Lima minit telah berlalu kami langsung tak berbual apa-apa pun. Tadi masa dekat luar bukan main banyak mulut nak bertekak saja. Aku mengetuk daguku menggunakan jariku sambil memandang jalan.
"Jauh ke sekolah Inara ni?" Akhirnya Harraz bersuara.
"Jauh jugaklah daripada sini dekat 20 minit tapi sekolah Inara dekat aje dengan rumah cuma jarak rumah dengan tempat kerjalah jauh sikit."
"Kau dah berapa lama kenal dengan mak Inara?" Harraz tiba-tiba mengutarakan soalan itu. Tiada angin tiada ribut mahu pula dia ambil tahu tentang Inara.
"Kenal, tersangat lama." Apa pulak tak kenal diri sendiri kut.
"Betul ke Inara ni ada ayah? Kalau mak bapak dia bercerai takkanlah sorang pun tak nak bertanggungjawab? Buat anak pandai pulak. Bila nak menjaga sanggup bagi dekat orang. Tak kesian ke anak membesar tanpa kasih sayang mak dan ayah kandung." Mendadak sekali Harraz berbicara panjang lebar mengenai Inara.
"Inara ada ayah cuma mereka tak mampu nak jaga sebab tu dia bagi saya jaga."
"Entah-entah mak dia sebenarnya terlanjur. Kemudian tak mampu nak jaga dia bagi pada kau. Kau tu muda lagi lepastu kena jaga budak pulak. Sejahat-jahat aku tak tergamak aku nak bagi anak kandung sendiri pada orang lain." Harraz seolah-olah bengang kisah rekaanku.
"Inara anak yang sah taraf, saya tahu itu. Jadi andai kata awak ada anak, awak sanggup ke terima walaupun anak tu bukan dari perempuan yang awak suka?" Tiba-tiba aku berani bertanyakan soalan maut itu.
"Aku buat dan aku akan tanggung walau siapapun perempuan itu. Anak itu adalah tanggungjawab. Kena ingat tu sampai bila-bila."
Aku menghela nafas yang panjang.
"Kenapa kau tanya soalan tu? Kau mengandung ke?" Membutang mataku ternyata dia masih ingat kata-katanya itu.
"Tak... saya cuma tanya aje 'kalau' kan?" balasku sambil menelan air liur.
"Kalau ikutkan kau ni bagus jugak walaupun tengah belajar kau struggle cari rezeki untuk besarkan Inara. Mak bapak dia pulak entah kemana. Diorang yang beranak pinak kau yang kena bersusah payah." Harraz menggelengkan kepalanya. Jauh disudut hati aku masih takut kalau Harraz tak dapat menerima kenyataan bahawa Inara adalah anak kandungnya.
"Mak ayah Inara sentiasa ada disisi dia cuma awak aje tak tahu."
"Harap-harap satu hari nanti mak ayah Inara tu sedar kesilapan mereka. Masa tu kalau mak ayah kandung nak Inara balik, jangan bagi! Dah susah payah bela bagi besar lepastu sedap-sedap mintak balik." Harraz masih emosi dengan kisah Inara.
"Memang tak bagi pun." Ringkas saja aku menjawab. Layankan saja emosi si Harraz ni.
Kemudian kami sama-sama diam seketika.
"Harraz, boleh saya tahu. Kalau bukan Eliana orang yang selalu awak gaduh sampai jatuh cinta tu. Habis tu siapa?" Tiba-tiba gatal pulak lidah nak buka cerita kisah cinta Harraz yang tergantung sepi itu.
"Tak payah tau pun. Bukan kau kenal pun."
"Ye ke tak kenal? Jangan nak buat ceritalah. Kalau dah selalu cari gaduh dengan awak mesti saya kenal punya tapi masa sekolah dulu setahu saya. Sayalah orang yang paling anti dengan awak. Siapa lagi perempuan yang tak suka awak eh?" Otakku mula ligat berfikir dan mengingati semula kawan-kawan sebaya dulu.
Harraz masih mendiamkan dirinya fokus pada pemanduannya.
"Ah, baru teringat. Selain saya yang menyampah dengan awak tak lain tak bukan mesti Maryam kan? Awak suka Maryam eh dulu?" Tekaku.
Mata Harraz tajam menikam kedua belah mataku.
"Salah."
"Habis tu siapa? Saya bukan nak perasanlah tapi takkanlah saya pulak. Memang mustahil gila!"

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...