"Inara betul ke nak ikut ibu?" soal Mak Long. Tangannya mengusap kepala Inara.
Inara menganggukkan kepalanya. Dia kata tak mahu berpisah dengan ibunya. Puas juga aku fikir cara agar Inara tidak ikut sekali. Risau jika rahsia tentang status Inara bakal terbongkar namun melihat kegigihan Inara merayu mengikutiku untuk pulang ke kampung. Akhirnya aku buat keputusan untuk akur saja. Pandai-pandailah aku bohong kalau ada yang bertanya tentang status Inara.
"Nak ikut ibu, lagipun sekarang tengah cuti sekolah. Nak ikut balik kampung nak jumpa atok! Atok kata nak bawak jalan satu kampung. Inara tak pernah balik kampung." Petah Inara berbicara.
"Sunyilah Mak Long kalau Inara ikut ibu balik kampung." Nada suara Mak Long seperti kecewa.
"Tak apa nanti Inara balik kita spend time sama-sama nak tak Nek Long. Inara sayang atok macam Inara sayang Nek Long." Inara memujuk sambil memeluk Nek Longnya.
"Pandai betul Inara nak pujuk Nek Long ya?" Aku mencelah sambil mendengar perbualan dua beranak itu.
Inara tersenyum malu mendengar kata-kataku.
"Dah habis fikir ke nak bawak Inara balik sana?" Mak Long menyoal.
Aku hanya terdiam.
"Tak apalah Mak long pandailah nanti saya cakap." Aku cuba menyedapkan hati Mak Long. Hakikatnya aku pun tak punya alasan jika mereka bertanya tentang status Inara.
"Iyalah, kalau macam tu hati-hati balik. Jangan bawak kereta laju. Ingat anak kat sebelah tu. Ni balik dah cakap dengan Faiz ke?"
"Dah, dia pun sekarang tengah outstation ikut mamanya ada hal keluarga sikit. Tak tahulah pulak hal apa. Biarlah dia."
"Oh, ye ke."
Aku menyalam tangan Mak Long kemudian diikuti oleh Inara. Tak lama selepas itu aku meneruskan perjalanan untuk pulang.
Selepas setengah jam perjalanan aku pandang Inara yang sudah lena disebelahku. Sekilas aku pandang cara Inara tidur tak ubah seperti Harraz. Aku ingat lagi yang dulu aku kadang-kadang tidur lambat kerana mengulang kaji. Harraz pula budak pandai takkan nak susahkan diri belajar sampai malam macam aku.
Harraz selalu tertidur sambil memeluk tubuhnya sendiri. Tak sangka perangai itu mewarisi sampai ke anak daranya.
Sejak aku dan Harraz bertekak dalam panggilan itu. Dia langsung tak menghubungi aku. Ada sesekali aku cuba menghubunginya namun dia sendiri yang menutup panggilan aku.
Akhirnya aku ambil keputusan untuk biarkan saja. Biarlah apa yang akan jadi selepas ini. Aku sehingga tak ada peluang langsung untuk berbaik dengannya walau sebesar zarah sekalipun. Adakah kami sememangnya akan ditakdirkan menjadi musuh?
Selepas beberapa jam akhirnya sampai ke kampung halamanku. Inara pun sudah bangun dari lenanya. Dia kelihatan teruja melihat persekitaran baru yang dilihatnya.
"Kita dah sampai."
"Ibu, situ ada kedai! Nak beli air boleh? Inara dah haus. Nak air milo." Inara yang nampak kedai runcit Pak Abu mula menyuruh aku membelikannya minuman.
Tanpa banyak kata aku menghentikan kereta di kedai itu.
"Ibu aje yang pergi beli. Inara duduk dalam aje tau. Jangan merayap! Kalau tak ibu cubit nanti!" Aku memberi amaran pada Inara.
Inara yang faham hanya mengangguk.
Aku keluar dari kereta dan masuk ke dalam kedai runcit Pak Abu. Menuju ke peti sejuk yang bersusun pelbagai jenis air kotak berperisa. Aku membuka peti sejuk dan mengambil air kotak milo seterusnya ke kaunter untuk membayar.
Tiba-tiba ada suara yang menegurku. Aku terkejut seketika.
"Eryna!"
Aku yang terkejut refleks tanganku diletakkan pada dada. Aku mula bernafas dengan teratur semula kemudian memandang pemilik suara itu.
Puan Norida! Umi Harraz.
"Eryna baru balik ke?"
Aku yang masih terkedu hanya mengangguk.
"Kalau macam tu marilah makan malam sama-sama. Kebetulan malam ini umi masak macam-macam sebab Eliana teringin nak umi masakkan lauk kegemaran dia, Ikan tongkol masak lemak." Puan Norida mengelarkan dirinya umi semula? Mesra dia menegurku sambil meletakkan tangannya pada bahuku.
"Insya-Allah, kalau tak ada apa-apa saya datanglah. Lagipun baru sampai kampung. Malulah saya nak datang makan rumah orang."
"Janganlah macam tu, Eryna masih lagi menantu umi. Rumah orang apanya? Datanglah disebabkan Eryna baru balik. Umi ingat nak masakkan lauk asam pedas. Eryna kan suka asam pedas?"
Beria-ia Puan Norida mengajakku untuk datang makan malam. Selama ini tak pernah semesra ini pun.
"Iyalah, nanti Eryna pergi ya. Eryna balik dulu ya." Selesai membayar minuman itu aku terus beredar daripada situ. Takut bertembung dengan sesiapa pula.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomansaSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...