"Ammar, mana Faiz?" soal aku saat ternampak kelibat Ammar dikaunter hadapan. Ammar yang sedang menilik komputer terkalih padaku.
"Bos? Dekat dalam. Cik Eryna datang nak apa ya?" soal Ammar.
"Saya datang sebab Faiz cakap saya ada photoshoot. Itu yang saya datang sini nak jumpa Faiz." Aku menjelaskan perkara sebenarnya.
"Ye ke, jadi siapa dua orang belakang Cik Eryna tu? Klien Cik Eryna ke?"
"Iya klien saya dan klien Faiz. Faiz ada ke kat dalam?"
Ammar bertukar riak wajahnya lalu dia memegang lehernya. Matanya pula memandang bawah.
"Kenapa?"
"Ammar, saya nak keluar sekejap nak makan. Awak jaga kedai sekejap." Suara Faiz yang tiba-tiba kedengaran. Pemilik suara itu sedang melipat lengan bajunya dan matanya tertancap pada aku.
Aku memeluk tubuhku sambil merenung tajam Faiz. Faiz seperti menelan air liurnya ketika aku nampak yang halkumnya bergerak-gerak.
"Buat apa datang sini? Kan saya dah cakap tadi tak ada apa-apa kan?" Dalam gugup Faiz berkata dia masih dengan rajuknya.
"Kenapa belum makan?"
"Bos cakap dia nak tunggu Cik Eryna tapi Cik Eryna datang lambat sebab tu bos tak makan." Ammar mula mencelah.
Aku mula bercekak pinggang.
Faiz masih membisu dia berpura-pura memandang arah lain.
"Awak tu kan ada gastrik Faiz nanti kalau awak sakit siapa juga yang susah? Mama juga yang susah nanti. Tak kesian ke dekat diri sendiri. Kenapa nak tunggu saya baru nak makan?" Aku mula membebel sesekali aku menjeling pada Eliana dan Harraz hanya menjadi patung cendana menyaksikan babak aku dan Faiz.
"Jangan percaya cakap Ammar tu. Saya dah makan maggi tadi tapi tak kenyang sebab tu saya nak cari lagi makanan. Ingat saya nak sangat ke makan dengan awak?" Faiz membela dirinya.
Geram pulak aku mendengar Faiz ni menjawab.
"Okay, fine! Saya datang sebab nak photoshoot."
"Saya dah cakap tadi tak ada apa-apa kan?" Faiz seperti kesal denganku.
Makin berasap telingaku mendengar Faiz menjawab. Aku menghampirinya.
"Kenapa? Ada tak puas hati ke? Nak gaduh?" Faiz menyindirku.
Tanpa fikir panjang aku memijak kaki Faiz. Apa lagi menjerit Faiz sehingga terlompat-lompat dirinya.
"Awak nak memalukan saya ke Eryna?" Bisik Faiz sambil membongkokkan badannya memegang kakinya.
"Awak yang malukan saya dulu." Puas hati aku dapat kenakan Faiz. Bukan aku tak tahu yang Faiz sebenarnya nak tunjuk perangainya depan Harraz. Faiz juga dah kenal dengan Harraz kerana aku pernah menunjukkan gambar Harraz padanya.
"Bagilah saya berlakon sikit." omel Faiz lalu dia kembali berdiri tegak.
"Harraz dan Eliana macam mana boleh sampai sini. Ada urusan kerja ke?" Faiz menyapa dua makhluk itu dengan ramah sekali.
"Ada urusan kerja sebab tu kami saja nak berjalan dekat sini. Kebetulan pulak yang korang tinggal sini kan itu yang datang nak tengok-tengok. Iyalah perkahwinan kami pun tak kurang seminggu lagi sebab tu banyak urusan nak kena selesaikan sebelum cuti." Terang Harraz panjang lebar. Nampak ramah pula Harraz menegur Faiz.
"Eryna dengan Faiz okey ke?" soal Eliana yang masih berkerut wajahnya melihat kejadian kami berdua tadi.
"Jangan risau kami berdua kalau bergaduh memang macam ni. Eryna pun saya dah faham garang dia macam mana. Kalau tak, tak adalah masa mula-mula kenal dah makan penampar jepun dia. Macam nak tercabut aje rahang masa tu. Eryna ni pun kalau nak tau dia ni berani pukul saya aje. Orang lain dia tak berani. Betul tak?" Dalam sibuk menjelaskan perkara sebenar sempat lagi Faiz nak mengenakan aku.
Aku hanya tersenyum palsu dan menganggukkan kepala.
"Harraz? Awak masa kenal Eryna pernah ke dia lempang muka awak ke? Cubit awak ke?"
Harraz pun tersenyum mendengar kata Faiz.
"Tak pernah."
"Lupa, isteri tak boleh kasar dengan suami. Berdosa! Tak begitu Cik Eryna?" Selamba Faiz menyindir Harraz pasal hubungan aku dengan Harraz. Geram pulak aku!
"Faiz, saya tak ada masa nak bergurau. Jom mulakan kerja." Lembut aku menutur semata-mata untuk menukar topik perbualan. Apa bendalah meleret-leret sampai ke hubungan aku dan Harraz.
"Kalau dah nama Eryna Sofia kerja aje diingatkan! Macam manalah hari-hari tak mengadu badan sakit lenguh-lenguh. Dia punya sibuk sampai dah sponsor kerusi urut pun tak sempat nak pakai. Dia nak suruh kucing pakai kot." Faiz mula mereka-reka ceritanya. Bila masanya pulak aku hari-hari mengadu dekat dia yang badan sakit.
Okeylah, pernahlah sekali sebab terlampau penat sebab uruskan majlis perkahwinan anak dato yang besar-besaran. Krew tak cukup sebab tu kena kerja lebih sikit. Mengadu sekali aje terus dia belikan kerusi urut katanya hadiah dari mama sebab atas usaha penat lelah aku.
"Bukan nak cakap apalah, kau orang nampak serasi. Senang cerita kau orang saling melengkapi antara sama lain. Eryna sejenis macam garang tapi manja kan? Awak pulak Faiz macam suka mengusik Eryna. Comel sangat!" Puji Eliana.
Harraz pula tak banyak kata lebih banyak mendiamkan diri. Tapi aku tahu bahasa tubuhnya lebih menunjukkan perasaan marahnya. Kadang-kadang aku nampak dia mengetap bibir. Harraz seperti tak senang duduk tak ubah macam cacing kepanasan.
Macam mana Eliana tahu aku ni garang tapi manja? Harraz yang dah bertahun-tahun kahwin dengan aku pun tak tahu perangai sebenar aku? Pandai-pandai aje menilai!
"Banyak juga orang cakap macam tu Eliana. Ramai jugak yang sangka kami ni couple ada jugak yang ingat kami dah kahwin. Kami ni tak lebih daripada kawan pun walaupun kami kawan rapat gila-gila tapi saya masih hormatkan status Eryna dan sayangkan dia macam adik sendiri tapi saya pun tak teragak-agak jugalah untuk raih hati Eryna kalau dia dah solo nanti." Ayat terakhir dari Faiz buat aku terkedu. Biar betik si Faiz ni. Berani betul kalau melayang buku lima Harraz kat muka Faiz aku tak nak bertanggungjawab.
Harraz tu nampak tunggu masa nak meletup aje. Kalau dia mengamuk sebab mulut Faiz yang galak memerlinya. Aku tak nak masuk campur.
"Apa awak merepek ni Faiz? Dah jom, lagi cepat siap kerja boleh kita pergi makan sama-sama. Kalau saya makan dulu nanti gemuk dah tak cantik nak bergambar nanti." Aku mengomel.
"Iyelah, jomlah Harraz dengan Eliana ikut sekali tengok proses photoshoot. Selalu korang berdua tengok kat dalam drama aje kan? Bolehlah tengok depan-depan." Entah apa yang dah masuk fikiran Faiz tiba-tiba jadi peramah sampai begitu sekali. Selalunya tak macam tu pun.
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...