Syukur Alhamdulillah aku dan Inara selamat sampai dirumah Mak Long. Terkejut juga Mak Long pada mulanya untuk membuka pintu. Iyalah, ketika itu hampir lewat malam. Kira-kira pukul 12 tengah malam baru aku sampai. Mahu tak takut orang tua tu.
Aku lupa nak beritahu mak long yang aku dalam perjalanan pulang. Maklumlah, ketika itu semua nak cepat saja.
"Terkejut mak long. Ingatkan perompak ke apa. Harraz bagi pulak ye kamu balik dua beranak. Dia tak risaukan kamu ke?" soal mak long sebaik sahaja nampak wajahku.
"Eh, sebenarnya mak long. Harraz pun tak tahu yang Eryna dah balik. Eryna balik pun mengejut." Aku membela Harraz. Mak Long sebenarnya masih terasa hati kerana aku dan Harraz sudah berbaik. Dia masih tak puas hati kerana Harraz pernah perlakukan aku dahulu. Dia takut jika Harraz akan tinggalkanku lagi.
"Kenapa tak cakap? Bergaduh ke?"
"Tak mak long. Fathia call Eryna ada hal penting sebab tu Eryna balik. Masa tu Eryna cuba call Harraz tapi dia tak berjawab rasanya bateri telefon dia habis kot. Eryna tak ada pilihan terpaksa balik dulu. Lagipun Eryna dah cakap dengan mak ayah dia."
"Iyalah tu, berehatlah. Nasib baik tak jadi apa-apa. Ada cakap dengan ayah ke balik ni?"
Aku hanya menggelengkan kepala.
"Takut ayah risau sebab tu Eryna tak berani nak bagitahu dulu."
"Kamu nilah. Jangan lupa cakap ke ayah kamu nanti. Dah lewat malam ni, masuk-masuk bilik terus mandi. Esokkan Eryna ada kerja." ujar mak long kemudian dia berlalu dan mengunci pintu rumah.
"Inara nak tidur dengan ibu ke atau bilik sendiri?" soalku pada Inara.
"Inara nak tidur dengan nenek umi." Inara merengek.
"Nanti kita balik lagi ya sayang. Ibu ada kerja sebab tu kita kena balik awal." Aku mengusap kepalanya.
"Jauh ke rumah nenek umi dengan rumah kita?" soal Inara padaku.
"Jauh sayang sebab tu sekarang baru kita sampai sini." Aku cuba memujuk Inara.
"Ibu janji nanti kita balik lagi ya? Inara tak sempat nak cakap bye-bye dekat ayah." Inara memuncungkan bibirnya.
"Ibu janji." Sekadar untuk memujuk hati Inara.
"Yeay!" Inara bersorak gembira.
"Inara sayang ke dengan semua orang dekat sana?" Soalku.
"Sayang, sayang sangat-sangat."
Aku menghela nafas panjang lalu menghadiahkannya senyuman.
"Jomlah kita mandi lepas tu kita tidur." Aku dan Inara terus masuk ke bilik untuk bersihkan diri.
Selesai mandi Inara terus tertidur dikatilku. Aku masih belum mengantuk lagi cuba untuk menghubungi umi. Untuk mengatakan yang aku dah selamat sampai. Saat aku pertama kali menghidupkan telefon aku menerima hampir berpuluh panggilan tak berjawab daripada Harraz. Aku sengaja tak mahu menelefonnya semula. Biarlah aku memberitahu umi saja itu sudah cukup. Pandai-pandailah umi sampaikan pada Harraz.
Lama aku cuba untuk menghubungi umi tiba-tiba baru ku teringat.
Sekarang jam hampir menunjukkan pukul 1 pagi. Memang patutlah umi tak menjawab panggilan. Dah tidurlah semuanya.Saat aku ingin membatalkan panggilan. Tiba-tiba panggilan berjaya disambungkan.
"Assalamualaikum, umi. Eryna minta maaf ganggu umi malam-malam. Minta maaf sebab ganggu umi tidur. Eryna dah selamat sampai dekat rumah dengan Inara. Inara pun dah tidur ni. Mula-mula, dia merajuk dengan Eryna kenapa tiba-tiba ajak balik tapi Eryna dah pujuk dia." Gembira akhirnya aku dapat bercakap dengan umi walaupun terselit sedikit rasa serba salah kerana menganggu umi.
"Dengan umi, sayang nak bercakap tapi dengan abang? Sanggup sayang tak jawab panggilan abang? Sayang tinggalkan abang tanpa ucap apa-apa pun. Benci sangat ke sayang dengan abang?"
Senyumanku mati saat mendengar suara Harraz.
"Macam mana abang boleh pegang telefon umi?"
"Umi cas telefon dekat luar. Kebetulan abang lalu nampak telefon umi berbunyi itu yang abang tolong jawabkan." Serak suara Harraz kedengaran.
"Okey, kalau tak ada apa-apa saya tidur dulu." Aku ingin mematikan panggilan namun Harraz menghalangnya.
"Sayang nanti dulu!"
"Apa lagi? Saya mengantuk. Saya ada hal penting esok. Saya rasa abang sendiri tahukan kenapa saya tiba-tiba balik? Mesti umi dah cerita dekat abangkan."
"Sayang marahkan abang ke?"
"Saya mengantuk."
"Abang tanya ni sayang jawab."
"Marah tersangat-sangat marah. Puas hati abang? Saya nak tidur."
"Abang jumpa dengan Eliana tadi bukan sebab apa. Abang cuma nak clear kan keadaan. Sayang jangan salah faham. Sayang tahu tak betapa risaunya abang bila tengok kereta sayang keluar dari rumah tadi. Umi pulak cakap yang sayang drive sendiri balik sana. Abang cuba call sayang tapi satu panggilan abang pun sayang tak endahkan. Malah orang yang sayang call dulu ialah umi. Abang sampai tak boleh lelapkan mata sebab teringatkan sayang." Harraz kendengaran agak kesal dengan keputusanku.
"Berhenti risaukan sebab saya. Saya tak layak buat abang. Abang pernah cakap benda tu dulu kan?"
"Ya Allah, sayang itu dulu sayang. Sekarang abang terlalu cintakan sayang. Abang sampai tak boleh kehilangan sayang."
"Tidurlah abang, sekarang abang boleh tidur sebab dah tahu keadaan saya sekarangkan?"
"Sayang jangan buat abang macam ni. Apa yang Eliana cakap pada sayang sampai sayang berubah macam ni sekali?" Aku memejamkan mata seketika. Waktu itu kata-kata Eliana kembali bermain dalam fikiranku. Aku memicit dahi. Lama aku mendiamkan diri.
"Sudahlah abang."
"Sayang sendiri yang tak nak abang tinggalkan sayang tapi sekarang sayang yang cuba nak tinggalkan abang." Harraz terlalu beremosi.
"Kalau saya tinggalkan abang pun. Abang pun masih ada Eliana kan? Kalau abang cakap abang dah tak cintakan dia. Cubalah jatuh cinta balik pada dia. Saya letihlah, malas nak bercakap pasal benda ni." Aku terus mematikan panggilan.
Fikiranku berserabut ditambah pula dengan masalah dengan Datin Syarifah lagi. Aku cuba melelapkan mata untuk tidur namun tak mampu. Tak lama kemudian, aku rasa pipiku mulai basah. Bahkan aku sendiri menangis pun aku tak sedari.
Aku tak benci Harraz, aku terlalu sayangkan dia sehingga takut kehilangannya namun dalam diriku ada satu sisi yang memaksa aku buatkan Harraz supaya menjauhiku. Aku memeluk tubuh Inara. Makin lama makin lebat air mataku akhirnya aku tertidur dengan linangan air mata.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...