BAB 67

542 11 5
                                        

Tepat pukul 10 malam baru aku berani munculkan diri di rumah Harraz. Ikutkan hati nak datang esok aje tapi memandangkan aku terlalu rindukan Inara dan Harraz aku gagahkan diri untuk bertemu mereka pada malam ini juga.

Alasan utama aku takut untuk bertemu dengan mereka juga adalah kerana mataku yang agak membengkak kerana menangis mengingati kata-kata Eliana. Takut disoal siasat mengapa mataku sembab. Kalau umi dengan abah tahu lagi haru biru! Silap-silap mereka ingatkan aku bergaduh dengan Harraz pula.

"Assalamualaikum." Aku memberi salam.

Pintu dibuka nampak wajah Abah yang muncul dia cuba mengecam wajahku.

"Eryna ke?" soal abah.

Aku menganggukkan kepala dan terus menyalam tangan abah.

"Kenapa malam-malam pakai cermin mata hitam?" Abah mengerutkan dahinya.

"Bawak kereta malam mata jadi silau." Aduhai jawapan. Dah tahu silau yang gatal bawak kereta malam tu buat apa?

Abah hanya mengangguk faham dan menjemputku masuk ke dalam rumah. Aku terus mengambil tempat di sofa dan duduk.

"Bahaya malam-malam macam ni perempuan drive sorang-sorang." Abah mengambil tempat juga untuk duduk.

"Sebenarnya target nak sampai dalam pukul 8 malam tapi masa lepas solat maghrib tadi terlelap. Itu yang lambat sampai." Kali ini aku tak tipu. Lepas maghrib tadi memang aku terlelap sekejap. Seharian aku menghilang pun bukannya pergi mana. Pergi check-in hotel sekejap untuk berehat, tenangkan fikiran dan cari kekuatan semula. Selepas puas menangis baru aku perasan mataku makin mengecil kerana bengkak.

"Eryna, kalau umi dan Harraz ada mesti dia membebel sebab drive malam macam ni."

"Alah, abah. Eryna dah biasa bawak kereta malam-malam. Tak ada apalah." Selamba saja aku menjawab.

"Aik, tadi kata mata silau macam mana boleh biasa bawak kereta malam?"

Terdiam aku seribu bahasa.

"Umi, Harraz dengan Inara mana?" soal aku sambil mata meliar mencari kelibat mereka. Taktik nak cuba alihkan perhatian abah.

"Biasalah dah pukul 10 semua dah masuk bilik tidur. Harraz dengan Inara dah tidur agaknya kut. Kalau umi, abah rasa umi tengah mengaji lagi kut. Dalam pukul 11 nanti dia tidurlah tu. Abah ni mata dah rabun. Cermin mata pun patah sebab Inara terpatahkan tadi. Kalau tak abah join umi sekali."

"Inara patahkan?" Aku terkejut mendengar abah yang mengadu tentang kenakalan Inara.

"Tak ada apalah Eryna. Puncanya cermin mata tu terjatuh. Nak jadikan cerita Inara tak nampak dia terpijaklah. Jangan kamu marah dia pulak. Dia tak sengaja tu." Abah seolah-olah faham yang aku memang akan naik angin dengan Inara. Awal-awal lagi abah dah memujukku.

"Abah cakap aje berapa harganya nanti Eryna bayarkan."

"Abah okey aje. Jangan risau abah halalkan aje. Budak-budak kalau dah tak sengajakan." Abah masih mempertahankan Inara. Kalau dah sayang cucukan nak buat macam mana.

"Terima kasih abah, Eryna masuk dulu ya. Assalamualaikum."

"Walaikumussalam. Hati-hati berjalan jangan sampai terlanggar pulak. Dahlah pakai kaca mata hitam tengah malam-malam buta." Sempat abah mengusikku.

Aku terus beredar menuju ke bilik. Tombol pintu dipulas. Terlihat mereka berdua yang sedang lena diulit mimpi. Aku mendekati Inara. Kaca mata hitam itu aku tanggalkan dan letakkan berhampiran meja lampu tidur.

Aku menyelimutkan Inara lalu ku cium dahinya. Tiba-tiba rasa sebak kembali menyerbu hatiku. Memang hari ni hari aku bersedih aje ke? Seharian menangis, aku pun letih. Inilah risikonya bila mencintai lelaki yang masih menjalinkan hubungan dengan kekasihnya. Sekarang kekasihnya sudah kembali. Apa yang aku boleh lakukan? Lambat laun Harraz akan tinggalkan aku juga.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang