Buka saja mata aku dapat rasakan yang mataku berpinar. Yang pasti ini bukan bilik sesiapa melainkan katil hospital. Apa yang jadi selepas aku kena angkut dengan jantan tak guna tu? Yang paling penting apa jadi pada aku sekarang ni?
"Eryna, dah sedar?" soal Faiz.
Aku memandangnya yang duduk disebelah katilku.
"Macam mana awak boleh ada dekat sini Faiz? Jangan-jangan awak yang komplot dengan Farhan untuk...." Belum sempat aku menghabiskan kata-kata.
Faiz memintas kataku.
"Saya yang selamatkan awak Eryna."
Aku terkaku.
"Macam mana awak boleh ada dekat rumah Harraz? Awakkan tak tahu mana rumah dia kan?"
Faiz menghela nafas panjang.
"Sebab tulah dari dulu lagi saya pesan pada awak buat laporan polis. Kenapa degil sangat? Nasib baik saya ada tadi. Kalau tak.... Nauzubillah. Astagfirullah." Faiz mengucap.
"Macam mana awak tahu Farhan ada dekat situ?"
"Masa tu saya tengah cari dia, dia tahu yang awak tengah pregnant. Thats why, dia nak serang awak. Dia betul-betul nekad nak mencabuli kehormatan awak. Mula-mula saya pergi cari awak dekat rumah ayah tapi tak ada. Saya cuba cari rumah Harraz sempatlah tanya orang dekat situ. Nasib baik sempat halang dia." Faiz bercerita.
"Dia tahu? Saya tak cakap dengan sesiapa pun lagi melainkan keluarga saya tapi.... Setahu saya Eliana juga tahu."
"Eryna, Farhan dah memang gila sekarang. Memang saya mengaku salah sebab tolong dia dulu. Tapi tu dulu lepas saya kenal Harraz. Saya tak rasa tolong Farhan adalah benda yang betul. Lepas dia tahu saya tak nak tolong dia. Dia marah. Bila saya dengar yang awak pernah kena serang dengan Farhan, saya minta awak buat laporan polis tapi awak tak nak dengar. Sekarang dia masih bebas. Saya baru buat laporan polis sebagai saksi atas kes awak."
Mendengar yang Farhan masih bebas aku mula gerun kembali.
"Saya yakin yang Eliana jugak terlibat sekali." Aku begitu yakin.
"Buat masa ni jangan bersendirian Eryna. Mana semua orang masa tu?" Soal Faiz.
"Umi dengan abah keluar sebab umi ada dialisis. Inara sekolah, memang masa tu saya tinggal sorang. Saya nak keluar cari makan sebab lapar tapi saya tak sangka yang semuanya jadi macam ni."
"Tak apalah... buat masa ni berehatlah dulu."
"Farhan tak sempat buat apa-apa ke pada saya kan? Macam mana keadaan saya?" Aku penasaran soal diriku.
"Tak, Alhamdulillah saya sampai tepat pada masanya. Waktu Farhan angkat awak tu. Saya serang dia. Lepas dia larikan dia, saya ambil beg tangan awak dan terus bawa ke hospital dan paling penting kandungan awak masih dalam keadaan stabil."
"Harraz dah tahu ke keadaan saya?"
Faiz hanya menggelengkan kepala.
Aku menghela nafas panjang.
"Okey." Hanya itu yang mampu ku jawab. Sebenarnya, aku tak mahu Harraz tahu keadaanku. Kalau dia tahu lagi mulut dia bising. Biarlah aku merahsiakan dulu perkara ini.
"Awak kata belum makan? Nanti saya belikan makanan untuk awak. Nak makan apa?"
"Nantilah dulu."
"Awak tu tengah mengandung Eryna. Jangan ikutkan hati. Fikirkan anak tu, kalau awak tak makan macam mana nak ada tenaga."
"Iyalah, nantilah saya makan bagi masa sikit. Dahlah saya baru sedar." Aku merungut apabila diceramah secara percuma oleh Faiz .
Faiz pun membisu lalu dia menunduk dan melayan telefonnya.
"Awak dah berapa lama ada disini?"
"Dekat seminggu jugaklah, saya dengan mak ayah Farhan tengah rancang nak bawak dia jumpa doktor sebab keadaan dia makin hari makin teruk. Saya menghilang pun bukan sebab saya takut dengan awak Eryna. Saya tengah berusaha nak tolong dia keluar daripada dunia dia sendiri. Dia sepupu saya, kami membesar sama-sama. Saya tak sangka yang nasib dia berakhir macam ni dan lagi tak sangka sampai sejauh ini dia bertindak." Faiz mengeluh mengingatkan sepupunya Farhan.
Kalau Faiz dengan Farhan. Begitu juga dengan aku mempunyai sepupu yang tak boleh pakai macam Eliana.
"Sebenarnya status tentang Inara yang terbongkar dulu pun sebab saya sendiri yang berterus-terang dengan dia. Masa tu Farhan gembira sangat bila dia dapat tahu yang awak dengan Harraz bakal bercerai tak lama lagi. Tapi, gembira dia berakhir sebab saya yang khianat dia. Saya sendiri yang tak nak tengok awak berpisah dengan suami awak. Saya kesiankan Inara."
Aku kagum dengan Faiz. Aku tahu yang mempunyai perasaan padaku tapi dia mengenepikan semua perasaannya semata-mata ingin melihat aku bahagia bersama orang yang sepatutnya.
"Terima kasih, Faiz. Awak banyak bantu saya, sampai saya tak tahu macam mana nak balas budi awak. Marah macam mana pun saya dengan awak saya masih dapat maafkan awak sebab budi awak terlalu besar sebab tu kalau boleh walau apapun jadi. Saya tak nak persahabatan kita sampai sini saja."
"Terpulang pada suami awak. Kalau dia izinkan saya boleh berkawan dengan awak, saya okey aje." Ringkas sahaja Faiz menjawab.
"Terima kasih sekali lagi Faiz, nanti saya tanya suami saya okey! Saya nak tengok awak kahwin."
"Apa pulak masuk bab kahwin ni? Saya target kahwin umur 30 tahun." Seperti yang aku teka. Kalau sembang bab kahwin mesti bibir Faiz mesti akan memuncung panjang.
"Umur 30 tahun anak saya masa tu pun entah-entah dah masuk lima orang kot."
"Yang kedua ni pun tak lepas lagi sibuk sembang pasal yang kelima." Faiz mencebikkan bibirnya.
"Awak kata nak belikan saya makanan kan?" Aku menukar bab tentang makanan pula.
"Iya, nak makan apa? Ke nak makanan hospital? Sedap jugak saya tengok. Boleh minta makanan yang sihat aje. Karang makan benda yang bukan-bukan. Saya pulak yang cepuk dengan Harraz sebab tak jaga bini dia elok-elok."
"Baru nak mintak chicken chop."
"Tak payah nak merepek. Saya beli bubur ajelah."
"Ala, kalau macam tu apa beza dengan makanan hospital? Baik saya makan aje makanan hospital." Aku merungut.
"Apa? Nak makan makanan hospital? Baguslah, selamat duit saya."
"Faiz, saya lapar."
"Tadi kata nak makan makanan hospital."
"Tak apalah kalau awak tak nak tolong saya turunlah sendiri aje." Aku mula bergerak untuk bangun.
Faiz segera menahanku.
"Tak sedar diri dah terbaring macam ni pun nak buat hal. Nak bergurau pun tak boleh ke? Eh, mak buyung. Mentang-mentang tengah pregnant makin kuat 'koyak'." Faiz mula mengusikku.
"Nak belikan ke tak nak?" Aku masih menahan sabar.
"Nak pergilah ni. Nasib baik bukan bini aku kalau tak dah lama aku cepuk kepala tu. Suka ikut kepala sendiri aje." Faiz mengangkat tangannya seperti ingin sekeh kepalaku.
"Sekali awak sentuh saya buka buah silat saya."
"Masa Farhan serang tadi tak teringat nak buka buah silat ke? Dengan saya berani pulak."
"Diamlah!"
Faiz mengejekku sambil mengerak-gerakkan bibirnya. Geramnya rasa! Macam nak bangun dan sekeh kepala Faiz ni. Dia punya sengal tu boleh naik darah tinggi aku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...