"Ibu, papa call!" Inara menjerit kecil lalu berlari kecil ke arahku sambil tangan kanannya memegang telefon bimbitku.
"Papa?" Aku pandang wajah anakku.
Inara menganggukkan kepalanya berkali-kali lalu dia menghulurkan telefon itu padaku. Aku ambil dan aku lihat nama yang tertera adalah Nik Faiz.
Inara tahu saja kalau papa Faiz dia telefon. Daripada kecil lagi dah terbiasa dengan memanggil Faiz dengan panggilan papa melekat sehingga sekarang.
"Assalamualaikum." Faiz memberi salam.
"Walaikumussalam, ni kenapa call? Dari jauh Inara lari dekat saya yang papa dia call." Aku pandang semula yang Inara yang sudah tersengih-sengih sendiri.
"Awak buat apa tu?" Soal Faiz.
"Hari ni saya ambil cuti so hari ni Fathia yang jaga kedai. Saya dekat rumah baru sarapan pagi kenapa?"
"Saya ingat hari ni nak bawak awak dengan Inara keluar. Dah lama kita tak spend time kan?"
"Eh, awak kan kerja hari ni." Aku mengingatkannya kembali mana tahu jika dia mengigau ke. Baru beberapa cuti yang lalu cuti kemudian hari ini takkan ambil cuti lagi.
"Eryna, saya kan bos suka hati sayalah nak cuti bila." Dengan nada riak Faiz berbicara.
"Tak habis-habis dengan title bos dia tu. Menyampah pulak kita dengar." Aku hanya menggelengkan kepala.
"Gurau ajelah. Minggu depan saya sibuk sikit Eryna banyak dah booking photoshoot silap-silap memang tak sempat nak berbual dengan awak dah sebab tu minggu ni saya ambik cuti double bukan selalu. Ni nak tak keluar dengan saya?"
"Sekejap nak tanya tuan puteri dulu." Aku cari kelibat Inara yang entah kemana. Ni kalau tak bukan mesti kacau Nek Long dialah ni.
"Inara nak ikut ibu tak keluar dengan papa!" Laung aku supaya Inara dapat mendengar suaraku.
"Nak!" Inara membalas.
Laju aku nampak Inara berlari masuk ke dalam bilik tidurnya. Iya, Inara dah berani untuk tidur seorang diri di dalam bilik sendiri. Masa umurnya lima tahun sudah merengek mahukan bilik tidur sendiri. Mula-mula risau juga jika dibiar dia tidur bersendirian tapi semangat Inara lain bukan seperti aku masa dulu kalau boleh nak tidur celah ketiak mak ayah takut tidur sendiri punya pasal.
"Berlari laju nak pergi mana! Papa belum sampai lagi. Pantang orang ajak keluar kemain laju nak bersiap. Nak pergi sekolah tak ada pun laju macam ni ya?" Aku mula membebel bila Inara sudah menutup pintu biliknya. Beginilah bila sudah menjadi ibu semua benda nak membebel.
Masuk kali ini sudah kali ke-2 kereta Faiz memusingi keliling mall kalau ada tempat parking yang kosong. Datang hari minggu beginilah jadinya. Kebanyakkan dari mereka bercuti pada hari ini jadi tak hairan jika mereka juga mengambil kesempatan untuk keluar meluang masa dengan keluarga.
Akhirnya dapat juga Faiz mengambil tempat untuk memarkir kereta. Turun dari kereta Inara dah mendekati Faiz.
"Papa nak ais krim!" Tanpa segan silu Inara sudah meminta dengan Faiz.
"Inara, siapa ajar Inara suka meminta ni?" Aku menjegilkan mata pada Inara. Iya, Inara takut lalu menundukkan wajahnya ke bawah.
"Apalah ibu ni tak habis-habis membebel macam mak cik. Papa dengar pun rasa nak merajuk." Faiz mencuit dagu Inara.
Aku memeluk tubuhku. Elok sangatlah perangai dua beranak ni masing-masing suka ikut kepala sendiri.
"Meh, papa dukung Inara." Faiz sudah mendepakan tangannya pada Inara. Inara tanpa banyak kata terus meluru pada Faiz. Walaupun mereka tak punya pertalian darah langsung tetapi kalau pandang sekilas lalu memang sebijik, sebuku macam anak beranak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
Storie d'amoreSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...