itu aku rasa hatiku bagai disentap oleh kata-kata Harraz. Aku menarik nafas lalu menghembuskan perlahan-lahan. Sebelum aku mengamuk lebih baik aku mengatur penafasan dahulu supaya lebih tenang.

"Tak abaikan? Abang yakin yang abang tak abaikan saya?"

"Okey, cuba cakap yang abang dah buat sampai sayang nak melenting macam ni?"

"Masa dalam perjalanan balik tadi saya panggil abang untuk beli mee kari sebab saya teringin tapi abang buat tak dengar. Saya tau yang abang mengelamun fikirkan nasib Eliana. Pada mulanya saya boleh bersangka baik lagi tapi sekarang tak boleh!"

"Takkan sebab mee kari pun jadi macam ni? Okeylah, esok abang cari nak berapa 10 bungkus? Hah, makanlah. Macam budak-budak benda sikit pun nak jadi isu."

Harraz seolah-olah memerliku. Hatiku mulai menahan sebak. Air mata bertakung ditubir mata tunggu masa untuk jatuh saja.

"Saya tahu saya ni perangai macam budak-budak benda kecil macam ni pun nak cemburu nak besarkan isu. Tapi saya ni ada hati, saya bukan tunggul kayu. Kenapa semua nak ambil berat tentang Eliana? Dia bukannya kena rogol pun sampai mengandung. Dia sendiri mengaku yang dia terlanjur. Bila jadi macam ni semua mula simpati dengan dia." Air mataku mula bergenang.

Harraz tak pula menjawab.

"Masa saya hampir kena rogol dulu ada sesiapa peduli tentang saya? Malah dipulaukan, dimaki hamun dan dihina. Padahal, bukannya salah saya. Saya cuma mangsa yang tak tahu apa-apa. Tiba-tiba sedar dari pengsan saya kena kahwin dengan abang!"

"Sayang..."

"Sudahlah, saya dah penat dengan abang. Saya nak tidur." Aku bangun daripada katil. Harraz menangkap tanganku.

"Lepaslah!",

"Nak tidur mana?",

"Tidur luar ajelah." Aku menolak tangan Harraz.

"Sayang, abang minta maaf! Sayang, jangan tidur luar. Sayangkan tengah mengandung. Kalau baring dekat luar nanti badan sakit." Harraz cuba menghalangku.

Aku memilih untuk tidak menghiraukan Harraz lalu memilih untuk keluar daripada bilik. Tak cukup dengan itu Harraz juga mengikutiku. Dia takkan membiarkan yang aku seorang diri diruang tamu.

"Sayang, janganlah macam ni kalau abah nampak macam mana?"

"Saya jawablah yang saya panas. Saya nak duduk dekat luar. Apa susah?" Aku menjeling Harraz.

"Tapi dalam bilik ada aircond. Tak logik alasan tu sayang."

"Apa pulak tak logik? Saya cuma cakap panas aje tapi tak cakap pun panas apakan? Boleh jadi panas hati ni. Sudahlah, tak payah nak menyibuk tentang saya. Abang pergilah telefon dia sekarang, suruh dia tidur sebelah abang. Sayakan dah duduk dekat luarkan?"

Harraz akhirnya mengeluh. Aku tetap berkeras hati tak mahu beranjak walau sedikitpun dari ruang tamu ini. Keputusanku muktamad!

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now