Aku disuruh berdiri hadapan skrin putih besar lalu mengayakan seperti ala-ala seorang model. Sebenarnya aku pun tak pernah langsung ikut sesi fotografi si Faiz. Tak pernah ambil tahu. Sebentar tadi Faiz menyuruh aku jangan senyum ketika bergambar. Aku hanya menurut sahaja.
"Eryna, awak cuba buat muka kerek ajelah senang!" Faiz berkata lagi. Muka kerek pulak dah. Aku hanya menurutkan sahaja.
"Okey, cun!" Faiz meneruskan penggambarannya. Setelah selesai Faiz dan Ammar menilik gambar dipaparan skrin komputernya.
"Okey ke Faiz? Mintak maaflah kalau buruk. Awak pun sendiri tahu saya tak pernah ikut sesi fotografi macam ni."
Faiz memandangku dari atas hingga bawah.
"Jangan risau awak dah cantik Eryna tengok ni." Faiz menolak komputernya sedikit supaya aku dapat melihat. Aku memanjangkan leher untuk melihat. Memang benar cantik! Sangat cantik macam model dalam majalah. Terlebih pulak memuji diri sendiri.
"Cantiknya." Ayat itu keluar dari bibirku tanpa aku sedari.
"Awak tu memang cantik Eryna cuma ada aje yang tak perasan. Kalau tak cantik takkan saya nak panggil awak buat photoshoot kan?"
"Bos, saya rasa kalau Cik Eryna bergambar dengan lelaki macam couple ke. Iyalah senang kita nak pelbagaikan gambar. " Ammar yang duduk sebelah Faiz juga bersuara.
"Siapa nak bergambar dengan Cik Eryna?" soal Faiz.
"Bos tak nak cuba ke?" Soal Ammar kembali.
"Takkanlah saya Ammar. Saya nak hantar gambar takkanlah muka saya dalam gambar nanti pelik pulak siapa yang tangkap gambar." Faiz menggelengkan kepalanya mendengar cadangan Ammar.
Ammar hanya menggarukan kepala sambil tersengih-sengih.
"Apa kata kalau kita suruh Harraz. Lagipun Eryna dengan Harraz kan masih halal rasanya kalau nak pegang tangan, duduk rapat dengan peluk pun tak ada masalah kan?" Entah dari mana Faiz dapat idea begitu. Gila, dia nak suruh aku peluk Harraz ke?
Aku membisu mendengar cadangan gila Faiz.
"Harraz!" Faiz bangun dan datang mendekati Harraz.
Harraz dengan Eliana ketika itu sibuk membelek album gambar perkahwinan klien Faiz. Mereka pun rancak berbual sesekali terdengar tawa Eliana yang galak.
"Iya!" Harraz mengangkat wajah memandang Faiz yang menuju padanya.
"Aku nak mintak tolong sikit boleh tak?" Pantas saja Faiz meminta pertolongan dari Harraz.
"Kenapa?"
"Aku nak gunakan kau untuk sesi fotografi aku. Memandangkan kau dengan Eryna pun masih halal, aku nak mintak pertolongan kau untuk bergambar dengan Eryna. Kami nak buat konsep macam pasanganlah takkan aku dengan Eryna pulakkan. Dah tentulah haram. Tapi kalau tak nak tak apa, aku tak paksa. Aku faham dan aku hormat keputusan kau. Minta maaflah ye Eliana kalau saya pinjam bakal suami awak."
Lama juga Harraz termenung.
"Memandangkan kami berdua ni memang tak banyak gambar apa salahnya kalau sekadar nak jadikan kenangan kan? Bolehlah." Harraz bersetuju.
Bukan tak banyak gambar berdua. Memang tak ada langsung sebenarnya. Tak teringin pun nak bergambar dengan lelaki tu. Kalau boleh biar tak ada langsung lagi bagus. Nak buat kenangan konon. Tak ada kenangan indah pun nak dibuat kenangan.
"Eryna okey ke?" soal Faiz setelah melihat lama aku membisu.
"Okey." Usai berkata aku terus senyum pada mereka.
Sesi penggambaran pun bermula seperti tadi. Kami berdua hanya akur sahaja dengan arahan Faiz. Sesekali tangan Harraz gatal merangkul pinggangku. Faiz tak suruh pun tapi dia yang memandai-mandai buat begitu. Selepas itu pipi kami hampir berlaga kerana Harraz meletakkan dagunya pada bahuku. Ikutkan sebenarnya aku agak kurang selesa dengan perbuatannya namun aku memilih membiarkan sahaja. Sesekali itu Eliana nampak masam wajahnya kerana cemburu. Jangan risau Eliana, saya tak mahu pun bakal suami anda. Ambil ajelah!
Setelah selesai bergambar aku menarik nafas lega dan menjauhi Harraz. Aku lebih selesa berada dengan Faiz dari dekat dengan Harraz. Mungkin selama ini aku lebih rapat dengan Faiz berbanding suami sendiri.
"Faiz, awak sebenarnya nak buat apa dengan muka saya tu? Resume apa yang awak nak buat?" Soal aku mengambil kerusi dan duduk dekat dengan Faiz.
"Sebenarnya saya nak buat collab. Awak kenal Ilham?"
"Ilham mana ya?" soal aku lagi.
"Ingat masa kita belajar dulu, Ilham ni selalu usha awak, mintak nombor telefon awak dan selalu ajak awak keluar tapi lepas Ilham ingatkan kita couple dia dah tak berani mengurat awak. Kisah lama biasalah. Dia pun dah bertunang sekarang." Terang Faiz panjang lebar.
"Siapa Ilham?" Tiba-tiba Harraz mencelah sambil memeluk tubuh.
"Harraz, kalau kau nak tahu isteri kau masa belajar dulu antara pelajar yang paling banyak peminat. Akulah yang kena jadi bodyguard Eryna dulu. Sampaikan aku terpaksa mengaku yang aku ni boyfriend Eryna barulah orang tak berani nak kacau Eryna." Sedang Faiz sibuk mengedit sambil itu juga Faiz berceritakan tentang masa laluku.
"Cantik sangat ke isteri aku sampai jadi kegilaan ramai?" Selamba Harraz memerli kembali.
"Kenapa tanya aku? Tanyalah diri sendiri macam mana kau boleh kahwin dengan Eryna? Mesti masa tu juga kau terpesona dengan kecantikkan Eryna kan?" Faiz juga tak kurang hebat memerli Harraz walaupun Faiz tak tahu bagaimana cara aku dan Harraz bersatu tapi Faiz masih menyimpan rasa sakit hati terhadap Harraz.
Faiz menganggap Harraz lelaki yang tak bertanggungjawab sehingga tak ambil tahu tentang aku walaupun aku masih isterinya. Benci bagaimana sekalipun itu bukanlah alasan yang munasabah untuk dia tak ambil tahu tentang aku tambahan pula aku sedang menjaga anak kandungnya. Seharusnya Harraz ambil tahu jika tak mampu lepaskan saja aku tak perlu gantung tak bertali seperti itu. Seperti begitulah Faiz katakan dahulu. Aku pernah juga menjelaskan pada Faiz, aku yang ingin merahsiakan perkara ini daripada Harraz tapi Faiz yang masih memilih untuk menganggap Harraz adalah lelaki yang tak bertanggungjawab.
Terdiam Harraz mendengar kata-kata Faiz. Tatkala itu juga Eliana juga mencelah.
"Saya tak rasa yang Harraz masa itu terpikat dengan kecantikkan Eryna." Yakin Eliana berbicara. Tak berlapik betul cara Eliana bercakap. Inikah perempuan yang Harraz tergila-gilakan itu. Sopan santun konon! Macam tak ada budi bahasa.
Faiz menjeling tajam pada Eliana.
"Untuk pengetahuan awak Cik Eliana. Saya masa pertama kali kenal Eryna. Dia adalah gadis biasa-biasa. Tak pandai bergaya lepastu sombong pulak tu. Sayalah lelaki yang ubah dia. Daripada dikeji menjadi yang dipuji. Dia bukan siapa-siapa dalam hidup saya sebelum ini. Tapi yang buat saya tertarik pada Eryna adalah kecantikkan akhlak dia bukan paras rupa. Bagi saya akhlak yang pertama dulu untuk dipandang. Alhamdulillah saya dapat lihat kedua-dua itu datang daripada Eryna sekarang. Kecantikkan akhlak dan kecantikkan paras rupa dia." Walaupun Faiz berkata dengan nada yang lembut tapi entah mengapa kata-kata itu benar-benar menusuk hati.
"Hebat betul Eryna pada mata awak Faiz." Harraz berbicara.
"Hampir tujuh tahun aku jaga Eryna. Susah senang dia, aku yang selalu ada dengan dia. Bagi aku dia adalah perempuan yang paling hebat selepas mama aku."
"Faiz dahlah tu nanti jadi gaduh pulak." Sempat aku berbisik pada Faiz.
Faiz memandang aku kemudian pandangannya bersilih ganti pada Harraz dan Eliana. Sebelum keadaan menjadi tegang lebih baik aku leraikan.
Faiz menghela nafasnya."Faiz, awak tadikan nak cari makanan. Jom makan dulu." Aku menukar topik.
"Sekejap bagi saya siapkan ni dulu." Faiz meneruskan kerjanya. Sibuk mengedit apa yang terkurang. Selesai siap edit Faiz mengemas barang-barangnya.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...