BAB 76

538 14 9
                                        

"Tahniah puan, daripada hasil pemeriksaan. Saya dapati kandungan puan hampir cecah 4 minggu." Aku mengangkat wajahku mendengar kata-kata doktor yang melakukan pemeriksaan padaku. Memang aku ada terdetik buat pemeriksaan melalui prenancy test namun keputusan menunjukkan negatif.

Namun aku tak sangka pula apabila melakukan pemeriksaan diklinik lain pula keputusannya. Hatiku berdegup dengan kencang. Sekali lagi, ada nyawa yang sedang menumpang rahim selama sembilan bulan lagi.

"Terima kasih doktor."

"Jangan lupa ambil ubat, banyakkan berehat. Jaga emosi dan pemakanan kerana akan mempengaruhi kandungan. Lagipula, kandungan puan masih awal. Masih berisiko." Sempat doktor itu berpesan padaku.

Aku mengangguk kepala selepas itu aku keluar daripada bilik doktor. Aku duduk diruang menunggu untuk menerima ubat pula. Tujuannya aku ke klinik kerana badan kurang sihat ada tanda-tanda seperti akan demam. Oleh sebab itu, aku cepat-cepat ke klinik.

Selesai mengambil ubat aku menuju ke pintu keluar. Saat kaki ingin menapak ke kereta. Aku dikejutkan Farhan yang tiba-tiba muncul.

"Awak buat apa dekat sini?" Aku terkejut melihat tiba-tiba Farhan yang muncul entah dari mana. Masih ingat lagi kejadian yang dia cuba mengapa-apakan aku hari itu. Takut kalau berulang sekali lagi.

"Saya ikut awak."

Seriau aku mendengar.

"Tolonglah Farhan, saya tak ada kaitan dengan awak! Pergilah." Aku menghalau Farhan dia menghalang jalanku.

"Awak sakit ke? Kenapa muka pucat sangat ni? Tadi doktor cakap apa?" Farhan ingin menyentuh mukaku namun cepat-cepat aku menepis.

"Jangan nak melebih Farhan!" Aku ingin meninggikan suara namun tak mampu. Badanku masih lemah.

"Kalau dengan saya, bukan main lagi ya tak nak. Cuba kalau dengan Harraz, dia buat apa semua suka." Farhan mengejek.

"Apa masalahnya? Awak dengki ke?" Aku menjelingnya.

"Takkan tak nampak lagi ke lepas Eliana dah balik. Dia dah rapat dengan perempuan tu balik. Sekarang dia dah tinggalkan awak. Buat apa lagi tunggu dia. Saya tahu sekarang awak sakit pun sebab Harraz kan?" Farhan menyangkal.

Aku hanya mendiamkan diri. Malas nak menjawab.

"Saya nak balik." Aku cuba untuk membolosi darinya namun Farhan masih menghalangiku dengan tubuhnya.

"Susah sangat ke nak buka hati tu untuk saya?" soal Farhan.

"Bukan susah tapi saya dah tak pernah cuba buka hati untuk awak. Kisah kita dah lama tutup buku. Apa lagi awak nak?" Aku tak puas hati dengan Farhan. Tak pernah puas menganggu kehidupanku.

"Sebab saya dah tahu semuanya kisah awak dan Harraz. Harraz dah hamilkan awak dan dia tinggalkan awakkan? Saya selalu perhatikan awak. Bahkan dengan siapa awak berkawan pun saya kenal."

Aku terkejut.

"Apa maksud awak Farhan?"

"Kalau nak tau apa yang berlaku tanyalah pada Faiz." Mendengar nama Faiz membuat jantungku makin berdegup kencang.

"Ada apa dengan Faiz?"

"Saya yang upah Faiz supaya dia tengokkan awak selama awak ada disana. Saya tahu kisah hidup awak pun melalui dia. Harraz memang lelaki tak guna! Kenapa sampai sekarang awak masih tunggu dia? Sedangkan dia dah buat macam-macam pada awak?" Pengakuan dari Farhan membuatku ingin jatuh terduduk.

Insan yang selama ini ku percayai adalah mata-mata bagi Farhan.

Saat itu aku mendengar ada suara menegurku daripada belakang. Aku menoleh memandang siapakah pemilik suara itu. Terlihat dua susuk tubuh berdiri dibelakangku. Tak berenggang langsung. Cemburu? Bohonglah kalau aku kata tak cemburu.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang