"Eryna sebelum ni kau menghilang pergi mana?" Alisa bertanya sebelum dia menyuapkan nasi ke dalam mulut.
Aku yang sedang minum air tersedak menyebabkan sedikit air jatuh dari mulutku. Farhan ternampak lalu dia mengambil tisu dan menyerahkan tisu dan aku perasan juga yang Imran juga menghulurkan tisu pada aku. Pandangan aku bersilih ganti antara Farhan dengan Imran.
Bila aku terpandang wajah Maryam yang berubah menjadi kelat. Aku pandang Imran dan ambil tisu saja darinya.
"Terima kasih Imran." Aku mengelap bibirku.
"Hati-hatilah minum tu."
"Sweetnya awak Imran." puji Ayu.
"Aku tak menghilang kemana pun cuma sambung belajar aje sambil cari ketenangan sikit." jawabku dengan soalan Alisa yang masih tergantung tadi.
"Ye ke, tapikan bila aku tengok kau dah cantik macam ni mesti ramai nak dengan kau." Alisa menambah lagi.
"Tak adalah. Aku tak ramai kawan pun ada pun sorang aje." balasku.
"Yang sorang tu mesti special kan? Siapa lelaki ke perempuan?" soal Alisa teruja.
"Lelaki." Terus berubah wajah Imran dan Farhan. Harraz masih beriak biasa seolah-olah menyampah denganku.
"Kau bercinta dengan dia ke?" Alisa bertanya lagi.
"Tak, cuma anggap kawan aje. Iyalah aku pun sebenarnya lagi selesa berkawan dengan lelaki dari berkawan dengan perempuan. Aku belajar daripada pengalaman yang kawan perempuan banyak tikam kita dari belakang dan talam dua muka. Walaupun tak semua macam tu tapi aku sebenarnya dah serik." Aku berterus terang saja. Nak ambil hati pun aku tak peduli. Itulah hakikatnya.
Maryam memalingkan muka ke arah lain. Ayu dan Alisa lantas pura-pura sibuk makan.
"Kau yakin ke yang semua lelaki yang berkawan dengan kau tak ada perasaan dengan kau?" soal Harraz.
"Saya tahu risiko tu sampai sekarang, saya juga pegang kata-kata kawan saya. Perempuan dan lelaki tak boleh bersahabat kerana salah satu darinya akan jatuh cinta."
"Habis tu kalau kau dah tahu kenapa kau masih lagi nak kawan dengan dia? Kau nak sakitkan hati dia?" Bertubi-tubi Harraz cuba untuk mengenakan aku.
"Saya cuba untuk jauh dari dia tapi dia yang masih nak berkawan dengan saya."
"So kau nak maksudkan yang lelaki tu tergila-gilakan kau macam tu? Imran, perempuan macam ni ke yang kau cintakan selama ini. Tak ada taste langsung." Akhirnya Harraz berjaya mengenakan aku.
"Sedih betul taste aku kan Harraz? Bagi akukan Harraz tak salah lelaki tu mencuba nak mendekati Eryna. Kau tau kan konsep yang kahwin pun boleh bercerai apa lagilah pula Eryna yang tengah single. Lagi mudahlah nak ambil hati Eryna. Sekejap, aku rasa rumor tentang pernikahan kau dengan Eryna yang mengemparkan tu mesti tak betulkan sebab kau pun macam tak berminat dengan Eryna." Imran memeluk tubuhnya.
Harraz hanya buat-buat tak dengar.
"Satu benda yang kau silap Harraz tentang Eryna. Kau ingat aku tak tahu yang kau bencikan Eryna, kau kutuk dia buruk. Kau silap. Eryna sebenarnya terlihat cantik pada mata lelaki yang sepatutnya dan pandai menilainya dan aku rasa aku adalah antara lelaki itu. Aku bertuah sebab jadi antara lelaki itu." sinis Imran pula menyindirnya.
Harraz melepaskan sudu dan garfunya. Bunyi kuat terhasil dari sudu dan garfu berlaga dengan pinggan. Dia menjeling pada Imran.
"Kau nak cakap aku tak pandai menilailah Imran?" Harraz memeluk tubuhnya sambil mengetap bibir.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...