BAB 37

934 13 6
                                        

"Eryna nak makan apa?" Antara kami bertiga Faiz terlebih dahulu bertanya soalan pada aku.

Sempat aku mengerling pada Harraz. Dia nampak lebih tenang berbanding tadi.

"Sebenarnya, saya tak ada selera nak makan. Korang ajelah makan." balasku yang sebenarnya mengalami sakit kepala. Rasa berdenyut-denyut kepalaku tapi aku memilih untuk berdiam diri sahaja.

"Kenapa pulak tak ada selera?" Faiz mengerutkan dahinya.

"Dah memang tak ada selera nak buat macam mana."

"Sakit ke?" Faiz meneka.

"Tak adalah mana ada." nafiku.

"Kenapa muka pucat tiba-tiba?"

"Tak ada apalah kan muka saya tak pakai make-up sebab tu nampak pucat."

"Tipu, saya bukan kenal awak sehari Eryna. Tengahari tadi makan tak?" Nada suara Faiz berubah menjadi tegas.

Sebenarnya aku takut nak mengaku yang aku belum makan tengahari. Setelah ambil Inara dari sekolah aku terus kembali berkerja sehingga lupa untuk makan.

"Kenapa diam? Saya tengah cakap dengan awak ni!"

Aku hanya menggelengkan kepala.

Faiz mengeluh.

"Awak selalu macam ni Eryna. Terlalu sibuk pasal benda lain sampai abaikan diri sendiri. Sibuk membebel kalau saya makan lambat nanti gastrik tapi awak? Kesihatan sendiri pun lupa."

"Perut masuk angin ajelah."

"Dah tahu perut lapar masuk angin tapi masih lagi tak nak makan alasan tak ada selera makan." Faiz menggelengkan kepalanya.

"Makanlah Eryna nanti kalau sakit siapa juga yang susah." Harraz mula mencelah perbualan kami berdua.

"Dengar tu suami sendiri cakap apa jangan nak derhaka pulak. Cakap saya awak bolehlah nak derhaka Eryna tapi bukan dengan suami awak." Pulak dah tiba-tiba kaitkan status suami sekarang ni. Mereka ni komplot ke nak kenakan aku?

Aku menjeling tajam pada Faiz dan juga pada Harraz. Harraz kelihatan sedang memeluk tubuhnya.

Akhirnya aku mengalah hanya mengangguk kepala.

"Iyalah, saya nak makan. Bagi nasi goreng kampung tak nak pedas dengan air suam."

"Okey, Harraz dengan Eliana nak makan apa?"

"Sama dengan Eryna." Ringkas saja Harraz menjawab.

"Eliana pulak?"

"Saya nak minum ajelah. Bagi air milo ais." Eliana menjawab.

"Okey, tu aje kan?" Faiz bertanya lagi sekali mahukan kepastian.

Kami hanya menganggukkan kepala. Setelah itu Faiz mengangkat kaki ke kaunter untuk memesan makanan. Selalunya memang akan ada pelayan datang ambil pesanan tapi entah mengapa hari ini tak ada pula orang. Mungkin tak cukup kakitangan kut hari ini. Bila dilihat sekeliling agak ramai pelanggan.

"Harraz, Eliana nak pergi kedai sebelah sekejap. Ada barang keperluan sikit yang Eliana nak kena beli." Eliana bersuara dengan nada yang manja pada Harraz. Menyampah pulaklah aku dengar.

"Iya ke? Kalau macam tu biarlah Harraz ajelah yang pergi beli. Eliana teman Eryna kat sini." Tak kurang dengan Harraz juga yang melembutkan suaranya. Sama-sama naik dua orang ni.

"Eh, tak apalah Harraz. Eliana nak beli barang orang perempuan." Eliana menolak pelawaan Harraz.

"Okeylah." Harraz hanya akur dan membiarkan Eliana pergi.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang