Harraz meluru arahku lalu dia mencuit pinggangku. Apa lagi refleks aku ketawa bila dicuit dengan secara tiba-tiba. Tak cukup itu dengan makin galak tangannya menggeletek. Tanganku juga gigih menepis tangannya.
"Janganlah geli!" Aku menjerit.
"Siapa bagi keizinan untuk kau pakai syampu aku?"
"Pinjam aje tak boleh ke? Takkan itu pun berkira?"
"Pinjam? Kalau dah pinjam bagilah balik."
"Macam mana nak bagi kan saya dah guna!"
"Kalau itu bukan pinjam namanya Eryna tapi itu namanya guna!"
"Takkan itu pun nak berkira?"
"Bukan berkira sayang tapi lain kali kalau nak guna tanyalah dulu." Harraz mencuit pipiku. Meremang bulu romaku tatkala dia memanggilku dengan panggilan sayang.
Aku cuba untuk menepis tapi tangannya lebih cepat.
"Okeylah! Nanti saya ganti balik."
"Tak payahlah."
"Berapa harga syampu tu?"
"Dalam seratus ringgit lebih. Entah tak ingat. Tak payahlah nak bayar tapi..." Harraz jeda seketika.
"Apa tapi-tapi?"
"Okeylah aku maafkan kau. Kira halallah pakai barang aku tadi. Tak pernah lagi ada manusia yang berani guna barang aku kecuali kau seorang aje."
"Iyalah siapa aje yang berani nak pakai? Takkan umi pulak? Abah jauhlah sekali. Dia pun macam tak pernah masuk bilik awak. Adik beradik pun tak ada. Siapa lagi nak curi-curi pakai barang awak?"
"Itulah pasalnya seronok kau pakai barang aku kan?"
"Memanglah seronok tapi kalau lagi seronok kalau awak izinkan saya pakai. Iyalah dengan siapa lagi awak bagi pakai kalau bukan saya, nanti awak dah kahwin dengan perempuan lain. Tak dapatlah saya nak merasa pakai barang laki sendiri punya."
"Jadi kau anggap aku ni suami kaulah?"
"Suamilah takkanlah saka belaan pulak. Eh, tak sanggup saya nak hidup bersuami saka."
"Kalau macam tu aku izinkan kau pakai barang aku. Pakailah mana yang kau nak. Tapi peliklah kau ni suka barang-barang lelaki?"
"Saya lagi tertarik wangian lelaki dari wangian perempuan. Kalau ikutkan saya masih tertarik lagi dengan stail pakaian ala-ala lelaki tapi tulah dah jadi mak orang kenalah ubah penampilan. Takkan nak macam dulu lagi."
"Kau sini sekejap." Harraz mengerakkan jari telunjuknya sebagai isyarat supaya aku mendekati.
"Nak buat apa?"
"Sini ajelah."
"Awak ajelah datang dekat dengan saya." Ujarku yang malas bergerak.
Harraz betul-betul datang mendekatiku lalu dia mencium rambutku. Aku tersentak dengan tindakkannya. Aku hendak meleraikan tindakan Harraz tapi tangannya lebih kemas mendakap erat tubuhku.
"Eh, apa awak ni!"
"Kalau kau anggap aku ni suami kau. Aku pun anggap kau sebagai isteri aku. Ikhlas aku cakap dari hati. Dah tiba masanya aku ubah hati aku. Beri kau peluang diperlakukan selayaknya seorang isteri." Harraz membisik ditelingaku.
Aku masih cuba melawan kerana tak selesa dengan tiba-tiba diperlakukan begini.
"Awak tak menyesal ke nanti bila dah cuba nak buka hati untuk saya?"
"Kenapa pulak nak menyesal?"
"Saya kan bukan gadis pujaan awak. Saya ni kira gadis kejian awak aje. Sanggup pulak awak buka hati untuk saya?"

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...