BAB 19

976 24 7
                                        

"Terima kasih sebab tumpangkan saya Imran dan tolong hantarkan kereta saya dekat bengkel." Ujarku saat sudah sampai dihadapan restoran itu.

"Tak ada masalahlah. Rugi siapa tak tolong perempuan dahi licin macam awak."usik Imran.

"Perlilah tu. Okeylah, kalau tak ada apa-apa saya pergi dulu. Insya-Allah ada rezeki kita jumpa lagi Imran."

"Iyalah." Senyuman yang tak pernah lekang dari bibir Imran mampu membuatkan sesiapa sahaja terpersona dengan Imran.

Aku mula keluar dari kereta Imran dan melihat keretanya keluar semula dari tempat parkir dan berlalu pergi. Aku terus masuk ke dalam restoran cuba mencari-cari kelibat Ayu atau yang lain-lain. Malangnya tidak ada.

Sedang aku berjalan tanpa aku sedar aku telah terlanggar bahu seseorang. Akibat dari itu aku terdorong ke belakang. Bahuku pegang dan aku lihat lelaki itu.

"Saya minta maaf." Lelaki itu segera meminta maaf.

"Tak apa saya okey." Balasku bersahaja.

Lelaki itu lantas meminta diri untuk pergi.

"Kenapalah aku malang hari ni." Aku menggelengkan kepala.

Aku berjalan lagi dan akhirnya aku ternampak kelibat sekumpulan manusia yang gelak tawanya riuh. Aku sedar kerana ternampak wajah Ayu. Wajah Ayu langsung tak berubah dari zaman sekolah. Aku menghela nafasku sebelum melangkah ke arah mereka.

Saat kakiku berhenti tepat dekat dengan meja itu. Pandangan mereka tertumpu padaku. Aku menelan air liurku. Tekakku serta merta rasa kering.

"Iya, cari siapa?" soal Ayu yang sedar dengan kehadiran aku.

Aku sedar Farhan yang ada disitu leka menatap wajahku. Dia seperti mengecam aku. Aku masih membisu tak mampu berbicara.

Aku nampak dikalangan mereka adalah terdiri dari Ayu, Alisa, Maryam, Eliana, Farhan dan Harraz.

Harraz pula leka mengusik Eliana tak ambil peduli yang aku berdiri disini.

"Awak cari siapa ya?" soal Ayu lagi bagi menyedarkan aku dari lamunan.

"Eryna!" Suara kuat itu memanggil namaku dari belakang. Terbuntang mataku, aku terkejut dan menoleh pemilik suara itu.

Kelihatan Imran letih mendapatkanku sebelah tangan memegang telefon milikku. Imran berhenti dekat denganku.

"Telefon awak Eryna, awak ni cuailah. Jenuh saya patah balik sebab nak bagi balik telefon ni." Imran menyerahkan telefonku.

"Terima kasih Imran, susahkan awak aje." Segan pula dengannya yang bersusah payah patah balik untuk bertemu semula denganku.

"Eryna? Seriously are you Eryna?" Ayu bersuara. Aku menoleh kembali memandang mereka semula.

Aku hanya mengangguk perlahan sebagai tanda iya. Masing-masing tak berkedip mata memandangku. Tapi mataku tak lepas melihat Farhan yang duduk bersebelahan Maryam yang tak kalah makin cantik.

"Seriuslah aku hampir tak kenal itu kau Eryna. Cantik sangat macam bukan kaulah." Ayu bangun dan mendekatiku lalu dia memeluk tubuhku.

Tubuhku mengeras tak mampu memberi reaksi apa-apa. Imran hanya mendiamkan diri. Aku yakin dia masih kenal dengan orang-orang yang ada disini.

Ayu melepaskan pelukannya.

"Marilah duduk." Ayu mempelawaku.

Aku nampak Imran cuba pergi daripada situ.

"Imran!" Aku sempat memegang lengan bajunya sebelum dia pergi. Dia menoleh semula.

"Janganlah pergi temanlah saya sekali." Aku mengajak Imran.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang