Inara berbaring dalam pangkuan sambil bermain dengan telefon. Sesekali aku bertanya banyak pada Inara. Tentang hal sekolahnya, tentang dia dengan kawan-kawannya. Terbit rasa bersalah aku padanya kerana sudah jarang mengambil berat tentang anak sendiri. Tapi buat masa sekarang sesibuk manapun aku. Aku akan tetap meluangkan masa dengan Inara sekurang-kurangnya setiap hari walaupun sekadar berbual kosong.
Begitu juga dengan Harraz. Tentang hal keagamaan Harraz mula menitikberatkan sekarang. Selepas maghrib, Harraz mewajibkan agar aku dan Inara turut solat berjemaah dan mengaji bersama. Soal penjagaan Inara, masing-masing bergilir dua hari sekali. Baik umi dan abah begitu juga dengan ayah.
"Macam mana keadaan Farhan lepas insiden tu? Dari hari tu umi nak tanya tapi asyik lupa aje. Dia insiden bertembung dengan apa. Harraz cakap dia cuma tak sedarkan diri aje lepas insiden." Pertanyaan umi membuatkan lamunanku mati.
"Farhan? Keadaan dia dah stabil. Ada jugalah keluarga dia suruh Eryna jumpa dia tapi Eryna malaslah nak pergi. Iyalah, bukan senang nak lupakan perbuatan dia. Lagi satu, Harraz tak cerita ke yang Farhan insiden langgar apa?"
"Tak, umi ada juga nak tanya orang sini tapi itulah umi pun malas nak bertanya nanti timbul kes busy body pulak."
"Farhan insiden langgar babi. Dia langgar babi hutan. Tu dekat area jalan kebun sawit Pak Wahid. Dekat situ ada jalan pintas nak masuk pekan. Agaknya si Farhan malas nak ikut jalan luar itu yang dia ikut jalan situ. Tapi itulah, memanglah jalan pintas. Tapi dekat situ jugak tempat famous babi melintas. Tapi tak pernahlah dengar pulak kes penduduk kampung terlanggar babi dekat situ." Aku tertawa kecil sambil bercerita.
Sebenarnya aku hampir ketawa bila mendengar kes kemalangan Faiz yang agak unik. Bila difikiran semula tak baik kita sebenarnya mentertawakan musibah orang lain.
Jarang-jarang berlaku disini kes kemalangan melanggar binatang lagi-lagi babi tapi dekat kampung sebelah ada kes langgar lembu kalau tak silap mangsa meninggal dunia ketika dibawa ke hospital.
Apabila tengok foto babi yang dilanggarnya bukan main besar lagi. Farhan sekarang pun walaupun keadaannya sudah stabil tapi dia masih tak sedarkan diri. Dia sedang dalam kondisi koma sekarang.
"Allahuakbar, kesiannya. Umi pernah baca dekat surat khabar ada yang langgar babi sampai meninggal dunia pun ada."
"Itulah, panjang lagi umurnya. Kita doakan yang baik-baik, mudah-mudahan dia cepat sedar."
"Amiinn, kesian umi dengar." Umi pun turut bersimpati dengan nasib Farhan.
"Umi, nak tanya dekat sini kat mana jual makanan kelantan?" Aku menyoal Umi sambil mengusap kepala Inara.
"Kenapa? Umi jarang keluar rumah. Kalau abah mungkin dia tahu. Dia selalu keluar pekan. Tapi lebih baik tanya suami kamu tu."
"Iya ke? Tiba-tiba tekak Eryna teringin nak makan makanan kelantan. Nasi kerabu dengan kuih akok kedut. Harraz kan sibuk dengan kerja jadi tak naklah susahkan dia. Biarlah Eryna sendiri yang cari."
"Mengidam ke?"
"Entahlah, umi iyalah kut. Tiba-tiba tekak teringin sangat." Aku menjawab sambil memegang leherku.
"Cakap je la dengan Harraz dia tu sibuk macam mana pun nanti dia akan carikan juga untuk Eryna."
"Tak nak menyusahkan dia." Aku cuba mengelak. Kalau aku berbaik dengan Harraz tak ada masalah nak suruh dia belikan. Yang menjadi masalahnya adalah sejak daripada hospital sehingga hari ini. Aku langsung tak bertegur dengan Harraz.
Tapi tak adalah sampai nak melawan. Tak pasal-pasal bertambah dosa pulak. Dahlah dosa tak bertegur dengan suami tambah pulak dosa melawan. Silap-silap susah aku nak bersalin nanti sebab dia tak ampunkan dosa aku. Tak ke terseksa aku menahan sakit nanti. Nauzubillah.
"Kalau Eryna pergi sendiri lagi bahaya. Lagipun mesti Harraz tak izinkan Eryna keluar."
"Kalau macam tu tak apalah. Alah, bukannya mengidam sangat nak makan pun. Saja teringin aje. Tak nak menyusahkan Harraz. Dia penat-penat kerja lepas tu balik kena cari makanan untuk Eryna." Aku memberikan alasan lagi.
Sebenarnya umi tahu yang aku masih belum berbaik dengan Harraz kerana kejadian pertelingkahan beberapa hari lalu. Umi sendiri pun yakin yang bukan mudah untuk aku memaafkan anaknya begitu saja. Siapa saja tak sakit hati kalau suami sendiri lebih percayakan orang luar daripada isteri sendiri.
"Eryna ni janganlah macam tu. Tak apalah umi faham nanti umi suruh abah yang carikan ya?"
"Tak apalah tak payah suruh sesiapa pun. Eryna okey aje. Bukan mengidam sangat sampai meleleh air liur. Kalau dapat Alhamdulillah, kalau tak dapat tak apalah. Bukan rezekikan?"
Usai aku berkata begitu akhirnya umi menganggukkan kepalanya.
"Eryna ingat nak balik rumah sana sekejap tapi Harraz pulak makin sibuk. Eryna cadang nak jual separuh syer syarikat pada Faiz ataupun pada mama dia Puan Hasniza."
"Janganlah jual Eryna, Eryna kan baru usahakan. Takkanlah nak give up."
"Bukan give up tapi Eryna tak sampai hati. Eryna banyak tinggalkan kerja pada Fathia. Kesian dekat Fathia kena buat macam-macam kerja masa Eryna tak ada. Baru bercadang tengoklah nanti macam mana. Eryna dengan Puan Hasniza akan berbincang. Hutang dah habis bayar sebab Harraz tolong hari tu. Kes saman yang Datin Syarifah kemukakan itu pun dia dah gugurkan balik sebab ada bukti mereka di sabotaj."
"Apa pun keputusan Eryna, umi hormat. Asalkan Eryna selalu ada dekat sini. Harraz cakap dengan umi dia dah survey rumah. Tinggal dia nak tukar penama atas surat aje. Lepas tu, dia sendiri mintak Eryna deko rumah tu. Harraz kalau boleh nak masuk rumah tu sebelum Eryna bersalin."
"Tukar penama? Dia beli rumah ke?" Soal aku yang langsung tak tahu menahu. Maklumlah dah lama tak bertegur dengan suami. Sampai apa cerita semua tak tahu. Banyak buat hal sendiri aje. Dah tak nak bersembang, apa lagi aku buka drama korea ajelah sampai tertidur.
"Eryna tak tahu ke?"
"Tak, sebab masa plan hari tu. Eryna cakap cari rumah sewa ajelah." Aku berasa hairan. Mana dia dapat duit banyak-banyak beli rumah macam tu. Nak kata banyak duit. Tak adalah banyak sangat. Dia buat pinjaman ke?
"Harraz beli rumah tu pakai duit simpanan dia. Sebenarnya, daripada dia kecil setiap bulan umi masukkan dalam akaun dia rm500 sebulan. Abah pulak setiap bulan masukkan rm 600 dalam akaun dia. Anak tunggal biasalah. Dekat siapa lagi kami nak bagi duit kalau bukan anak sendiri." Mendengar umi bercerita mulutku hampir terlopong.
Mamat ni daripada kecil pendapatan sebulan dia dah cecah RM1100. Jangan pelik Eryna kalau dia mampu beli rumah. Aku hampir lupa yang Harraz berasal daripada golongan berada cuma gaya mereka sahaja yang merendah diri. Rumah yang mereka tinggal pun sama seperti rata-rata penduduk kampung dekat sini. Saiz rumah pun tak besar dan tak kecil. Orang kata bersaiz sederhana tapi masih lagilah nampak mewah.
"Untung Harraz dah ada rumah sendiri waktu muda macam ni."
"Untung jugak Eryna jadi isteri Harraz." Umi mencelah.
Aku hanya mempamerkan sengihan.
"Apa yang untungnya umi, hanya menumpang harta suami aje."
"Harta suami harta isteri jugak. Tak silap umi, Harraz cerita dia nak letak penama atas nama Eryna. Dia kata hadiah sebab dah susah payah besarkan Inara sorang-sorang sebelum ni dan jugak hadiah sebab tak lama lagi nak ada anak kedua nanti."
Aku terkedu. Biar betul? Aku tak salah dengarkah? Harraz nak serahkan begitu saja padaku? Semudah itu saja, macam mana kalau aku curang dan tinggalkan dia. Bagaimana dengan rumah itu? Apa pulak fikir sampai macam tu! Ataupun dia nak buktikan pada aku yang dia betul-betul percayakan aku sampai penama rumah pun atas nama aku. Wow, betul-betul sayang bini ni. Kalau macam ni nak merajuk hari-harilah Mana tau dia belikan hadiah lagi.
Tak usahlah berangan Eryna! Kau bukannya kahwin dengan anak Dato! Bersyukur sikit suami kau masih tahu menghargai kau. Dia korbankan duit simpanan dia semata-mata beli rumah letak nama aku. Itu juga sebagai bukti yang dia betul-betul cintakan aku.
Ini yang buat aku makin sayang ketat-ketat dengan Harraz ni. Tapi aku masih ingin mengekalkan mod perang dingin dengannya. Aku masih lagi ingin dipujuk olehnya. Mengadakan? Peduli apa aku. Suami aku bukannya suami orang lain.
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...