BAB 64

626 12 4
                                        

Sampai sahaja dirumah Harraz, aku terus turun daripada kereta. Berlari menuju ke pintu masuk. Inara pun aku tak hiraukan. Sejujurnya seluruh badanku sedang mengigil ketakutan. Nafasku juga hampir tak teratur. Kepala tiba-tiba menjadi pening. Mujurlah ketika bawa kereta tadi aku masih boleh kawal diri.

Pintu rumah tak berkunci. Aku buka pintu keadaan rumah gelap. Pemandanganku juga makin kabur. Tiba-tiba lampu dibuka. Barulah kelihatan orang yang berada di dalam rumah. Mereka semua tersenyum padaku. Ayah pun ada disini?

Tapi tak ku hiraukan semua itu. Aku meluru ke arah susuk tubuh dan ku pegang kedua bahunya.

"Sayang kenapa ni?" Wajah Harraz berubah menjadi risau melihat keadaanku.

"Abang...." Tersekat-sekat nafasku.

Harraz memegang wajahku.

"Kenapa sayang berpeluh-peluh sampai macam ni!"

Aku tak mampu berkata-kata apa dan terus memeluk suamiku. Tatkala itu lututku terasa lemah. Pandanganku terus gelap. Tak sedarkan diri.

Sedar daripada lena aku berada disisi Harraz. Nampak raut wajahnya benar-benar risaukanku. Aku lihat sekitarku. Aku sedang berada di dalam bilik tidur.

"Sayang, abang minta maaf sebab sayang jadi macam ni." Suara Harraz menyapa telingaku.

Aku menatap wajah Harraz dan mengukirkan senyuman. Badanku masih agak lemah sedikit.

"Abang minta maaf kalau abang tak suruh umi call sayang yang cakap abang jatuh. Mesti sayang tak kena panic attack macam ni. Jantung abang rasa dah macam nak berhenti bila tengok keadaan sayang tadi." Harraz mengenggam tanganku.

"Panic attack?" soalku.

"Abang rasa sayang kena panic attack. Abang minta maaf sayang." Air mata Harraz benar-benar jatuh sambil mencium tanganku memohon maaf.

"Inara mana? Tadi saya tinggalkan dia dalam kereta sebab nak cari abang."

"Dia ada dekat luar dengan umi, abah dengan ayah."

"Alhamdulillah." Aku mengucapkan lafaz syukur.

"Sayang maafkan abang tak?" soal Harraz lagi.

"Kenapa abang nak minta maaf?" Aku masih tak faham dengan keadaan.

"Sebab abang sayang kena panic attack. Kalau umi tak call sayang cakap abang jatuh mesti sayang tak jadi macam ni."

"Jadi abang ingat saya jadi macam ni sebab abang ke?"

"Iyalah, ke sayang ada sebab lain?" soal Harraz.

Lama aku mendiamkan diri mencari kekuatan untuk bercerita. Aku bangun dari pembaringan dan betulkan kedudukanku. Tatkala itu umi masuk ke dalam bilik.

"Eryna okey ke?" soal umi lembut sambil mengusap bahuku.

Aku mengangguk perlahan.

"Sebenarnya benda ni bukan sebab abang."

"Habis tu sebab apa?"

"Farhan."

Berkerut-kerut dahi Harraz.

"Siapa Farhan?" soal umi.

"Dia dengan Eryna dulu pernah saling suka sama suka. Tapi itu dulu, Eryna ingat lepas dia tinggalkan Eryna dan bercinta dengan kawan baik Eryna. Eryna ingat dia dah lupakan Eryna. Eryna pun lupakanlah dia dan teruskan kehidupan macam biasa tapi Eryna tak sangka yang dia masih cintakan Eryna sampai sekarang. Dia minta Eryna tinggalkan Harraz. Dia masih tak boleh lupakan Eryna." Aku menceritakan serba sedikit tentang Farhan.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang