BAB 18

513 15 14
                                    

Sedang aku dan ayah makan malam sambil gelak tawa tiba-tiba telefon bimbitku berbunyi tanda panggilan masuk. Panggilan dari nombor telefon yang tidak dikenali. Aku pandang wajah ayahku yang juga turut bingung melihat keresahan yang terpancar dari wajahku.

"Jawablah, mana tahu penting." Ayah menyuruhku mengangkat.

Bingkas aku bangun dari kerusi dan membasuh tangan kemudian kembali mengambil telefon dan menjawab panggilan.

"Finally, after 7 years. You are come back!" Selepas kata-kata itu menerpa gegendang telingaku. Lantas terasa lemah jari jemariku untuk memegang telefon.

Aku segera ke hadapan dan masuk ke dalam bilik tak mahu ayah mendengar butir-butir perbualan aku dengan dia.

"Assalamualaikum." Aku memulakan bicara.

"Walaikumussalam my wife, Eryna Sofia." Sinis suara Harraz berkata.

Aku terdiam tak mampu bersuara. Lidah terasa mati tak mampu menuturkan apa-apa.

"Kenapa diam? Terkejut? Aku rasa dah lama kita tak bercakap. Kau menghilang tanpa khabar berita. Aku pun tak tahu samada kau masih hidup ataupun dah mati tapi tulah aku sebenarnya tak peduli pun pasal kau. Alang-alang kau buat kemunculan depan mak abah aku kononnya jadi baik nak sponsor majlis perkahwinan aku. Aku rasa ada something wrong. Iyalah kau kan benci aku takkan kau tiba-tiba nak buat baik dengan aku. Baik kau mengaku apa yang kau nak Eryna!" Suara Harraz berubah menjadi keras diakhir kata.

"Saya cuma nak kita berbaik sebelum kita bercerai." Balasku.

"Wow, bercerai? After 7 years, baru terfikir pasal cerai? Kenapa? Kau dah jumpa lelaki yang kau cintai ke dan kau nak dengan dia lepastu baru kau teringat yang kau masih lagi jadi isteri aku?" Seperti bisa yang mencucuk hati tatkala Harraz menyindirku.

"Kalau betul sekalipun adilkah bagi saya, awak boleh hidup bahagia dengan orang lain sedangkan saya masih terikat dengan hubungan ni? Saya dah penatlah. Niat saya baik, saya cuma nak kita berbaik itu aje. Iyalah, disebabkan saya awak kahwin pun tak macam orang lain. Saya serba salah sebab buat hidup awak hampir hancur dulu."

"Sedar diri pun yang hidup aku hampir hancur sebab kahwin dengan kau. Aku pun tak faham kenapa aku terpalit sekali dalam masalah kau. Malang betul hidup aku."

"Saya nak minta maaf." Aku tak tahu mengapa aku boleh menjadi begini tak mampu melawan kata-kata Harraz yang melampau dan biadap itu. Kalau dibanding hidup aku dengan Harraz. Hidup aku lagi merana kerana dia. Sekurang-kurangnya dia masih boleh bersama orang dia cintai tapi aku?

"Maaf? Aku tak faham apa maksud kau. Kau kena ingat Eryna. Kalau ada apa-apa yang terjadi pada perkahwinan aku dengan Eliana. Kau orang yang pertama yang aku akan cari. Sebab apa sebab hati kau dengan wajah kau sama-sama buruk! Kau memang tak suka tengok orang bahagia! Malang betul lelaki yang cintakan kau kena hadap muka kau yang hodoh tu dengan perangai tak semenggah kau." Harraz makin melampau menghinaku.

Lama- kelamaan air mataku mengalir hangat membasahi pipi. Sakit hati menerima hinaan Harraz.

"Saya berdoalah supaya awak bukan salah seorang lelaki yang jatuh cinta dengan saya nanti." Aku mengelap air mataku.

"Yakinnya kau." Harraz mula galak ketawa.

"Perasannya kau ni, tak tahulah pulak kalau kau buat pembedahan plastik nak ubah muka kau. Perasan juga kan isteri aku ni. Aku beruntung tau sepanjang kita kahwin kita tak ada anak sebab apa sebab aku takut anak aku warisi segala keburukan yang ada pada kau. Lupalah pulak, macam manalah kita nak ada anak. Aku sentuh kau pun sekali aje. Itupun, aku rasa macam benda yang paling bodoh yang pernah aku buat dalam hidup aku."

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now