BAB 23

994 17 0
                                        

"Lagi tiga hari jadi mama. Awak ada terfikir ke nak bagi apa?" Faiz menguis-nguis nasi di pinggannya dengan menggunakan sudu. Nampak raut wajahnya seakan serabut. Takkanlah nak fikir beli hadiah pun dah serabut macam tu?

"Beli ajelah bunga dengan kek." Mudah saja aku menjawab. Tak pandai pula aku nak beri pendapat.

"Dah buat tahun lepas awak tak ingat ke? Awak perempuan takkan awak tak tahu apa yang perempuan suka." Faiz meletakkan sudunya lalu dia menongkatkan dagu dan membuang pandangan ke arah luar melihat orang berjalan kaki.

"Saya? Entah mana saya tahu. Saya sejenis kalau orang bagi saya terima ajelah. Tak peduli pun apa yang orang tu bagi asalkan dia ikhlas. Ni awak pernah bagi shawl dekat saya ni. Sampai sekarang shawl ni adalah antara tudung kegemaran saya. Senang aje nak pakai." Aku menunjukkan hijab yang ku pakai sekarang terlilit kemas dan cantik.

Faiz tersenyum memandangku.

"Saya perasan jugak awak suka pakai tudung yang saya bagi tu ya."

"Mestilah suka! Bestfriend saya yang bagi kot."

"Saya sebenarnya dah tak tahu nak bagi hadiah apa kat mama. Mama tak kesah sangat pun kalau tak ada hadiah tapi iyalah saya kan anak tunggal mesti saya terfikir. Mama pun nak hadiah dari anaknya yang tersayang ni." Faiz mengeluh.

"Awak bagi menantu ajelah kat mama." Aku mengusik Faiz. Terus berubah wajah Faiz dan dia menjeling tajam kepada lalu berpeluk tubuh.

"Jangan cuba untuk memulakannya Eryna. Saya alergik dengan bab kahwin ni."

"Okey." Aku akur sahaja padahal dalam hati sudah terburai tawa. Alergik konon!

"Tak membantu langsunglah awak ni."

"Sedapnya mengata kita! Pergilah cari sendiri." Aku berpura-pura merajuk.

"Inilah kawan masa kita mintak tolong mulalah bagi alasan. Nak kawan dengan kita masa senang aje." Faiz mengeluh.

"Faiz! Okey, saya temankan awak beli barang ya? Tak payahlah nak ikut nak merajuk sama. Geli tahu tak." Akhirnya aku mengalah juga.

Faiz mula tersenyum lebar mendengar jawapan daripada bibirku. Aku tak pasti apa yang aku ingin cadangkan hadiah untuk mamanya. Maklumlah jarang orang nak bagi hadiah padaku.

Aku mendengar bunyi mesej masuk di telefon sekilas aku pandang telefonku yang skrin menyala itu.

Nama Harraz tertera.

Aku mengeluh.

Faiz seolah perasan dengan reaksi wajahku seolah dapat meneka.

"Harraz ke?" Faiz menyoal gayanya juga seperti mencuri-curi pandang skrin telefonku.

"Tak ada siapalah." Malas aku nak memberi tahu siapa.

Pesanan ringkas itu dibaca dengan teliti. Ternyata tujuan dia menghantar mesej adalah untuk memberi tahu bahawa dia mempercepat majlis perkahwinannya kerana dia takut aku akan menganggu majlisnya.

Harraz

'Aku nak percepatkan majlis kahwin aku. Kedua belah pihak dah setuju. Aku buat keputusan untuk kahwin bulan depan aje. Aku saja cepatkan sebab tak nak kau tiba-tiba ubah fikiran nak hancurkan rumah tangga aku. Maklumlah kau kan busuk hati.'

Ikutkan hati segala maki hamun aku mahu hamburkan padanya tapi aku masih ingat tujuan aku. Tujuan aku cuma ingin berbaik dengannya demi kebaikan semua.

"Macamlah kita ni tergila-gilakan dia!" Aku mengomel perlahan.

"Apa dia? Cuba cakap balik?" Faiz pula yang mungkin terdengar mula menyampuk.

"Hah! Tak ada apalah. Makanlah cepat nanti nak pergi beli baranglah apalah. Sekarang saya tengah free bolehlah keluar cari barang sama-sama." Aku mengalihkan perhatiannya semula. Jika boleh aku tak mahu Faiz tahu sedikit pun tentang betapa dinginnya hubunganku dengan Harraz. Apa yang dia tahu aku dan Harraz masih berkawan. Namun sebaliknya hanya Tuhan saja yang tahu bagaimana perangai Harraz saat berhadapanku.

Aku tidak menghiraukan mesej dari Harraz. Cukuplah sekadar membaca saja. Malas nak ambil tahu. Banyak lagi kerja aku yang nak kena fikir. Bukan dia seorang saja klien aku. Nanti sajalah aku beritahu tentang perubahan tarikh perkahwinan si mangkuk hayun Harraz ni. Ops! Lupa tak baik mengata suami sendiri!

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang