"Ayah, cepatlah sikit!" Aku paksa ayah bawak kereta laju sikit. Selepas ibu dan kakak meninggal dunia akibat kemalangan. Ayah langsung dah tak berani nak bawa laju.
"Iya, sabarlah nak. Sikit lagi." Kebetulan kereta memang dah masuk perkarangan rumah Harraz. Tanpa berfikir panjang aku terus membuka pintu dan terus meluru ke dalam rumah itu. Memang riuh dengan suara maki hamun Encik Halim.
"Eryna, kaki tu kan sakit!" Laung ayah tapi sikit pun ku tak peduli. Memang tak dapat dinafikan sakit tu Tuhan saja yang tahu kebetulan tadi lupa nak pakai selipar. Terpaksa pula pijak batu kawasan rumah Harraz hampir menitis air mataku.
Sampai dimuka pintu aku nampak yang Harraz sudah terbatuk-batuk ditepi bibirnya berdarah. Pipinya juga lebam. Ditangan Encik Halim ada tali pinggang. Mungkin diguna untuk melibas Harraz. Tak cukup dengan itu Encik Halim memijak betis Harraz. Meraung Harraz dibuatnya.
"Abang cukuplah mati anak kita bang!" Puan Norida berpaut dikaki suaminya merayu supaya suaminya berhenti.
"Biar mampos! Lebih baik aku tak ada anak dari ada anak perangai setan macam kau! Elok je masa lahir tu aku bunuh kau terus!"
"Ya Allah!" Aku terus meluru pada Harraz ketika itu Encik Halim sudah sedia untuk melibas dengan tali pinggang. Refleks aku memeluk Harraz.
Aku nampak dia kelihatan sangat lemah. Sehingga tak mampu nak menggerakkan tangannya.
"Cukup!" Aku membangunkan Harraz. Bahunya ku peluk. Ketika kepala jatuh dibahuku. Hanya kedengaran bunyi tangisannya yang tersedu-sedu. Matanya pula hanya terpejam.
Encik Halim sudah berhenti memukul apabila melihat aku berada disamping Harraz.
"Abang sudahlah! Kesian anak kita!"
"Kau ingat tu Harraz dengan orang lain kau boleh permainkan. Dengan aku jangan harap aku nak bagi muka pada kau!" Usai Encik Halim berkata dia terus berlalu ke dapur.
Puan Norida mendekati anaknya yang sudah terkulai lemah. Dia memegang tangan anaknya.
"Harraz kenapa buat umi terseksa macam ni. Harraz tahu yang abah garang kenapa buat perangai?" Tudung Puan Norida basah lencun kerana air mata.
Aku pandang wajah umi. Serba salah mula menerpa dalam diri. Ya Allah, aku tahu perbuatan Harraz agak keterlaluan sebelum ini tapi aku tak sanggup melihatnya dirinya dihukum sebegini.
"Tu baru sikit! Dekat akhirat nanti tak taulah macam mana dia nak kena hadap!" Kedengaran suara Encik Halim daripada dapur menambah.
"Eryna minta maaf umi sebab Eryna. Harraz terpaksa hadap semua ni." Tak henti-henti aku mengucapkan kata maaf pada Puan Norida. Sebagai ibu, aku tahu yang umi terseksa bila tengok anaknya sakit macam tu. Aku betul-betul rasa bersalah!
"Kita pergi hospital!" Ayah pun dah risau dengan keadaan Harraz.
"Jangan nanti Halim marah lagi." Puan Norida menghalang tangan ayah yang bersedia untuk membantu mengangkat Harraz.
"Teruk ni Ida, risau kalau efek dalaman. Apa-pun kesalahan dia kami dah maafkan. Jangan hukum dia macam ni. Sedih saya tengok keadaan Harraz macam ni." Ayah tetap berdegil membawa Harraz ke Hospital. Aku ingin bangun dan membantu tapi malangnya kakiku makin sakit. Aku perasan yang kakiku yang berbalut kelihatan merah kerana berlaku lagi pendarahan saatku memijak batu-batu tajam depan rumah tadi.
Aku mengaduh sakit waktu itu Puan Norida melihat kakiku yang berbalut.
"Kenapa kaki tu?" soal Puan Norida agak risau.
"Luka sikit aje baru aje balik klinik."
"Tapi dah berdarah balik tu!"
"Tak apa sikit aje ni. Harraz tu lagi penting umi. Jomlah kita ikut ayah." Aku berusaha bangun dibantu oleh Puan Norida. Terhinjut-hinjut kakiku.
Sewaktu di dalam kereta aku berada bahagian depan dan ayah memandu manakala Harraz dan umi berada dibelakang. Harraz berada dalam pangkuan umi. Begitulah kasih seorang ibu terhadap anaknya. Menitis-nitis air mata umi jatuh ke pipi Harraz. Harraz tak sedarkan dirinya. Sesekali umi mencium tangan Harraz.
Ya Allah, aku bermohon pada-Mu supaya Harraz tak apa-apa.
Tiba di Hospital Harraz dimasukkan ke dalam wad kecemasan. Sepanjang kami menunggu keputusan pemeriksaan. Puan Norida banyak berdiam diri dia ada juga melihat telefon bimbitnya dan nama yang tertera nama suaminya. Dia langsung tak mahu menjawab. Ayah ada menawar roti dengan air botol mineral pada Puan Norida namun tak disentuh langsung. Aku pun juga ada menerima panggilan dari Faiz dan aku berterus-terang hal yang sebenarnya serta meminta untuk tunggu dirumah sahaja.
"Umi jamahlah sikit nanti sakit. Umi pun tak berapa sihat." Aku memujuk Puan Norida yang masih berkeras tak mahu makan kerana hatinya masih resah selagi belum dapat keputusan pemeriksaan dari doktor. Aku faham perasaan yang umi rasakan saat ini. Aku juga seorang ibu, Tuhan saja yang tahu bagaimana risaunya hati saat melihat anak sendiri sakit. Biar kita yang sakit asalkan bukan anak yang menanggung.
"Umi akui Harraz jadi macam ni sebab dia kurang kasih sayang daripada kami. Umi sibuk mengajar dan abahnya jarang ada dekat rumah. Bila balik, dia tak pernah nak bermanja dengan kami. Dia takut dengan abah dia. Dia malu nak rapat umi sebab tak nak digelar anak mak. Umi yang gagal didik anak umi!" Puan Norida menepuk dadanya berkali-kali. Langsung tak peduli dengan keadaan sekeliling. Umi tahu ada mata yang melihatnya.
Aku mengurut belakang umi.
"Umi tak gagal. Harraz sebenarnya baik walaupun hubungan kami agak tak baik tapi kami masih berkawan. Dia memang baik macam umi cuma kadang-kadang dia buat keputusan ikut perasaan." Aku masih ingat lagi kejadian minggu lepas yang Harraz membantuku ketika keretaku rosak. Aku dan dia jadi akrab seketika berkongsi cerita kerana adanya Inara.
"Dialah satu-satunya anak umi. Kalau apa-apa jadi pada Harraz. Umi takkan maafkan abah dia. Umi bukan buta dengan kesalahan dia tapi umi berhak cakap yang Harraz tak patut dihukum macam tu. Kalau dia salah sekalipun kita tak layak jatuhkan hukuman tu!"
"Iya, Eryna pun tak setuju yang Harraz dihukum sampai macam ni. Eryna janji kalau apa-apa jadi pada Harraz. Eryna akan bertanggungjawab. Eryna rasa bersalah! Kalau tak sebab Eryna semua ni takkan jadi!"
Umi hanya memandangku tanpa mengeluarkan sebarang kata yang pasti dia memandangku dengan pandangan yang penuh makna. Waktu itu doktor keluar ingin memberi laporan. Hati kami serta merta berdegup kencang!

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...