BAB 98

738 11 0
                                        

Sedar daripada lena apabila azan subuh yang berkumandang di telefon bimbit. Dalam keadaan yang masih mengantuk aku memaksa diri untuk bangun dari pembaringan. Apa yang aku perasan yang tubuhku dibaluti selimut didalam bilik. Bukankah semalam aku tidur dekat luar sebab merajuk? Aku pandang sebelah tidak ada sesiapa, kosong.
Melainkan aku seorang sahaja yang berada di dalam bilik ini.

"Ingat ni drama ke? Bila bini merajuk nak tidur luar lepastu bini tertidur angkat balik masuk dalam bilik. Dia pulak tidur dekat luar. Ingat romantik ke? Dia ingat boleh sejukkan hati aku? Boleh jalan!" Aku mencebikkan bibir sambil meneka apa yang Harraz lakukan.

Aku menurunkan kaki dari katil dan aku agak terkejut kerana kaki terasa seperti menyentuh sesuatu. Aku pandang bawah. Rupa-rupanya Harraz yang sedang tidur melingkar dan dilapik dengan tilam yang nipis. Kebetulan pulak kaki aku mendarat pada perut.

Nasib baik tak pijak! Kalau tak bertambah lagi dosa aku dengan suami aku.

Aku hanya membiarkan saja Harraz masih yang lena dibuai mimpi. Sekejap lagi pasti dia akan sedar daripada tidur. Pandai-pandai dialah nanti.

Usai mandi dan sebelum aku mengangkat takbir untuk solat subuh. Aku ada sedar yang Harraz sudah bangun dari tidur. Dia hanya merenung wajahku dari jauh saat aku sedang solat. Hampir tak khusyuk solat aku kerana Harraz.

Selesai solat barulah Harraz keluar daripada bilik mandi. Aku hanya fokus berzikir lalu mengambil Al-Quran untuk membacanya. Aku membaca Surah Maryam yang dikatakan antara surah yang seeloknya diamalkan bacaannya sepanjang kehamilan. Dikatakan untuk memudahkan urusan bersalin nanti dan memperolehi anak yang sabar dan taat.

Semalam juga aku sempat membaca info kehamilan di dalam internet. Selain itu, Surah At-Taubah yang dapat membersihkan jiwa dan memelihara diri daripada maksiat. Begitu juga dengan Surah Yusuf agar anak yang dilahirkan nanti cantik rupa seiiring dengan akhlaknya.

Dulu masa hamilkan Inara, aku tak ada terfikir untuk buat perkara begini. Yang aku tahu setiap hari aku hanya menghitung detik bilakah anak itu akan keluar daripada rahimku. Aku tak mahu ulangi kesilapan yang sama. Aku mahu hargai setiap detik berharga saat kehamilan kali ini.

Selepas membaca Al-Quran aku melipat telekung dan sejadah. Aku lihat yang Harraz masih berada di dalam bilik ini. Seperti biasa aku hanya pura-pura tak nampaknya.

"Sampai bila sayang nak buat abang macam ni?"

Aku langsung tak menjawab.

Telefonku ambil dan hanya memeriksa kalau-kalau pesanan penting yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

"Sayang."

"Tak penat ke hari-hari panggil sayang tapi abang tak sayangkan saya pun sebenarnya kan?"

"Ya Allah, sumpah abang tak ada cakap macam tu!"

"Siapalah nak sayang kalau perangai budak-budak macam ni kan? Iyalah, sikit-sikit nak marah! Sikit-sikit merajuk! Sikit-sikit nak cemburu! Mesti abang penat kan? Tapi sebab nak jaga hati saya sebab tu abang diamkan aje kan?"

"Tak! Bukan macam tu."

"Habis tu macam mana pulak?"

"Abang cuma tertekan tengok keadaan sayang macam tu. Abang cakap dengan sayang pun sayang tak respon. Macam abang cakap sorang-sorang. Abang cuba cari dimana salah abang...."

"Dan bila abang dah tahu kesalahan abang, abang cakap yang Eryna ni perangai macam budak-budak sebab benda kecil nak cemburu? Terasa hati macam tu? Abang, sekarang ni siapa yang isteri abang?"

Harraz mengeluh.

"Cakaplah, kenapa diam? Abang memanglah daripada dulu lagi saya perhatikan perangai abang. Masa saya dan Eliana bergaduh dekat luar tu. Abang bela si Eliana tu daripada saya. Kalau abang tak suka saya, its okay. Saya boleh undur diri. Daripada dulu lagi saya dah cakap benda yang sama. Kalau rasa terpaksa bersama dengan saya sebab saya tengah mengandung sekarang. Okey, lepas saya bersalin nanti kita bercerai."

"Apa yang sampai bercerai ni Yang? Abang dah tak pernah terfikir nak ceraikan sayang dah."

"Abang boleh pertimbangkan sekarang. Iyalah, abang mesti kesian dekat Eliana tu kan. Iyalah, tengah mengandung dengan suami tak ada. Apa kata abang pergi dekat dia dan bagi kasih sayang pada dia dengan anak dia tu. Saya tak apa, saya tak kesah pun. Iyalah, masa mengandungkan Inara dulu pun. Saya uruskan diri sendiri, daripada mula sampai bersalin. Ada suami pun macam tak ada." Sudah lama aku menahan sabar entah mengapa akhirnya terluah juga tatkala ini.

"Abang dah tak tahu nak cakap macam mana lagi. Kalau sampai sekarang sayang nak ungkit hal yang sama tentang kejahilan abang yang biarkan sayang dulu silakan. Ungkitlah berapa ratus sekali pun. Abang cuma minta boleh tak kalau kita bergaduh jangan sebut soal cerai. Jangan kita bermain dengan hukum soal cerai ni." Harraz meraup wajahnya.

"Saya kahwin dengan abang bukan semalam. Bukan minggu lepas ataupun setahun yang lepas. Hampir tujuh tahun ikatan perkahwinan kita tapi ikatan tu tergantung sepi. Saya tak ambil tahu pasal abang. Abang pun tak tahu saya entah dekat mana. Entah hidup atau mati. Dalam tujuh tahun tu, ada 9 bulan 10 hari saya kandungkan Inara. Tak cukup tu saya besarkan dia. Saya kerja bagi dia makan minum. Abang ingat semudah itu saya boleh lupa? Walaupun saya dah maafkan tapi rasa tu masih terkesan dekat sini." Aku meletakkan tangan pada dadaku.

"Hati saya. Saya bukan busuk hati. Cemburu ataupun bencikan Eliana. Saya faham kalau awak kesian dengan Eliana nak ambil berat tentang dia. Saya faham selama ketiadaan saya abang rapat dengan Eliana. Saya yakin yang awak lebih kenal Eliana berbanding saya. Tapi, tolonglah fahami hati saya. Saya dah bagi abang peluang. Saya tak minta banyak pun. Cukuplah bagi saya perhatian dan kasih sayang macam suami orang lain buat pada isterinya. Bagi saya merasai kasih sayang tu." Lebat air mataku jatuh membasahi pipi. Saat itu juga aku mengesat air mata berkali-kali.

Entah kenapa hilang rasa maluku untuk meluahkan rasa yang terbuku dalam hati yang ku pendam sejak semalam. Yang memalukan aku tak ubah seperti orang yang mengemis kasih sayang daripada suami sendiri. Padahal, bukannya aku tak tahu bagaimana layanan Harraz padaku sejakku berbadan dua ini. Kalau boleh aku nak pijak tanah pun Harraz tak bagi. Tapi, disebabkan dia begitu ambil berat tentang Eliana sampai abaikan aku untuk seketika. Aku boleh teremosi sehingga mahu bercerai-berai sebab kes cemburu dengan Eliana.

Tapi aku tak sangka yang Harraz boleh jadi sesabar ini dengan perangaiku. Kalaulah dia sejenis sekepala dengan aku. Gaduh sikit nak cerai. Aku rasa dah lama aku pegang title janda.

"Abang cuma cintakan sayang."

Aku cuma merenung Harraz lalu keluar daripada bilik dengan tujuan mencari Inara. Padahal mata tengah sembab sebab menangis. Dengan harapan agar sesiapa tak perasan yang aku baru lepas menangis. Kalau sesiapa perasan juga yang aku nampak macam baru lepas menangis. Aku cakaplah, aku menangis sebab tengok cerita korea. Apa susah kan? Orang kata bohong sunat. Kira begitulah konsepnya nak selamatkan diri daripada kena soal bukan-bukan dengan umi nanti.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang