Bayi perempuan yang kulit putih kemerah-merahan itu ku tenung. Inilah zuriat kedua aku dengan Harraz. Air mata jatuh tatkala melihat wajah anak kecil itu. Waktu itu, aku nampak yang Harraz mengangkat bayi.
"Cantik anak kitakan sayang?"
"Mestilah macam ibunya kan?"
"Comelnya, adik Inara! Yeay, Inara dah ada adik!" Terjengket-jengket kakinya semata-semata untuk melihat adiknya yang baru lahir itu.
"Inara, jangan jerit nanti adik menangis." Ayah menegur Inara.
"Ops! Sorry!" Inara menutup mulutnya dengan kedua belah tangannya.
Selesai Harraz iqamah dan mengazankan bayi. Kini giliran ayah pula untuk bertukar tangan memegang bayi.
"Dah ada nama ke?" soal umi yang melihat dari jauh saat yang ayah memegang bayi itu.
"Dah ada dah, namanya Inasya Sofia." Harraz menjawab.
"Inara Sofia dan Inasya Sofia. Nama nak dekat-dekat sama ya!" Abah pulak mencelah.
"Lepas ni kena panggil kakaklah si Inara ni." Umi berkata mengusap kepala Inara.
"Panggillah Kak Nara." Inara mencelah.
"Amboi, pandai ya. Kak Nara dengan adik Nasya. Serasi pulaklah nama dua beradik ni kan." Umi nampak suka betul dengan panggilan itu.
"Mulai hari ini Kak Nara kena jaga adik baik-baik. Kak Nara juga yang nak adik dulu. Jadi kalau dah dapat adik jangan pulak buli adik. Kesian adik Nasya, dahlah dia kecil lagi."
"Inara janji, Inara takkan buli dia. Inara akan sayang dia." Inara mengangkat tangannya seperti berjanji.
"Good girl!" Puji umi.
×××××
Seperti yang sudah dirancang selepas saja aku selamat bersalinkan Inasya. Aku dan Harraz akan berpindah terus ke rumah baru. Harraz sebelum ini memang berniat supaya aku sahaja yang mendeko rumah sendiri. Tapi kalau dah masa tengah mengandung. Mood tu pun jadi kelaut. Tak ada masa nak fikir pasal benda-benda macam ni.
"Alhamdulillah, akhirnya kita selamat juga masuk rumah ni dengan baby baru lagi." ujar Harraz yang sedang mendukung Inasya.
Aku hanya tersenyum pada Harraz. Kini hanya dialah sahabatku, suami dan ayah pada anak-anakku. Aku sudah tak punya sahabat melainkan dia sahaja. Tanpa pengetahuan aku, Faiz bernikah pada tarikh aku melahirkan Inasya maka memang aku langsung tak punya kesempatan untuk menemuinya dan Fathia. Tahu-tahu saja dia sudah berlepas ke luar negara. Dia seolah-olah mahu mengelak dan menjauhi tanpa ku tahu alasannya.
Buat masa ini aku dan Maryam baru memulakan hubungan persahabatan semula setelah sekian lama tak bertegur. Kalau difikirkan elok jugaklah kalau aku mula berkawan balik dengan Maryam. Tak adalah Harraz nak cemburu nanti.
Eliana pula dengar cerita dia sudah kembali pada pangkuan keluarganya. Puan Safiah dan suaminya perlahan-lahan dapat menerima kenyataan. Beberapa bulan yang lalu, Eliana datang menemui aku untuk meminta maaf sehingga menangis teresak-esak kerana menyesali perbuatannya yang telah berbohong tak boleh hamil.
Melihat keadaan Eliana yang begitu bersungguh-sungguh meminta maaf. Aku bersedia untuk memaafkannya. Paling mengejutkan, Puan Safiah juga datang menemui aku dan ayah untuk meminta maaf atas kesalahannya selama ini. Aku dan ayah juga bersetuju untuk memaafkan demi kebaikan bersama.
"Tahulah abang ni handsome. Sampai nak tembus abang. Sayang punya tenungan tu." Harraz menegurku lalu dia melabuhkan punggungnya pada sofa. Dia juga meletakkan Inasya pada sofa dengan lembut.
ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...
