Selesai memasang dan menghias pelamin aku mencari tempat untuk duduk lalu aku bersimpuh ditepi dinding. Aku menghela nafas yang panjang hatiku puas melihat hasil kerjaku. Warna faded denim menjadi pilihan Harraz dan Eliana. Faiz juga antara orang yang membantuku menghias pelamin. Dia masih tak berhenti kerja. Mereka buat keputusan untuk bersanding dirumah pengantin perempuan. Nak bajet katanya. Iyalah lepas kahwin nanti lagi banyak nak pakai duit. Lagipun rumah Eliana lebih besar dan luas.
Aku ternampak Puan Norida mendekati pelamin. Dia menilik hiasan bunga yang ku susun berhampiran pelamin lalu dia tersenyum.
"Adik, ada apa-apa yang acik boleh tolong ke? Kalau ada biarlah acik sambung. Kesian, acik tengok dari tadi kamu tak berhenti." Puan Norida bertanya pada Faiz.
Aku bergegas bangun dan mendekati Puan Norida.
"Tak payahlah umi, umi duduk aje ni kan memang kerja kami." Risau pulak aku kalau Puan Norida tiba-tiba rebah. Aku masih ingat lagi yang Harraz pernah berkata yang Puan Norida sedang sakit.
"Eryna, apa salahnya kalau umi tolong. Dahlah kami tak bayar pun. Segan umi macam ni."
Aku memegang kedua belah tangan Puan Norida.
"Eryna cuma minta tolong umi berehat aje. Eryna tak harap apa-apa pun balasan. Eryna ikhlas buat apa yang Eryna mampu, anggap aje ni hadiah daripada Eryna. Selama Eryna jadi menantu umi, Eryna tak pernah bagi apa-apa pun pada keluarga umi kan. Sekurang-kurang lepas Eryna dah bercerai dengan Harraz. Eryna harap kita masih lagi boleh bertegur sapa." Kataku dengan merendahkan suara. Takut pulak keluarga Eliana dengar kecik pulak hati. Nanti mereka ingat aku masih berharap pada Harraz.
"Eryna, jangan cakap macam tu. Umi pun harap walaupun apa pun jadi umi tetap anggap Eryna keluarga umi."
"Terima kasih umi. Eryna tak ada sesiapa untuk menumpang kasih sayang seorang ibu melainkan daripada ibu orang lain."
"Umi kesal sebab tak pernah cuba nak kenal Eryna sebelum ni. Umi tak sangka yang Eryna sebaik ini."
"Dahlah, perkara dah lama pun. Umi pergilah rehat. Esokkan ada hari penting. Umi kan nak kena banyak guna tenaga. Tak perlulah nak tolong. Lagipun ni tinggal lagi sikit aje lagi. Faiz! Dah nak siap kan?" soal aku memandang arah Faiz.
"Iya, kami dah nak siap dah ni acik." Faiz membalas. Selesai mengantung bunga yang terakhir Faiz turun dari tangga. Dia memberi senyuman yang manis untuk kami berdua.
"Kan dah siap. Macam mana umi cantik tak rekaan pelamin ni?" soalku pada Puan Norida. Tak berkelip matanya mengamati hasil tanganku.
"Cantik sangat. Umi betul-betul kagum, pandai menantu umi ni." puji Puan Norida.
"Bukan menantu lagi dah. Iyalah, maknanya lepas Harraz akad nikah. Kami akan berpisah."
"Selagi Harraz belum lafaz talak, Eryna tetap menantu umi." Puan Norida mengusap kepalaku. Aku hanya mampu tersenyum.
Aku ternampak Puan Safiah iaitu mama kepada Eliana merangkap mak saudara aku langsung tak berkelip matanya merenung tajam padaku. Sejak aku sampai tadi dia tak habis-habis menjeling padaku. Aku tahu sehingga kini dia masih menyimpan dendam pada keluargaku. Bermula dengan kisah dia sengaja menuduh ayah menumpang kesenangan keluarganya. Menumpang kesenangan apanya kalau setakat bagi ayah kerja kerani. Nak kata ayah pernah pinjam duit pun tak. Aku cukup kenal dengan ayah selagi dia mampu untuk cari duit dia takkan berdiam diri. Tak senang duduk katanya. Baginya rela mati berkerja dari mati kena kejar tak bayar hutang.
Tak habis pula dengan kisah aku berkahwin dengan Harraz. Difitnahnya aku cuba rampas Harraz daripada Eliana. Satu kampung tahu tentang kekayaan keluarga Harraz cuma tak pernah ditunjukkan. Sifat rendah diri Encik Halim membuatkan mereka sekeluarga hidup seperti orang biasa. Encik Halim merupakan orang yang mempunyai ekar tanah yang terbanyak di kampung ini. Salah satunya dia mengusahakan ladang kelapa sawitnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...