Sepatutnya aku balik ke Kampung Sungai Rambai hari sabtu untuk ambil Inara tetapi memandangkan aku siap kerja awal sikit jadi aku memutuskan untuk balik awal. Rindu punya pasal katakan. Dalam pukul 4 pagi aku dah bertolak dari rumah. Tak lama dalam pukul 8 pagi dah sampai masuk pekan.
Padanya mulanya aku ingin buat kejutan pada Harraz dan Inara kerana pulang awal. Tapi disebabkan aku tengah lapar jadi aku singgah ke kedai makan dahulu untuk mengisi perut. Harraz pun aku tahu sekarang dia dah mula berkerja beberapa hari yang lalu. Eliana sekarang sudah entah kemana jadi dialah yang terpaksa ambil alih juga pekerjaan Eliana.
Tiba-tiba aku daripada mesej daripada Eliana.
Eliana
Assalamualaikum, ini saya Eliana. Saya nak jumpa awak sekarang. Ada hal yang saya nak bincangkan.Jantungku berdegup dengan kencang. Kenapa Eliana ni? Bukan ke dia dah menghilang? Aku pandang sekeliling saat aku menoleh ke belakang aku nampak susuk tubuh seorang wanita. Bagaimana dia tahu aku ada disini?
Perlahan-lahan dia berjalan lalu duduk dihadapanku.
"Saya terserempak dengan awak masa nak beli roti canai tadi." ujar Eliana sambil tersenyum.
Waktu itu ada seorang pelayan ingin mengambil pesanan. Eliana hanya mengangkat tangan dan menggelengkan kepala sebagai tanda tak mahu. Pelayan itu pun segera berundur.
Sejak bila dia ni masuk kedai mamak. Bukan ke bagi dia kedai mamak tak standard. Maklumlah orang kaya. Sarapan pun makan beef stick dengan fresh orange. Manalah nak makan nasi lemak, roti canai atau kuih-kuih macam tu. Entah-entah dia ikut aku tak?
"Saya dengar awak dengan Harraz dah berbahagia sekarang. Tahniah." Mendadak sekali Eliana mengucapkan tahniah.
Aku hanya menganggukkan kepala. Dah orang cakap tahniahkan.
"Mana awak menghilang Eliana?" Soalku.
Eliana mengeluh.
"Sebenarnya saya malu dengan awak Eryna. Saya punya kekurangan sebab tu saya tinggalkan Harraz tapi keputusan saya tinggalkan tu adalah keputusan yang salah. Sampai sekarang saya rasa kesal sebab tinggalkan dia."
Kenapa baru sekarang rasa kesal? Setelah aku berjaya meraih hati Harraz dan sekarang dia kembali untuk merebut kembali hati Harraz. Meluap-luap pulak aku dengar cara Eliana ni bercakap. Memang ada bunyi-bunyi macam nak rampas Harraz balik aje.
"Saya tinggalkan Harraz sebab saya malu dengan awak Eryna. Awak mampu beri dia zuriat tapi saya tak mampu. Doktor sahkan saya tak boleh hamil. Saya mandul." Eliana mula menakungkan air matanya.
Aku mula diserbu rasa serba salah.
"Selagi awak ada rahim awak boleh mengandung Eliana."
"Sebelum saya nak kahwin saya ada pernah buat operation sebab ada ketumbuhan. Akibatnya saya memang tak boleh mengandung. Saya malu nak mengaku dengan Harraz." Setelah habis berkata air mata habis jatuh berguguran. Orang sekeliling sudah melihatku. Aku jadi cuak lalu cuba untuk menenang Eliana yang wajahnya sudah basah dek airmata.
"Tak ada lelaki yang sudi nak kahwin dengan saya Eryna. Kalau mereka tahu kekurangan saya. Mereka tak nak pada saya." Tersedu-sedu Eliana.
"Allah S.W.T dah tetapkan jodoh masing-masing. Lambat laun akan ada lelaki yang boleh terima kekurangan awak nanti."
"Lelaki yang cuma boleh terima kekurangan saya adalah Harraz. Dia sahaja yang mampu yang terima kekurangan saya. Eryna, tolong saya. Saya kesal sangat sebab tinggalkan dia. Sekurang-kurangnya Harraz dah ada anak jadi dia boleh terima kekurangan saya. " Hatiku bagai direntap. Takkan nak bermadu kasih pulak. Dia jadi isteri kedua Harraz?

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
Roman d'amourSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...