BAB 94

542 9 1
                                        

"Eryna biar betul nak jual syer syarikat dekat mama? Lagipun Eryna dah habis bayar hutangkan. Kenapa tiba-tiba?" Berkerut-kerut dahi Puan Hasniza mendengar hasratku.

"Eryna tak mampu lagi nak jaga lepas apa yang berlaku termasuk kes Datin Syarifah itu hari. Eryna sedar yang mental Eryna masih belum kuat untuk urus perniagaan sendiri. Eryna tak pandai."

Puan Hasniza menghela nafas panjang.

"Dalam perniagaan mesti akan ada jatuh bangun. Mama dulu nak berjaya macam sekarang dah berkali-kali jatuh ada sampai satu tahap mama hampir bangkrap sebab bergolok gadai untuk perniagaan mama. Mama syukur sangat sebab usaha tidak mengkhianati hasil."

"Tapi sekarang yang banyak uruskan syarikat adalah Fathia. Eryna rasa macam Eryna tak berguna."

"Siapa cakap Eryna tak berguna? Mama tahu yang Eryna masih berkerja macam biasa walaupun tinggal jauh cuma sekarang Fathia yang take over kedai kan."

Aku hanya mengiyakan kata-kata Puan Hasniza.

"Mama takkan beli. Mama nak Eryna buktikan yang Eryna boleh, jangan mudah mengalah. Dulu Eryna dah yakinkan mama untuk buka kedai. Jadi sekarang buktikan sampai berjaya."

"Eryna cuma takut sejak kes Datin Syarifah tu."

"Tapi dah terbuktikan yang Datin Syarifah salah. Mama percaya yang anak mama dah buat yang sehabis baik. Takkanlah boleh timbul spekulasi macam tu. Mama sendiri yang suruh Faiz siasat kes Datin Syarifah tu."

Aku agak terkejut dengan kenyataan dari Puan Hasniza. Faiz pun terlibat sekali dalam kes aku dengan Datin Syarifah.

"Kenapa mama suruh Faiz?"

"Mama nak suruh siapa lagi? Dah dialah satu-satunya orang kepercayaan mama."

Bila bercakap dengan Faiz. Tiba-tiba aku terfikirkannya. Bagaimanakah keadaannya sekarang? Sihatkah?

"Apa khabar Faiz lepas balik dari sana. Kali terakhir, Eryna jumpa dia. Eryna nampak yang dia macam kemurungan dia sebab masih sedih dengan kepergian arwah Farhan."

Sekali lagi Puan Hasniza mengeluh.

"Dia masih dalam keadaan macam tu. Dah macam orang mati bini padahal Farhan tu cuma sepupu dia aje. Bercakap dengan orang tak mahu. Makan pun nak kena pujuk. Mandi pun entah bila kali terakhir. Penampilan dia pun dah nampak kusut sekarang."

"Kesiannya, Faiz perlukan semangat."

"Dah berbuih mulut mama ni bagi semangat pada dia. Tapi dia langsung tak ambil peduli tentang diri sendiri. Mama faham diorang sebelum ni terlalu rapat. Dah macam adik beradik. Masing-masing sanggup berkorban antara satu sama lain."

"Hebat betul ya ikatan saudara mereka berdua."

"Itulah."

"Kalau Eryna nak jumpa dengan dia sekejap boleh?" Aku meminta izin untuk bertemu sebentar dengan Faiz. Ingin melihat keadaan dia sekarang dengan mata kepalaku sendiri.

"Boleh, marilah tengok Faiz." Puan Hasniza bangun dari duduknya. Aku pun ikut bangun dan mengekori Puan Hasniza mendaki tangga menuju ke bilik Faiz.

Tiba dipintu bilik Faiz, Puan Hasniza mengetuk pintu berkali-kali namun tak menjawab panggilan mamanya.

"Faiz, buka pintu nak. Eryna nak jumpa."

Sunyi sepi tanpa suara.

"Faiz...." Aku mencuba untuk memanggil.

Masih sama tanpa jawapan.

Puan Hasniza memulas tombol pintu dan boleh terbuka.

"Faiz jarang kunci pintu bilik sekarang." Sempat Puan Hasniza memberi tahu.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang