Selepas Faiz pulang petang tadi aku dan Harraz terus meminta diri untuk pulang ke rumah Harraz. Seharian tak jumpa si kecil Inara tu. Tepat jangkaan aku muncung panjang bibir Inara bila nampak aku. Merajuk katanya, umi kata masa seharian dekat sana okey aje tak ada pun tanya fasal aku ke.
Tapi bila nampak aje aku terus merajuk Dia kata aku tak sayang dia kerana tinggalkan dia lama-lama. Aku dan Harraz hanya ketawa bersama melihat keletah Inara.
Inara seperti biasa waktu begini dia lebih suka rapat dengan nenek umi dia. Orang tengah merajuk mana mahu nak bertegur dengan ibunya kan. Inara ni pelik-pelik ajelah perangai. Menunjukkan protes muncung bibir naik sampai ke hidung. Merajuk sangatlah tu!
"Sayang, buat apa tu?" Suara Harraz menyapa dari belakang. Ketika ini aku sedang menyikat rambut yang masih basah kerana baru lepas mandi.
"Orang tengah sikat rambutlah tak nampak? Ada nampak macam saya main jongkang-jongket ke kat sini?" Aku mula memerli Harraz.
"Nampak aje, saja tanya. Dari tadi perhati asyik tersengih-sengih dah macam kerang busuk aje ataupun ke bibir tu dah kena gangguan saraf sampai boleh senyum tak ada sebab."
Rasa nak pelangkung aje si Harraz bila dengar jawapannya tadi. Senyum-senyum pun salah ke. Takkan sebab aku senyum tak ada sebab itu pun nak cemburu jugak?
Aku hanya melihat Harraz melalui pantulan cermin. Dia berdiri dibelakangku sambil memeluk tubuhnya.
"Saya senyum sebab teringatkan Inara tu yang tengah merajuk dengan saya. Seharian abang tinggalkan dia dekat sini." Aku mula membiasakan lidahku dengan menggunakan 'abang' pada Harraz supaya lebih mesra. Hakikatnya masing-masing sebaya aje. Mana datang abangnya! Memang pada mulanya untuk sebut memang rasa loya juga tekak ni.
"Umi yang minta bukan suka-suka abang tinggalkan dia dekat sini."
"Sejak balik sini Inara dah lama tak tidur dengan saya. Dia banyak tidur dengan atok dia. Baru-baru ni dia dah rapat dengan umi. Dia mulalah tu nak menempek sebelah nenek umi dia aje."
"Ikut perangai siapa jugak yang kuat menempek. Perangai sayang jugak kan?" Harraz mencelah siap mencuit pipiku.
"Iyalah, semuanya saya ajelah. Nanti dulu. Umi sekarang dah berbaik ke dengan abah? Abang jangan salah faham pulak dengan saya. Saya nampak yang ayah masuk bilik lain. Umi pun tadi masuk bilik lain. Diorang dah tak tidur sama-sama ke." Bunyi memang macam menyibuk pasal orang lain. Tapi aku takut kalau hal ini terjadi berpunca dari aku.
"Biarlah, hal rumah tangga kita pun diorang tak masuk campur kenapa kita nak sibuk pulak. Diorang tu masing-masing dah tua lagi banyak makan garam dari kita. Insya-Allah seminggu dua nanti berbaiklah balik kut." Harraz menegur sikap aku.
"Saya bukan apa macam mana kalau saya punca hubungan diorang jadi macam tu? Hubungan kita dah berbaik tapi diorang pulak hubungan yang tengah bergolak."
"Jangan risaulah sayang, kan abang dah cakap pandailah abah dengan umi tu berbaik semula. Dulu lagi dasyat dari ni pun pernah jadi. Elok aje bersama sampai sekarang."
Aku tak masih berpuas hati dengan jawapan Harraz. Kalau ikutkan memang aku tak boleh langsung nak menyibuk tentang hubungan mereka tapi aku takut kalau perubahan perangai abah atas sebab dia bencikan aku. Tak sanggup aku dibenci dan akhirnya dia tak merestukan hubunganku dengan Harraz. Dah satu kerja nak kena usaha ambil balik hati abah supaya dia tak simpan amarah padaku.
"Iyalah, saya takkan ambik tahu okey?" Akhirnya aku sahaja dengan kata-kata Harraz.
"Cantik baju pijamas sayang. Beli kat mana?"
"Ni ke? Kawan yang bagi."
"Kawan lelaki ke perempuan?"
"Perempuanlah. Kami panggil Kak Dilla, pekerja mama Faiz. Dia dah macam kakak angkat saya. Dulu masa Inara kecil dia ada banyak belikan baju-baju untuk Inara. Dia pun sayang betul dekat Inara. Iyalah, dia pun dah nak masuk 10 tahun kahwin kalau ikutkan, tapi belum lagi ada zuriat. Jadi dia pun kira macam menumpang kasih sayanglah. Apalah khabar Kak Dilla. Rasanya dah lama sangat tak bercakap dengan dia."

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...