Aku membuka mataku. Aku lihat tiada sesiapa di dalam bilik. Pintu bilik mandi pun terbuka. Jam di dinding menunjukkan pukul 5 petang. Aku tertidur agak lama. Lepas zohor aku terus terlelap. Mungkin Harraz buat kerja diluar kut. Aku bangun daripada katil dan melangkah keluar daripada bilik.
Aku nampak hanya ada umi dan abah sedang melayan kerenah Inara. Aku mengosokkan mata lalu menguap.
Abah perasan aku sedang melihat mereka.
"Eryna, baru bangun ke. Mesti penat sangat kan kutip durian tengahari tadi." Abah menyoalku.
Aku hanya mengangguk sambil tersenyum.
"Harraz mana?" soal aku.
"Harraz keluar sekejap. Ada hal katanya tadi." Abah menjawab.
"Inara." panggilku.
Inara menoleh memandangku lalu senyum.
"Buat apa?" soalku lagi.
"Tengah main dengan tok abah dengan nenek umi."
"Main elok-elok. Jangan patahkan lagi atok punya kaca mata. Kesian atok tak boleh nak mengaji." ujarku sambil bercekak pinggang. Ingat senang-senang aku boleh lupa kesalahan Inara.
Aku memegang bahu. Sejak kebelakangan ini. Badanku mulai terasa sakit-sakit. Tidur pun makin tak teratur. Makin rasa lesu senang cerita. Itu baru bercerita tentang badan. Belum cerita pasal hati walaupun dah mulai bahagia tapi hati ni tetap rasa tak tenang. Takut kalau apa-apa jadi pada hubungan aku dan Harraz dalam masa terdekat.
"Kenapa pegang bahu tu? Badan letih ke?" soal Umi.
"Iya, umi. Lepas balik sana kelmarin, Eryna selalu tak cukup tidur. Badan pun tak cukup rehat. Itu yang mula sakit-sakit badan tu."
"Kalau nak umi urutkan pun boleh. Umi tak adalah pandai sangat setakat urut-urut badan sikit tu bolehlah." Umi mula bersuara.
"Eh, tak apa susah-susah aje. Biasalah sakit badan sikit-sikit nanti hilanglah tu." Aku segera menolak pelawaan umi.
"Tak susah pun Eryna alang-alang umi bolehkan check sekali." Umi tersenyum seperti ada makna.
"Nak check apa?" Aku masih tak faham. Macam biasalah baru bangun tidurkan. Otak masih tak berapa nak berfungsi. Itu yang lambat faham.
"Mana tau perut tu dah berisi ke? Iyalah, sejak dua menjak ni. Umi tengok asyik berkepit aje. Manalah tahu rezekikan, kita tak tahukan." Dengar umi macam berharap.
"Eh, tak ada. Belum ada apa lagi umi. Kalau berisi pun mesti berisi makanan aje. Lagipun Eryna dengan Harraz baru aje nak berbaik. Tak sampai sebulan lagi pun. Iyalah, masih lagi dalam proses kenal hati budi masing-masingkan. Insya-Allah kalau ada rezeki. Adalah nanti. Kami pun tak berharap sangat." Aku menjelaskan pada umi. Risau kalau mereka berharap. Takut jadi kecewa pula.
"Umi tak berharap pun cuma umi hanya mampu berdoa. Kamu berdua pun masih muda lagi. Masih ada masa."
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Kalau nak urut nanti malam datang aje bilik umi. Umi boleh urutkan."
"Iyalah, umi. Eryna masuk dulu. Nak solat." Aku meminta izin untuk masuk semula dalam bilik.
"Iyalah, pergilah." Balas umi lembut.
Aku terus masuk ke dalam bilik tidur mengambil wuduk dan mendirikan solat. Selesai menunaikan solat aku bersandar pada katil. Sambil aku berzikir itu aku terdengar telefon seperti berbunyi. Aku capai telefon yang berada bersebelahan bantal.
"Mesej rupanya." Aku buka mesej seperti daripada nombor yang tidak dikenali. Penghantar itu menghantar imej. Aku buka imej nampak Harraz dan Eliana sedang berjumpa. Jantungku seolah berhenti berdetak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...