Sejak kejadian hitam yang berlaku pada malam itu aku memutuskan untuk bercuti selama tiga hari. Iya boleh dikatakan rekod kehadiran aku agak teruk pada tahun akhir tapi aku tak mampu nak elak ini semua berlaku kerana tekanan emosi dengan apa yang berlaku.
Tiba di sekolah aku ternampak kelibat Farhan lalu di hadapan. Aku panggil namanya.
"Farhan!" Namanya ku laung.
Dia menoleh melihatku lalu dia meneruskan perjalanannya entah kemana tanpa mempedulikanku yang memanggilku. Aku jadi bingung. Aku cuma anggap mungkin mood Farhan bukan dalam keadaan baik.
Aku cuma teruskan perjalanan ke kelas seperti biasa. Kalau ikutkan rasa ingin sahaja aku berhenti sekolah lalu pergi sejauh mungkin dari sini. Rasanya muka aku dah cukup tebal untuk menahan rasa malu pergi ke sekolah hampir setiap hari.
Harraz? Aku tak faham setiap kali berlaku kejadian antara kami berdua dia akan seperti biasa seolah tak ada apa yang berlaku. Seperti kejadian hitam yang berlaku beberapa hari yang lalu keesokkannya dia boleh pergi ke sekolah seperti biasa.
"Hai Eryna!" Sebuah nada suara lembut yang menyapa gegendang telingaku.
"Eliana." Aku pandang wajah putih bersih Eliana yang tanpa sebarang jerawat. Matanya yang bundar, berhidung mancung dan mempunyai lesung pipit. Nak dibandingkan aku dengan dia? Jauh sekalilah perbezaan. Macam tak layak untuk dibezakan dengan wajahnya terlalu cantik. Tak mustahil jika ada kaum adam yang menyimpan rasa suka padanya.
"Awak apa khabar Eryna? Kenapa muka pucat, sakit ke?" Soal Eliana prihatin dengan keadaanku.
Aku menggelengkan kepala sebagai tanda tidak.
"Saya mintak diri dulu." Aku segera meninggalkan Eliana. Aku tak mampu nak berdepan dengan Eliana. Cemburukah aku dengan Eliana? Sisi hidup Eliana agak sempurna berbanding aku. Dia dicintai oleh orang dia cintai dan orang yang dia cintai adalah suamiku sendiri.
Aku sehingga kini masih tak tahu apakah perasaanku pada Harraz dan Farhan. Aku hanya biarkan perkara itu bermain diminda.
*****
KEBENARAN telah tersebar bahawa si pelaku adalah Reza. Reza adalah orang yang cuba meragut kehormatan aku dulu. Dia pun sudah dikenakan tindakan. Tapi apa yang mampu aku lakukan sudah tak ada apa yang perlu diubah. Kerana aku telah menjadi isteri kepada Harraz. Setelah kebenaran telah terbongkar baru ada segelintir yang mula menegurku tapi aku hanya buat tak tahu. Bukan kerana sombong tapi sakit hati yang hingga kini aku tanggung.Aku baru sedar yang Farhan sudah lama tak menegurku. Kebetulan pula ternampak Farhan sedang membaca buku di dalam pusat sumber. Aku mengambil peluang untuk masuk dan ambil tempat duduk dekat dengannya.
Farhan kelihatan mengeluh.
"Kau nak apa ikut aku?" soal Farhan.
"Salah ke saya nak ikut sahabat saya. Takkan nak duduk dengan kawan sendiri salah." Aku mula kecewa dengan perubahan sikap Farhan yang aneh.
"Jangan jadi tak matang Eryna. Aku nak study ni lagipun aku ada ajak someone untuk study dengan aku." ujar Farhan matanya masih tertumpu pada pembacaan walaupun aku tahu hakikatnya dia tak fokus sebenarnya.
"Kalau macam tu boleh tak saya nak join sekali boleh?" Aku mula mengeluarkan buku dari dalam beg.
"Eryna! Boleh tak sekali aje aku cakap kau faham! Aku tak nak study dengan kau. Kalau aku nak ajak kau dah lama aku ajak tak perlu susah payah kau nak offer diri macam ni." Walaupun suara itu perlahan tapi bisa ayat itu benar-benar menikam hati.
"Dah lama ke tunggu?" Sapa Maryam yang baru tiba.
"Baru aje tak sampai 10 minit." Farhan mula mengukirkan senyuman.
"Eh, Eryna pun ada ke? Tak bagitahu nak study sekali dengan kita." Maryam menegurku.
Aku nampak isyarat mata Farhan seolah menghalau aku pergi. Ya Allah, hancur luluh hatiku melihat perlakuan mereka berdua.
"Aku tak nak study pun. Aku datang sini sebab nak makan angin aje pun. Aku minta diri dulu." Pantas aku bergerak meninggalkan mereka berdua. Ingin ku menangis melihat kelakuan mereka berdua. Mereka berdua yang ku anggap sahabat kini telah berubah seratus peratus.
Harusnya aku sedar diri mereka sudah tak perlukan aku. Bahkan kalau aku mati sekalipun mereka tak ambil peduli. Diriku seolah boneka yang menjadi permainan mereka berdua. Jadi selama ini adakah benar tentang luahan hati Farhan sebelum ini adakah sekadar ingin memujuk hatiku saat itu?

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...