Ku selak helaian kertas buku pelajaran subjek sejarah. Entah kenapa bibirku automatik mengukirkan senyuman tatkala teringatkan luahan hati Farhan. Rasa bahagia sangat kerana ada juga yang masih sudi menerima ku walaupun dengan apa yang sudah terjadi pada diriku.
"Yang kau tersengih sorang-sorang kenapa? Apa yang seronok sangat kat dalam buku sejarah tu?" soal Harraz yang menjeling padaku. Dia pun sedang membaca pada meja belajarnya.
Terus mati senyumanku. Aku hanya diam membisu buat-buat tak dengar teguran Harraz.
"Seronok betul aku tengok kau dengan Farhan tadi. Macam laki bini kononnya dia jadi hero tolong kau sebab jatuh tadi. Kau ni sebenarnya hati busuk kan? Mula-mula kau sepak kaki Eliana sebab kau cemburu tengok aku dengan dia kan. Lepas tu kau buat-buat jatuh supaya Farhan ambil berat pasal kau. Bukan aku tak tau yang satu sekolah tau yang Farhan ada simpan perasaan pada kau." Harraz nampak seperti ingin memulakan peperangan.
"Suka hati kaulah nak buruk sangka apa pun. Tak ada guna aku nak bercakap dengan kau sebab apa. Sebab kau sendiri tak pernah buat silap kan? Iyalah, orang aje yang salah dan kau sorang manusia yang paling betul."
Mencerlung matanya memandangku.
"Jadi kau pun suka Farhan?"
"Kau tak ada hak nak tau!" balasku.
Harraz mula bangun dia mendekatiku yang berada dikatil dia bercekak pinggang.
"Aku suami kau!" Harraz membalas.
"Suami? Apa benda suami? Kau lupa ke kau cintakan siapa? Eliana! Kau sendiri cakap yang kau nak bertunang dengan dia sebelum sambung belajar. So ada aku kesah ke kau nak lepaskan aku ke apa? Aku tak tahu apa benda dalam fikiran kau Harraz. Dasar perogol! Aku tak faham kenapa Eliana tu masih bodoh sebab nakkan kau! Dasar jantan tak guna!"
Tamparan dari Harraz hinggap pada pipiku.
"Daripada hari pertama kita nikah Eryna. Satu benda kau kena tahu. Aku tak pernah sentuh kau sebab apa aku jijik tengok muka kau! Kau ingat aku ke yang rogol kau? Aku kena fitnah sebab nak selamatkan kau tapi alih-alih aku yang kahwin dengan perempuan bodoh macam kau!" Harraz menengkingku.
Kami bernasib baik kerana umi dengan abah Harraz pergi masjid pada malam ini. Oleh kerana itu pergaduhan tidak didengari oleh sesiapa. Jiran? Jiran pula agak jauh daripada sini. Mungkin mereka tak dapat mendengar pertengkaran kami berdua.
"Penipu! Kalau kau kena fitnah kenapa kau tak menafikannya!" Aku mula bangun dari katil dan berhadap dengannya. Aku sebenarnya agak takut kerana aku hanya mempunyai ketinggian hanya 158cm kena menghadap lelaki yang berketinggian 172cm agak tinggi juga orangnya.
"Aku tak rogol kau!" Lantang Harraz menjerit.
"Penipu! Kucing kalau dah nampak ikan depan mata takkanlah dia nak tolak kan?"
"Apa kau cakap?" Aku nampak halkum Harraz bergerak-gerak. Entah kenapa Harraz menolak tubuhku ke atas katil.
"Apa benda kau buat ni?" Aku sudah ketakutan melihat Harraz yang semakin rapat denganku. Dia menekan kedua belah tanganku. Aku dapat baca apa yang ada dalam fikirannya.
"Kau sendiri yang cakap kucing kalau nampak ikan depan mata takkan dia nak tolak kan?" Harraz semakin menggila menatap setiap inci tubuhku.
"Aku tak bermaksud macam tu." Lemah aku menuturkannya.
"Kau tau tak Eryna sebelum ni aku tengok kau biasa aje kat sekolah tapi bila aku nampak kau sebilik dengan aku. Aku nampak kau sebenarnya luar biasa jugak. Aku tak sangka kau ada bentuk tubuh badan yang menarik." Harraz ketawa besar kemudian dia menarik tudung sarungku terserlah rambutku yang masih basah.
"Rambut ni sejak dari hari pertama kita kahwin aku tak pernah tengok." Harraz mula mencumbui leherku. Aku hanya mampu menangis tak mampu berbuat apa-apa seperti dahulu. Aku tahu apakah tindakan Harraz seterusnya. Aku hanya membiarkannya kerana tak ada guna aku melawannya.
×××××
Bangun dari tidur aku lihat Harraz tidur bersebelahan denganku dia berkeadaan tak berbaju hanya mengenakan seluar pendek. Kini baru aku tahu kebenaran. Harraz bukan pelaku dia hanya mangsa fitnah. Aku ingat lagi si pelaku itu punyai parut pada tangannya sedangkan Harraz tangannya bersih dari sebarang parut.
Tapi itu dulu! Status perogol itu memang selayaknya untuk Harraz! Dia dengan pelaku itu dah tak ada beza. Serupa saja kerana mencabuli kehormatan bukan dengan kerelaanku.
Seluruh tubuhku menjadi sakit kerana perlakuan Harraz. Saat kakiku memijak lantai ingin turun dari katil.
Harraz menarik tanganku.
"Kau anggap ajelah yang berlaku pada malam tadi tu cuma kesilapan. Dah pergi mandi. Malam tadi lepas selesai aku terus mandi kau pulak terus tertidur jadi kau mandi dulu sekarang. Lagipun subuh dah nak masuk." Usai berkata Harraz memejamkan matanya kembali.
Semudah itu dia berkata itu cuma satu kesilapan. Hina sangatkah aku sampai diperlakukan sebegitu rupa. Bagaimana dengan hubungan ini akan menghasilkan benih? Ya Allah, aku masih bersekolah bagaimana dengan mulut pelajar sekolah lain saat melihat aku hamil nanti?
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...