Melihat kalendar hampir genap sebulan aku lambat datang haid. Sejak kejadian itu aku dah tak berani untuk dekat dengan Harraz. Aku tak mahu perkara sama berulang kembali. Tubuhku tak ada mengalami sebarang perubahan apa-apa pun. Mungkinkah kerana kitaran haid aku kali ini agak tak normal?
Aku risau jika benar aku hamil bagaimana dengan peperiksaan yang bakal berlangsung lagi sebulan lagi. Dapatkah aku mengambil peperiksaan akhir seperti biasa? Aku menjadi buntu.
Kali ini aku nekad selepas pulang dari sekolah aku terus pergi ke pekan untuk ke farmasi. Aku sempat membeli pregnancy test. Seorang makcik mula berbisik dengan suaminya tatkala melihat aku membeli prenancy test.
Tak hairan pun kalau mak cik tu nak mengata aku. Muka aku memang nampak sangat masih bersekolah tapi sayangnya tekaan mak cik kurang tepat. Aku memang bersekolah tapi statusku adalah isteri kepada seorang lelaki yang sebaya denganku.
Usai balik dari pekan aku terus ke rumah ayah. Sebenarnya aku banyak menghabiskan masa aku disini. Bersaksikan bilik tidur aku inilah tempat aku menghamburkan segala tangis yang ku simpan selama ini. Aku nekad kali jika betul kalau aku hamil, aku akan pindah semula ke sini. Aku tak mahu sesiapa tahu tentang keadaanku. Aku sudah ada perancangan yang lebih baik.
Setelah selesai ujian itu aku tutup mata takut untuk tahu kebenarannya. Bila aku buka mata jawapannya memang benar. Dalam rahimku ada nyawa sedang membesar. Setiap helaan nafasku setiap itu jugalah jantung kecilnya berdetak. Terasa bagaikan tak percaya pada usia begini aku kena menghadap perkara yang aku langsung tak bersedia. Menjadi ibu! Tak pernah terlintas ingin menjadi ibu dalam usia muda.
"Adik ada dalam bilik air ke? Ayah nak mandi ni dik." Suara ayah buatkan aku terkejut lantas aku basuh muka supaya ayah tak nampak mataku yang merah ingin menangis.
Aku buka pintu. Ayah tersenyum memandangku.
"Adik okey tak? Ayah ingat nak bawak adik makan luar malam ni. Tidurlah sini kalau boleh tapi minta izin Harraz dulu."
Aku hanya mengangguk dan terus keluar dari dalam bilik air. Masuk saja dalam bilik tidur kepunyaanku air mataku menjadi tumpah. Hamil bukan kemahuanku pada usia begini. Aku tak tahu bagaimana harus berterus terang dengan ayah supaya dapat pergi dari rumah Harraz itu.
Entah kenapa aku seolah-olah hilang akal aku mencapai telefon lalu membuka Google bahagian carian aku menaip 'Tanda-tanda awal kehamilan' aku mula baca satu persatu ayat. Ada yang benar tentang perkara yang tercatat dalam laman itu.
Aku mula menaip lagi bahagian carian. 'Cara menggugurkan kandungan'. Akhirnya aku menutup telefon. Aku mengucap panjang. Aku mula merenung perutku yang masih kempis ini. Ketakutan yang aku tak inginkan saat selepas Harraz menyentuhku telah berlaku.
*****
"Aku nak pindah rumah ayah balik sebab nak fokus exam." Itu sahaja yang mampu terkeluar dari bibirku.
Harraz tertawa.
"Fokus exam? Kau tu tak pandai buat apa susah nak belajar bersungguh-sungguh. Esok-esok kau juga yang jadi bibik jugak kat rumah aku nanti." Angkuh Harraz berkata.
Aku hanya diam malas nak bertekak dengan lelaki ini.
"Kau ni selalu pandai menjawab sekarang dah bisu pulak? Ni aku tengok muka kau sejak dua menjak ni pucat semacam aje aku tengok. Jangan-jangan kau mengandung tak?" Harraz merenung anak mataku. Aku hampir terkejut namun sempat aku kawal emosi agar tak dapat dihidu olehnya.
"Tak, aku tak mengandung lagipun baru minggu lepas aku baru start period." Bohongku supaya tak mendatangkan syak padanya.
"Baguslah, aku pun tak fikir panjang masa nak sentuh kau sebab tu aku cakap itu adalah satu kesilapan yang aku buat. Aku pun sejujurnya tak nak anak aku dari rahim perempuan macam kau. Anak aku seharusnya dilahirkan dari rahim perempuan yang aku cintai. Lagipun risau pulak aku kalau kau mengandung anak aku nanti dia jadi bodoh sebab warisi kebodohan kau!" Harraz menunjal dahiku.
"Aku tak kesah pun, lagi tenang hidup aku tak payah nak menghadap muka buruk kau ni!" Usai Harraz berkata dia mula meninggalkan kamarnya. Kalau nak diceritakan tentang bagaimana keadaan hatiku sekarang. Boleh dikatakan hati aku hancur kerana dipijak lumat selumatnya dengan kata Harraz tadi.
Aku usap perutku.
"Benci betul dia dengan kehadiran anak ini Ya Allah."
Selesai kemas baju dan barang yang ada aku tunggu ayah ambilku dari rumah ini. Aku dah nekad satu hari nanti aku akan jejak ke sini untuk menuntut hak penceraianku dengannya. Aku tak mahu selamanya bergantung hidup dengan lelaki tak guna seperti Harraz. Syukurlah selepas aku cerita perkara sebenar pada ayah. Ayah dapat menerima dan dia lebih mempercayaiku. Ayah sendiri berkata dia akan memberi sokongan padaku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomantizmSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...