Selepas subuh aku terus melelapkan mata. Badanku terlalu letih semalaman tak berehat. Malam tadi pun terpaksa tidur lambat melayan kerenah Harraz yang mengalahkan budak-budak. Kini aku rasa tidurku diganggu.
Aku terasa pipiku dielus perlahan dan hidung dicuit. Ini tak lain tak bukan kerja Harrazlah. Nak mengusik aku. Tak puas lagi ke kacau aku? Sesekali aku menolak tangan Harraz dan menutupi muka dengan tangan untuk mengelak gangguan dari Harraz.
Kalau dah nama Harraz mana senang tengok aku. Dia kalih tanganku dan terus menganggu tidurku. Sebenarnya aku marah aje dengan Harraz tapi disebabkan malas nak buka mata jadi aku biarkan saja.
"Abang janganlah kacau, saya mengantuk lagi ni. Penatlah semalam tak dapat rehat." Aku mula berbicara dengan mata yang terpejam.
Harraz masih membisu tapi tangannya makin galak mengangguku. Dicuit telingaku. Hidung aku sama dicuit.
Aku mula membuka mata. Dengan keadaan yang masih silau aku memejamkan mata semula dan berkelip-kelip mata beberapa kali untuk membetulkan penglihatan. Bila dah jelas nampak Harraz baru aku nak marah dia.
"Abang ni kenapa? Janganlah kacau. Badan ni letih sangat." Aku mengeluh sambil memegang belakang leher.
"Abang nak tanya sayang ni."
"Alah, nanti ajelah tanya. Orang mengantuklah."
"Sekarang dah pukul 8 pagi sayang. Apa yang sayang penat sangat?"
Aku menjeling Harraz. Dia sedaplah cakap apa yang aku penat sangat? Sebelum bertolak balik semalam aku cepat-cepat siapkan kerja. Pukul 4 pagi bertolak balik sini. Sampai-sampai kena hadap perempuan sewel yang buat jiwa aku menangis sampai letih. Balik-balik rumah pula kena hadap perangai Harraz nak bermanja-manja kononnya. Lepas rindu katanya, baru aje seminggu tak jumpa. Ni kalau setahun tak jumpa aku tak tahu nak cakap apa.
"Cakap senanglah, apa yang sayang penat sangat? Abang tahu tak malam tadi kita tidur pukul berapa? Dekat pukul 3 tahu tak. Nak bermanjalah apalah." Aku mengejek Harraz lalu mencebikkan bibir.
"Sayang, ikhlas ke tak layan abang?"
Aku memandang Harraz lalu mengeluh.
"Ikhlaslah. Kalau kita ikhlas nanti dapat pahala. Betul tak abang? Tak! Masalahnya sekarang ni saya nak rehat bang. Janganlah kacau." Aku kembali berbalik pada topik asal. Tiba-tiba melalut sampai topik semalam buat apa.
"Abang nak tanya kenapa drive malam. Lepas tu, abah cakap semalam sayang pakai kaca mata hitam." Harraz menyoalku kemudian dia mendekatiku dan tangannya seperti mencapai sesuatu dibelakangku.
"Ni ke kaca mata hitam yang sayang pakai semalam. Tengah-tengah malam buta pakai benda alah ni kenapa? Alasan silau. Macam tak logik alasan tu sayang." Harraz menayang kaca mata hitam dihadapanku.
Aku tak mampu berkata apa-apa. Maklumlah baru tidur otak pun tak berapa nak berfungsi. Nak cipta alasan pun kena ambil masa.
"Semalam abang perasan mata sayang macam bengkak sikit. Abang malas nak tegur semalam nanti potong mood abang. Sayang ada menangis ke? Nampak gaya macam orang baru lepas menangis?" soal Harraz. Itulah taktiknya untuk mengorek lagi rahsia aku.
"Taklah mana ada menangis? Ada nampak ke mata saya macam bengkak sekarang?" Aku yakin bengkak mata dah berkurang. Yang bertambah adalah berat mata kerana tak cukup tidur.
"Abang bukannya buta sayang. Cepat cakap siapa yang buat sayang menangis semalam?"
"Tak ada siapalah." Aku menafikan.
"Ke abang yang buat sayang menangis? Abang minta maaf kalau ada buat sayang terguris hati. Abang pun manusia kadang-kadang terlepas pandang. Tahu-tahu sayang tiba-tiba ambil hati dengan abang ke. Tak pun sayang ambil hati sebab abang terlupa jawab panggilan sayang?" Harraz mula meneka.
"Tak abang tak ada salah apa pun. Abang ni selalu sangat minta maaf walaupun tak tahu salah apa. Kalau betul saya ada ambil hati dengan abang. Baik saya terus balik rumah ayah aje." Aku menguap lalu menutup mulutku.
"Habis tu sebab apa? Pakai kaca mata hitam bagai macam tu?"
"Okeylah memang saya mengaku. Saya ada menangis semalam. Lama jugaklah menangis. Tapi sedar-sedar mata macam sepet. Apa lagi masa tu risaulah tiba-tiba mata dah macam apa dah, sebab tu malam tadi sampai aje rumah. Saya pakai benda alah ni dekat mata. Kalau abah atau umi nampak. Silap-silap mereka tuduh kita bergaduh pulak."
"Siapa buat sayang menangis teruk macam tu?"
"Tak ada siapalah."
"Farhan kacau sayang lagi ke?"
"Taklah."
"Habistu siapa? Takkanlah menangis tak ada sebab. Tak tahu pulak kalau sayang tiba-tiba jadi gila menangis tak ada sebab."
Aku mengetap bibirku. Amboi sedapnya mulut kata orang gila.
"Semalam teringatkan arwah ibu dengan kakak. Itu yang menangis tak ingat dunia. Orangkan selalu cakap. Kalau kita nak menangis. Kita mesti menangis sepuas-puasnya kalau boleh sampai kering air mata sendiri. Manalah nak tahu tiba-tiba mata jadi sepet macam tu." Memang alasan tu benar walaupun itu bukan alasan utama. Tapi disebabkan nak selamatkan keadaan guna ajelah alasan ini.
Harraz menganggukkan kepalanya faham.
"Dah itu ajekan abang nak tanya kan? Kalau tak ada saya nak sambung tidur balik." Aku dah bersedia untuk baring semula.
"Eh, nanti dulu. Betul sayang tak marahkan abang?" soal Harraz mahukan keyakinan.
"Ya Allah, saya bersumpah memang dalam hati saya sekarang ni. Tak ada sikit pun rasa marah pada abang cuma kalau abang terus kacau saya tidur memang saya nak marah kejap lagi." Aku dah bercekak pinggang.
"Iyalah, tidurlah." Harraz pun dah tak gangguku.
"Pukul 10 nanti kejut. Nak keluar pergi dusun ayah." Selesai berkata aku terus baring dan membetulkan bantal.
"Nak buat apa pergi dusun?"
"Sekarang musim durian. Nak cari durian nak makan. Kalau dapat petai dengan durian lagi bagus. Boleh buat sambal tempoyak petai. Dah lama sangat tekak ni teringin nak makan. Tak apalah petai nanti boleh beli kat sana aje. Sini kita makan durian."
"Seriuslah sayang nak durian?" soal Harraz dengan dahinya berkerut-kerut.
"Naklah, nak ajak ayah pergi dusun. Boleh tolong dia kutip durian. Abang kan tak boleh ikut. Abangkan ada kerja. Kerja dari rumah kan? Isnin baru abang betul-betul pergi kerja kan?"
Harraz hanya mengangguk kepala tanda iya.
"Inara?"
"Bawak aje sekali."
"Iyalah, hati-hati nanti pergi sana. Jangan pulak durian jatuh atas kepala."
"Ada pulak cakap macam tu. Abang izinkan tak saya dengan Inara pergi?"
"Bagi aje, pergilah bukannya ada sesiapa pun. Lainlah kalau sayang nak usha monyet ke beruk yang bergayut dekat pokok tu. Eksotik betul taste sayang. Dah tukar selera ya."
Geram pulak aku dengar cara Harraz bergurau. Aku ambil bantal lalu membaling padanya. Tepat pulak kena mukanya. Tak berniat pun nak baling tepat kena mukanya.
"Aik, sayang nak gaduh ke?"
"Suka-suka aje cakap orang nak usha beruk."
"Jangan sampai abang marah. Kalau abang marah. Abang denda sayang lagi kang."
"Dendalah!" Aku baru sedar yang aku dah tersalah cakap. Saat itu aku nampak Harraz dah tersenyum sinis.
"Tak! Gurau aje!" Cepat-cepat aku menafikan apa yang baru katakan tadi.
"Dah, terlambat sayang." Harraz menerkamku lalu dia mencium pipiku bertubi-tubi. Itulah mulut tak reti jaga cakap main lepas aje. Kan dah kena 'denda' lagi.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...