BAB 9

1K 20 0
                                        

Setelah aku berpindah ke rumah Mak Long. Aku banyak berdiam diri melayani perasaan sendiri. Sejujurnya aku berasa tertekan dengan keadaanku yang agak sarat ini. Harraz tak pernah bertanyakan khabar aku yang dia tahu aku pindah ke rumah Mak Long itu saja. Aku rasa dia lebih suka jika aku pergi jauh dari hidupnya. Kadang-kadang aku terfikir untuk gugurkan saja kandungan ini. Apa guna aku simpan anak ini sedangkan bapanya pun tak mahu dia hadir ke dunia ini. Kata-kata Harraz yang tak mahu anak yang lahir daripada rahimku. Dia tak mahu anaknya mewarisi segala keburukkanku. Bait kata itu masih terngiang-ngiang di telingaku.

Aku menghela nafas panjang mengingati Allah SWT supaya lebih tenang. Aku sedar tak sepatutnya aku berfikir begitu. Jika aku membenci anak ini aku tak seharusnya aku memperlakukannya begitu. Anak itu adalah anugerah daripada Tuhan. Aku akan cuba sayangi anak ini.

Telefon aku buka saat melihat mendengar notifikasi berbunyi. Pemberitahuan daripada aplikasi Whatsapp. Rupanya pesanan ringkas dan beberapa imej dari Ayu. Tak pernah dia mesej aku tiba-tiba hantar mesej dah kenapa?

Saatku melihat imej itu rupanya foto pertunangan antara Harraz dan Eliana. Jantungku bagai direntap. Aku tak pasti apakah perasaan yang sedang menjalar dalam hati ini. Cemburu? Marah? Sedih? Layakkah aku merasakan itu semua? Sedangkan aku tahu status aku dengan dia hanyalah atas kertas sahaja. Air mata yang jatuh tanpa pinta aku lap laju-laju.

Aku pandang perutku yang membuncit ini. Hingga hari ini aku masih tak percaya yang dalam kandunganku adalah anak Harraz dan kehadirannya adalah tanpa pengetahuannya. Dia tak pernah tahu kewujudan anak ini. Jika dia tahu apa yang perlu dia buat? Adakah dia akan sayang anak ini seperti bapa di luar sana yang sayang anaknya. Di usia muda begini masih terlalu awal untuk dia terima benda begini. Aku takut jika hal ini terbongkar dia akan menuduh aku hamil anak luar nikah dan ingin hancurkan hubungannya dengan Eliana.

Pilihan yang tepat adalah menyembunyikan status anak ini. Aku harus bercerai dengannya secepat mungkin. Maklumat yang Ayu hantar adalah untuk menyakiti hatiku. Aku tahu niatnya dari dulu dia cukup membenciku. Aku tak faham apa yang ada difikiran Ayu hingga kini dia masih menyimpan rasa benci.

Harraz dan Eliana ditunangkan sebelum masing-masing menyambung pelajaran mereka. Aku pula entah bila mahu sambung belajar memandangkan masih tengah hamil ditambah pula dengan kelahirannya. Mampukah aku menjaganya dan membahagi masa untuk aku belajar? Aku risau jika tak mampu melakukan impianku akan terbantut begitu sahaja.

Setelah aku fikir masak-masak dan merancang tentang masa hadapanku. Aku menghela nafasku berharap apa yang dirancang semuanya dipermudahkan. Aku perlu berubah tak boleh selamanya begini. Aku takkan hancurkan hidupku kerana lelaki bernama Harraz. Mulai hari ini aku ingin tutup serapat-rapatnya hatiku untuk semua lelaki sehingga aku bertemu seseorang yang sepatutnya aku cintai iaitu jodohku yang sebenarnya.

Aku harus terima yang Harraz cumalah jodoh sementaraku sebelum dia disatukan bersama Eliana.

Perutku tiba-tiba terasa lapar. Aku terus bangun dari sisi katil dan keluar mencari kelibat Mak Long. Aku harus jadi Eryna yang dahulu ceria walaupun dilanda masalah. Eryna yang kuat bukan Eryna yang rapuh seperti ini. Aku bernasib baik yang Mak Long melayaniku seperti anaknya sendiri. Terasa kasih sayang seorang ibu tumpah kepadaku.


Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang