BAB 32

424 6 2
                                    

"Kenapa semalam adik bermalam rumah sana?" Ayah menyoal sambil matanya menatap skrin televisyen yang menyiarkan rancangan kuliah agama.

"Abah dengan umi Harraz yang suruh adik bermalam kat sana. Lagipun Inara pun suka duduk dekat sana." Aku memberi alasan.

"Ada bincang apa-apa dengan Harraz ke?" soal ayah lagi.

"Biasalah, hal kahwin dia tu ajelah. Apa aje yang kami berdua nak bincangkan. Kalau soal penceraian pun kami dah berbincang baik-baik. Ayah janganlah risau tentang kami." Sekali lagi aku berbohong pada ayahku supaya dia tidak risaukan tentang aku.

"Baguslah kalau macam tu. Bincanglah baik-baik. Jangan gaduh-gaduh pulak. Masing-masing dah jadi mak dengan ayah orang jadilah matang sikit ya."

Aku menelan air liur tatkala ayah berkata begitu. Takkanlah ayah tahu yang aku bertekak dengan Harraz semalam?

"Ayah hari ni ada pergi mana-mana ke?" soalku untuk menukar topik perbualan.

"Hari ini tak ada kut, ayah nak duduk rumah ajelah. Nak berehat seharian. Kenapa?"

"Jom keluar pergi pekan bawak Inara jalan-jalan. Esokkan Eryna dengan Inara dah nak balik sana. Sempat lagi kalau nak luangkan masa dengan ayah ni. Sekali-sekala anak dengan cucu ayah nak bermanja dengan ayah. Boleh kan?"

Ayah memandangku lalu pandangannya beralih pada Inara yang ralit membaca buku cerita yang baru aku belikan untuknya.

"Bolehlah nanti ayah nak bersiap dulu." Ayah sudah bangun dari duduknya. Tanganku juga sempat memegang tangan ayah.

"Kenapa adik?" soal ayah.

"Sebelum tu, Eryna nak pergi ziarah kubur arwah ibu dengan Kak Erin. Eryna rindu mereka."

Ayah terdiam seketika lama dia merenung tanganku yang sedang mengenggam tangannya. Akhirnya ayah hanya mengangguk sebagai tanda setuju.

******

Usai membaca Surah Yasin aku dan ayah bergilir-gilir bertukar tangan menyirami pusara arwah ibu dengan arwah Kak Erin.

Sempat aku pandang ayah dia hanya membisu sejak sampai tadi. Langsung tak mengeluarkan apa-apa kata melainkan membaca Surah Yasin bersama-sama tadi.

Tangan kecil Inara memegang batu nisan milik arwah ibu. Dia merenung batu tersebut.

"Mesti mereka tengah ada dalam syurga kan?" soal Inara dengan wajahnya yang polos sambil berpaling memandangku.

"Iya, sayang."Aku membalas sambil mengelus pipi Inara yang mulai berona merah kerana hangat matahari kian memancar.

"Cikgu cakap orang baik kalau meninggal dunia nanti akan masuk syurga. Ibu cakap yang nenek dengan Acik Erin orang baik yang mesti mereka dalam syurga." Inara membuat kesimpulannya.

"Pandainya anak ibu ni." Aku memuji Inara.

Tersengih-sengih Inara saat menerima pujiaan dariku.

Pandanganku kembali menatap tanah perkuburan itu. Sayu hati mengingati kembali perbuatanku yang hampir bertahun-tahun lamanya tidak menjejakkan kaki ke sini untuk menziarahi kubur arwah ibu dan Kak Erin. Rasa bersalah mulai bertandang dalam hatiku.

Kali terakhir aku menziarahi adalah sebelum aku meninggalkan kampung dan membawa haluan sendiri saat aku tahu yang aku telah hamil.

Aku ingat lagi kali terakhir aku menziarahi pusara itu ayah duduk berjauhan dariku saat aku meluahkan perasaan di pusara arwah ibu tentang masalahku dulu.

Aku yakin ayah sangat faham keadaanku ketika itu lalu dia memberi ruang untukku meluahkan masalah yang terbuku di hati.

Ketika itu aku menangis sepuas-puasnya dalam pada masa yang sama awan mula mendung petanda hujan bakal turun.

"Kenapa ibu dan Kak Erin tinggalkan adik. Adik dah tak ada tempat nak luahkan perasaan. Kenapa semua orang buat adik macam ni? Kenapa berat sangat ujian yang adik terima ni ibu? Adik hampir kena rogol lepastu kena kahwin dengan lelaki yang adik tak suka!
Sekarang adik tengah mengandung anak lelaki tu. Adik tak nak anak ni! Adik nak bunuh anak ni!" Ujarku sambil menumbuk perut sendiri. Sakit memang sakit tapi amarahku pada saat itu menguasai diri sehingga tak mampu mengawal perasaan.

"Adik benci semua orang!" Aku menjerit sekuat hatiku dan akhirnya aku rebah dan saat itu aku melihat ayah yang berlari mendapatkanku yang sudah longlai.

Sehingga hari ini aku masih tak dapat melupakan kejadian ketika itu. Entah kenapa saat ini kejadian itu satu persatu berputar kembali seperti tayangan video bermain di kepalaku. Kejahatan lelaki bernama Reza, Kekejaman seorang Harraz dan kepalsuan yang Farhan lakukan. Antara ketiga-tiga lelaki itu aku lebih membenci Harraz! Dia yang tinggalkan kesan hitam ke atas hidupku.

Betapa bodohnya aku semudah itu menyerahkan tubuhku sekali lagi kepada lelaki seperti Harraz semalam. Sekarang aku sudah masuk ke dalam perangkapnya. Lelaki seperti Harraz licik dia bijak memutarkan belitkan keadaan dan akhirnya aku yang menjadi mangsa. Kalau tak memikirkan yang Inara ini anaknya tak perlu bersusah payah aku membuat rancangan untuk berbaik dengannya. Sudah pasti saat itu juga aku meminta cerai dengannya tak perlu menunggu sehingga lama begini. Kini aku kembali terperangkap dalam rancangan yang lelaki itu perciptakan.

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now