"Jauh termenung dah sampai ke bulan ke?" tegur Eliana dengan penuh sindiran. Menyibuk aje perempuan ni. Pergi mana-mana asyik jumpa dia aje. Kalau tak jumpa Eliana mesti terjumpa si Farhan. Eloklah tu, kalau berdua ni berjodohan.
Kebetulan rumah sunyi tiada sesiapa. Inara sekolah manakala abah menghantar umi dialisis jadi tinggallah aku seorang disini. Mesti si Eliana ni baru sampai sebab tu menyibuk duduk dekat sini. Dia tahu tak ada orang dalam rumah.
Tanpa dijemput dia pun mengambil tempat lalu duduk dihadapanku.
"Kau ni asyik ada aje kat rumah ni. Tak ada kerja ke? Laki aku elok aje pergi kerja dan kau ni sejak bila pulak jadi orang gaji dekat sini? Tak habis-habis muka kau aje ada kat dapur tu memasak." Malas dah aku nak berbudi bahasa dengan Eliana ni. Penat sangat hadap perangai talam dua muka dia. Berpura-pura baik. Itupun umi masih lagi layan dia dengan baik. Aku pun tak faham mengapa.
"Memang patutlah Harraz kena kerja. Aku tak kerja pun tak apa. Itukan company bapak aku. Bapak kau ada company sendiri? Tak adakan? Sebab tu kau kena susah payah cari duit sebab bapak kau miskin. Dia tak mampu bagi kesenangan kat kau."
"Apa guna bagi kemewahan dan kesenangan pada anak tapi bila dah besar jadi penyondol rumah tangga orang. Macam orang kekurangan kasih sayang. Mak bapak kau tak bagi kasih sayang ke kat kau?" Nak sangat main kait mak bapakkan? Nak aku bagi balik.
"Kurang ajar mulut kau! Siapa yang rampas siapa? Kau sendiri yang perangkap Harraz masa tu sebab kau dengki tengok aku dapat Harraz masa tu. Kau busuk hati dengan aku! Betullah cakap mama yang keluarga kau memang hati busuk! Miskin tak sedar diri!"
Aku bingkas bangun mendekati dan menampar mulut Eliana membuatkan wajah Eliana terpaling. Eliana memegang bibirnya. Dia memandang aku semula. Nampak seperti ada luka pada bibirnya. Mungkin kerana tamparanku yang kuat buatkan bibir dengan giginya jadi berlaga itu yang menyebabkan ada kesan luka.
"Mulut kau jaga sikit! Apa aku dapat kalau aku perangkap Harraz masa tu? Aku nak tanya apa keuntungan yang aku dapat kalau aku dapat dia masa tu? Satu sen pun aku tak dapat apa-apa! Cuma malu yang aku dapat masa tu!" Aku menengking Eliana.
Saat itu air mata Eliana jatuh mengalir tapi tatkala itu juga tak ada rasa empati ku padanya yang ada hanyalah api kemarahan yang membara membakar hati.
"Sampai hati awak buat saya macam ni? Apa salah saya pada awak. Awak dah gila ke?" Eliana menyoal seperti bukan dirinya yang bersalah.
"Memang! Memang aku dah gila! Aku dah lama tahan sabar dengan kau!" Aku mula mengangkat tangan ingin menampar Eliana lagi sekali.
"Eryna!" Jerit Harraz dibelakangku. Pergerakkan tanganku terhenti. Aku lihat wajah Eliana tersenyum sinis padaku.
Harraz berlari ke arahku saat itu matanya bersilih ganti antara aku dan Eliana. Setelah dia memastikan aku tak apa-apa. Dia meneliti Eliana.
"Ya Allah, Eliana apa jadi ni sampai berdarah bibir ni?" Harraz menilik bibir Eliana.
"Eryna tampar saya. Dia marah sebab salah faham hubungan antara saya dengan awak. Dia kata dia tak suka saya selalu ada dekat sini. Dia tuduh saya macam-macam. Dia hina keluaga saya Harraz. Dia hina saya sebab saya tak boleh beri zuriat sebab tu awak tak nak dekat saya." Berderau darahku mendengar Eliana yang mengadu sambil menokok tambah untuk menyedapkan cerita.
"Astagfirullahalazim, sayang apa ni? Cubalah bawa bersabar sikit. Tahan sikit kemarahan. Kalau iyapun marah janganlah sampai naik tangan. Awak kan tengah pregnant. Cubalah kawal sikit emosi!"
"Yang abang bela dia ni sangat kenapa!" Soalku yang tak puas hati.
"Abang tak nak bergaduh dengan sayang, cukuplah abang pesan cuba kawal kemarahan tu."

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...