Aku nampak Harraz menepuk tangannya akibat digigit nyamuk. Sesekali aku tersenyum memandang Harraz dengan wajahnya begitu nampak tak selesa. Harraz mengutip durian aku dimasukkan ke dalam bakul.
"Itulah orang cakap suruh tinggal, nak juga ikut. Abang tu mana pernah masuk tempat-tempat macam ni kan? Maklumlah anak orang kaya. Dalam bilik pun ada aircond." Aku mengejek Harraz. Dia memakai baju lengan pendek. Nampak jugalah lengannya dah naik bintik merah. Inara? Tak jadi ikut dia sendiri tak nak ikut. Duduk dekat rumah ajelah.
Jadi aku, Harraz dan ayah saja yang pergi ke cari durian.
"Orang nak cari pengalaman sebab tulah nak ikut."
"Kebun sawit abah sendiri pun tak pernah masuk. Ini tiba-tiba pulak nak masuk kebun bapak orang." Aku akhirnya tertawa kerana tak dapat menahan.
"Mana sayang tahu yang abang tak pernah langsung masuk kebun sawit abah?" Harraz menyoal tak puas hati.
"Eleh, tengok muka pun dah tau." Aku menjawab semula.
Harraz berdiam diri. Betullah tu nampak sangat tak pernah masuk tempat-tempat macam ni.
Aku mengambil sebiji buah durian lalu dibawa ke pondok. Aku lihat ayah juga sedang menyusun buah durian.
"Ayah tolong bukakan." Aku meminta ayah membuka.
Ayah memandangku lalu pandangannya beralih pada Harraz yang tak jauh daripadaku.
"Kenapa tak suruh suami adik aje yang bukak?"
"Harraz? Lambat lagi dia nak tolong bukakan. Dahlah tak makan durian. Itupun dia tengah tahan bau. Dia kata tak tahan bau durian." Aku mengelengkan kepala mengenangkan Harraz.
"Iyalah, bak ayah bukakan." Ayah akhirnya akur lalu membuka durian untukku. Selebihnya aku yang kopek. Nampak ayah mengambil lagi beberapa biji durian lalu membuka untukku.
"Banyaknya ayah buka. Adik sorang aje yang nak makan. Harraz bukannya makan benda alah ni pun." Aku mula menyuap mulut dengan isi durian.
"Dia tak pandai makan pergilah ajar."
"Nak ajar pulak? Macam budak-budak pulak."
Aku nampak Harraz menutup hidung. Kekwat betullah laki aku ni.
"Abang! Marilah sini." Aku panggil Harraz lalu dia berjalan mendekatiku dipondok. Sebaik sahaja dia nampak isi durian yang menguning langkahnya terhenti. Aku mengeluh.
Aku terus turun dari pondok dan mendekati Harraz. Lengannya aku pegang kemas dan heret ke pondok.
"Sayang abang tak tahanlah bau durian."
"Cuba abang makan." Aku memujuknya. Ayah pula kembali menyambung kerjanya.
Harraz menggelengkan kepalanya berkali-kali.
"Abang duduk." Aku menyuruhnya untuk duduk. Harraz hanya akur. Sayang bini punya pasalkan turutkan ajelah.
Aku mengambil sedikit isi durian lalu mendekatkan pada mulut Harraz. Harraz menahan tanganku.
"Sayang, janganlah." Harraz merayu agar aku tak menyuapi dengan durian.
"Alah, abang ni kita rasa sikit aje."
"Tak nak."
"Rasalah, sikit aje."
Nampak Harraz berat mahu melakukannya. Akhirnya, dia mengalah. Lepas aku menyuapinya. Muka Harraz berubah. Dia seperti ingin muntah. Aku dah menekup mulutnya.
"Telan abang telan!"
Harraz menepis tanganku lalu dia bangun dan berlari ke tepi pondok dan memuntahkan semula. Aku sebenarnya ingin ketawa tapi rasa bersalah pula. Iyalah, bukan selalu dapat buli Harraz. Daripada dulu dia yang selalu buli aku. Sekarang biar aku yang buli dia pulak.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...