BAB 56

376 7 1
                                    

"Faiz baru saya teringat macam mana dengan Ain dan Fattah eh. Diorang dah kemas ke pelamin dekat rumah tu?" soal aku sambil menuangkan air kopi untuk Faiz. Harraz pula dah hilang dengan anaknya walaupun Harraz masih belum menjelaskan statusnya sebenar tapi cara mereka rapat seperti sudah kenal lama.

"Pagi lepas diorang tak jadi nikah tu masa petang tu jugak saya suruh Ain dan Fattah kasi kemas itu pelamin angan musnah tu." Selepas berkata Faiz meminum air kopi itu.

Ain dan Fattah merupakan pasangan suami isteri yang bekerja dibawah syarikat mama Faiz. Biasanya mereka akan buat kerja tambahan dengan membantu aku jika tidak sibuk. Kebetulan Fattah mempunyai kemampuan memandu lori jadi barang-barang hiasan pelamin itu dibawa oleh Fattah.

Disebabkan Harraz dan Eliana hanya mahu bersanding di rumah jadi mereka inginkan pelamin yang kecil tapi kelihatan mewah. Untuk memasang pelamin kecil tak perlukan banyak tenaga cukup aku, Faiz, Ain dan Fattah sahaja.

"Jadi diorang balik ke lepas tu?"

"Sepatutnya diorang balik dengan saya semalam tapi saya tangguh sekejap. Saya suruh diorang balik dulu."

"Kenapa awak tak balik dengan diorang semalam?" soal aku ingin tahu.

"Saya ada hal sikit semalam."

"Hal apa?"

"Tak ada apalah. Ni ayah mana?" soal Faiz sambil matanya melilau mencari ayah.

"Ayah ada dekat ruang tamu tu tak nampak ke?" Aku memuncungkan bibir menghala pada ayah yang sedang menonton televisyen. Meja makan di dapur betul-betul boleh dilihat daripada ruang tamu.

"Inara dengan Harraz pulak?"

"Pagi-pagi lagi dah hilang entah kemana tak cakap dengan saya pulak tu." Aku mengeluh.

"Eryna ada nak pergi mana-mana ke?" soal Faiz tiba-tiba.

"Tak adalah pulak kenapa?"

"Kaki tu dah elok ke? Sakit lagi ke?"

"Mana ada luka yang boleh sembuh dalam masa yang singkat. Sakit pun terasa lagi. Belum lagi sampai seminggu dah tanya dah elok ke belum. Apalah awak punya soalan ni." Aku menjeling kakiku yang masih berbalut.

"Tengok macam dah sihat siap boleh berlari lagi sebab tu saya tanya tak elok ke belum."

"Okeylah walaupun luka dia agak besar dan sakit sampai sekarang tapi Alhamdullilah saya masih boleh berjalan macam biasa tak ada terhinjut-hinjut macam masa mula-mula hari tu. Kalau awak nak tahu malam tu kaki saya bengkak sikit."

"Hah bengkak? Lepas tu buat apa?"

"Semalam masa keluar dengan ayah tu saya dah pergi check lagi sekali. Doktor kata tak ada apa-apa cuma dia cakap jangan paksa diri kalau tak boleh berjalan macam biasa tapi saya rasa saya boleh aje berjalan tadi tengok bengkak dah surut sikit."

"Jangan paksa diri kalau tak boleh berjalan dengan elok. Saya nampak awak paksa diri nak berjalan nanti jadi lambat baik luka tu."

"Faiz awak suka layan saya macam budak-budak. Kaki saya tak teruk mana pun tak adalah sampai kena jahit. Luka pun tak dalam cuma kalau nak berjalan memang rasa sakit sikit. Alah sikit aje jangan risau." Aku siap bangun lalu berjalan-jalan dihadapannya.

"Nampak tak okey aje kan?" Entah bagaimana aku boleh tersilap langkah. Kaki kananku terseliuh lalu aku jatuh terjelepok.

"Ya Allah, Eryna!" Faiz berlari ke arah aku.

Belum sempat Faiz sampai Harraz yang datang bertanya.

"Ni apa pasal?" Tinggi suara Harraz sambil menoleh pada Faiz. Faiz hanya membisu.

Andaikan Cinta Itu AdaWhere stories live. Discover now