BAB 57

772 14 2
                                        

Setelah hampir dua jam aku berkunci dan berkurung di dalam bilik aku melangkah keluar. Melihat suasana rumah sangat sunyi seperti tiada orang aku pandang kiri dan kanan lalu membuka pintu. Niat nak ambil angin diluar.

Baru sahaja aku ingin menolak pintu.

"Hah! Buat apa tu!" Sergah Faiz yang tiba-tiba muncul. Tak semena-mena aku hampir terjatuh nasibku baik sempat berpaut pada pintu.

"Faiz! Awak dah kenapa? Saya ingat awak tak ada tadi."

"Ada aje kenapa?"

"Saya ingat awak keluar dengan ayah."

"Ayah dengan saya ada dekat belakang rumah tadi tengok kebun dia. Saya masuk pun sebab nak minum air."

Aku mengurut dadaku.

"Nak minum, minum ajelah tak payahlah buat saya terkejut. Kalau saya mati terkejut sebab sakit jantung macam mana? Saya dahlah banyak dosa." Aku menjeling Faiz yang dah tersengih macam kerang.

"Saya tengok awak dari dapur tadi keluar bilik terhendap-hendap dah macam penyamun."

"Jaga sikit mulut tu eh, muka cantik macam ni jadi penyamun agak-agaklah." Aku bercekak pinggang dan menjongketkan kening.

"Ni nak pergi mana?"

"Pergi duduk dekat bawah pokok tu aje. Rasa nak ambil angin pulak asyik berkurung aje dalam bilik dah macam pengantin baru pulak. Bosan asyik tengok bantal dengan selimut aje."

Faiz mengintai kerusi dibawah pokok itu.

"Jomlah, saya teman awak. Jalan elok-elok. Kalau jatuh pun bukan saya boleh angkat pun." Faiz dah keluar dari rumah siap sarung selipar dulu berbanding aku yang terhegeh-hegeh sebab jalan agak lambat maklumlah kaki masih rasa sakit.

"Dia ni melebih pulak. Bukannya aku ajak dia pun dah tu pulak jalan lagi cepat dari aku!"

"Lambatlah awak Eryna!" Faiz dah berada jauh dariku.

Sakit pula hati aku tengok Faiz ni. Seperti sengaja mempermainkan aku. Kang ada yang makan selipar jepun sekejap lagi kang!

"Tunggulah!" Laungku.

Setelah sampai aku terus duduk kerana lelah. Tak pasal-pasal berpanas pulak aku. Kalau tahu macam ni punya seksa baik aku berkurung aje dalam bilik sampai petang.

Aku mengeluh melihat Faiz yang duduk di hadapanku.

"Awak ni dah elok-elok dengan ayah saya tadi pergilah belakang sana balik. Menganggu pemandangan saya aje." Aku mencebikkan bibir sambil itu aku membuka telefon bimbit.

"Nak menghalau nampak! Tak lama pun Cik Eryna. Petang nanti saya baliklah. Awak jangan main-main muka nilah yang awak akan rindukan kalau saya tak ada nanti. Jejaka idaman para gadis-gadis ni. Hari tu saya pergi market, melirik mata-mata anak dara belasan tahun tengok saya sampai terteleng kepala." Faiz memuji diri sendiri. Inilah yang dikatakan masuk bakul angkat sendiri. Tak bertempat betul nak puji diri sendiri.

"Perasan siapa nak rindu muka awak. Apa anak daranya? Mak daralah yang selalu pergi pasar sekarang. Anak dara terteleng konon. Entah-entah ikan yang teleng tengok awak."

"Tak percaya awak ingat awak sorang aje ke yang ramai peminat Cik Eryna?"

"Malaslah nak banggakan Faiz walaupun muka saya ni biasa-biasa tapi kalau dah ramai peminat nak buat macam mana kan. Kira rezekilah kan." Aku pun menurut seperti Faiz untuk acah bangga padahal tak pun. Apa yang nak dibanggakan ramai peminat? Rimas lagi adalah.

"Iyalah, betullah awak ramai peminat. Patutlah budak lelaki yang sebelah rumah awak tu jeling-jeling tengok awak tadi." ujar Faiz sambil memandang sebelah rumahku.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang