Hubungan aku dengan Faiz jadi semakin rapat setelah beberapa bulan mengenalinya. Faiz yang ku sangkakan menyebalkan ternyata tidak. Dia adalah lelaki yang baik. Dia juga yang membantuku untuk mencari kerja sambilan untuk menampung perbelanjaanku belajar sekaligus untuk anakku. Aku bersyukur kerana dapat mengenali Faiz yang begitu baik dan memahamiku.
"Ni yang tersengih sorang-sorang kenapa?" Faiz yang baru sahaja muncul dihadapanku menyedarkanku.
"Ingat anak kat rumah la. Dah lama tak jumpa dia rindu." Aku membalas dengan segaris senyuman.
"Bila teringat Inara kan, saya rasa saya teringin nak ada anak cepat tapi tulah nak kahwin tu masalahnya." Aku terdengar seperti bunyi mengeluh dari Faiz.
"Masalah apa?"
"Kahwin adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab yang berat kita kena pegang. Membimbing isteri dan anak-anak ke jalan syurga. Saya sejujurnya takut tak mampu melakukannya. Saya takut saya ada terabaikan nafkah mereka. Macam mana saya nak jawab di akhirat nanti?"
Mataku terkalih memandangnya. Dia membuatkanku ingat pada sesuatu saat berkata soal nafkah. Harraz sudah lama nama itu tidak ku dengari dan disebut malah lalu difikiran pun dah tak pernah.
Sejak Faiz menjadi kawan rapat denganku rahsia aku yang selama ini aku simpan aku kongsi dengannya. Dia pernah jumpa Inara dan Mak Long berkenalan. Walaupun tak semua rahsia tentang aku dia tahu. Apa yang dia tahu bahawa aku sudah lama tak berhubung dengan suamiku. Aku juga sudah tak mendengar khabar darinya kerana buat masa ini kami memilih haluan hidup masing-masing.
"Apalah awak ni terlalu awal untuk awak fikir soal kahwin Faiz. Tanggungjawab itu nantilah awak fikir." Aku menggelengkan kepala tak mahu turut terjebak memikirkannya.
"Tulah macam mana perbincangan kita boleh tersesat sampai sini? Oh, saya nak beli minuman dulu. Awak mesti haus kan? Okey, saya pergi dulu bye." Tanpa banyak kelibat Faiz menghilang pergi. Aku belum sempat memberikan jawapan dia sudah pantas pergi.
Aku menghela nafas lalu menyambung pembacaan. Sebenarnya kalau mengikut kira-kira tak lama lagi aku bakal menamatkan pengajian di sini. Tak sabarnya nak tamatkannya dan pulang untuk tinggal semula dengan bersama yang ku sayang.
Tiba-tiba ada seseorang duduk hadapanku. Aku pandang dan dia bukanlah Faiz. Pandangannya tajam seperti mahu harimau yang mahu menerkam mangsa. Dia diiringi oleh dua orang gadis mungkin mereka ini adalah 'kaki kipas' kepada gadis yang sedang tatap wajahku ini.
Gadis itu ketawa kuat. Aku bingung apa masalahnya budak ni sewel ke apa? Patutlah gelaran bimbo diberi pada mereka bertiga.
"Macam ni yang Faiz berkenan? Dahlah buruk! Geli aku menengok muka kau! Muka macam mak nenek! Ni ke yang ambik kursus konon-konon 'designer' tapi buta fesyen! Aku rasa fesyen yang dia buat nanti semua style kampung. Faiz ni buta betullah menilai orang. Patutnya orang macam aku ni yang layak berdamping dengan Faiz bukannya kau!" Selena memandang jijik padaku. Mesti gara-gara khabar angin yang aku dan Faiz sedang bercinta.
"Aku tak ada apa-apa hubungan dengan dia." Ringkas saja ku balas malas nak bertekak dengan budak kurang bijak ni.
"Klise betullah jawapan kau!" Selena nampak dah berangin siap angkat tangan nak tampar aku pulak tu. Melebih pulak minah ni. Aku sekeh jugaklah kang.
"Selena apa kau ni?" Faiz datang dengan wajah bengang.
"Apa? Kenapa you pilih perempuan selekeh ni? Tengok tu pakaian dia buruk hari-hari pakai baju kurung macam nenek!" Selena bangun menghadap Faiz.
"Memang dia buruk." Faiz membalas.
Aku memandang Faiz. Wajah Faiz juga turut tegang.
"Sedar rupanya. Ingatkan, you dah kena mandrem dengan budak hodoh ni." Selena tersenyum sinis memandangku.
"Memang dia buruk pada mata kau sahaja. Dengar ni kau sahaja! Bukan aku!" Faiz menekankan perkataan 'kau' itu.
"Masalahnya Eryna ni memang buruk yang you tergilakan dia kenapa?" Selena bengang.
"Kau pernah dengar? Orang cakap kau sebenarnya akan nampak cantik pada mata orang tepat dan akulah orang yang tepat menilainya. Kau memang cantik Selena tapi pada mata aku. Kau sebenarnya tak cukup cantik lagi. Jadi sila cuba cari yang lain." Faiz menyilang tangannya lalu memeluk tubuh. Dia senyum mengejek pada Selena.
Orang-orang sekeliling memandang Selena yang sudah buat kecoh.
"Eryna, kemas... kita blah sekarang." Faiz turut mengambil barangnya dan berlalu. Aku hanya menurut Faiz.
******
"Faiz, saya rasa buat masa ni kita jangan berkawan boleh tak?" Aku masih mengejarnya kerana langkahnya yang laju.
"Tak payah layan sangat dengan Selena tu lain kali. Kalau dia jumpa awak jangan layan terus blah. Dia tu memang mulut puaka!" Langkah Faiz terhenti lalu dia memandangku.
"Awak ada class lagi tak?" Soal Faiz lagi.
"Tak, tak ada." Balasku.
"Ikut saya."
"Nak pergi mana?" Aku bingung.
"Ikutlah ajelah." Faiz terus melangkah pergi. Aku pula terpaksa mengejarnya kembali. Kemain laju langkahnya. Ini mesti zaman sekolah dulu atlet. Kalau dah langkah laju apatah lagi saat berlari.
Kini aku dan Faiz berdiri di dalam sebuah butik pakaian. Pakaian muslimah. Aku pandang sebaris pakaian yang tersusun semuanya adalah mengikut trend terkini. Ada juga ingin ku gayakan sejak dari dulu tapi tak mampu kerana faktor kewangan yang mencukupi. Aku memilih untuk pendam saja niat itu pakai mana yang ada sahaja.
"Kak, tolong pilihkan fesyen baju yang sesuai mengikut dia. Saya nak akak ubah dia jadi cantik! Meletop kebabom!" Faiz berkata kepada kakak yang memakai name tag Adilla itu hanya memandangku lalu dia menunjukkan isyarat tangan 'okey' sebagai tanda setuju.
"Apa yang awak nak buat ni Faiz?"
"Saya nak ubah awak jadi Eryna Sofia yang baru. Kak Dilla nanti saya datang balik. Saya pergi dulu bye." Faiz sudah melangkah keluar daripada butik itu. Terlihat seperti mereka sudah kenal lama.
"Faiz janganlah buat saya macam ni. Saya tak nak." Baru sahaja aku bercadang mahu lari Kak Dilla sudah menarik lenganku.
"Jomlah, Kak Dilla dah lama tak make-up orang alang-alang Tuan Faiz dah bagi Kak Dilla job inilah masanya!"
Apa? Tuan Faiz? Siapa Faiz sebenarnya? Dalam hatiku meronta-ronta hanya untuk pergi larikan dari situ tapi bila fikirkan nanti apa pula Faiz katakan. Aku malu berhadapan dengan Kak Dilla yang terlebih peramah sampai tak ada peluang untuk berbicara. Akhirnya aku hanya merelakan diri menjadi mangsa fesyen Kak Dilla.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...