Aku melabuhkan punggung disofa empuk yang berada didalam bilik kerjaku. Selepas selesai berbincang dengan Datin Syarifah tadi dia tetap berkeras meminta pampasan diatas kecuaian staf aku dalam melakukan kerja. Bayangkan pelamin yang mereka pasang boleh tiba-tiba roboh?
Aku ada meminta mereka datang menghadap aku untuk memberi keterangan tentang apa yang berlaku. Puas juga aku melepaskan kemarahan pada mereka. Selalunya elok sahaja buat kerja kenapa tiba-tiba jadi seperti begini. Aku juga terpaksa menolak separuh gaji mereka untuk menjelaskan bayaran pampasan Datin Syarifah.
Buat masa ini aku masih belum membayar apa-apa pada Datin Syarifah. Kerana kes ni bakal melibatkan urusan mahkamah maka aku juga terpaksa mengupah peguam bagi pihakku. Belum tentu kes ini adalah seratus peratus salah dari pihakku. Kami masih menyiasat daripada mana punca kesalahan itu.
Pintu bilikku diketuk.
"Masuk." Arahku.
Fathia masuk ke dalam sambil membawa fail.
"Macam mana dengan kes Datin Syarifah?" Soal Fathia.
Badanku dibiarkan tersandar pada sofa oleh kerana keletihan.
"Dia tetap juga nak saman kita kalau kita terbukti bersalah." Itu sahaja yang mampu ku jawab.
"Kenapa saya rasa ini kes berkait dengan sabotaj? Macam mana kalau pelamin tu roboh kalau tak ada sebab? Tak pernah lagi staf kita buat silap sebelum ni." Fathia cuba menyakinkan aku.
"Mungkin juga sabotaj tapi kalau betul semuanya berpunca dari pihak kita macam mana? Salah saya juga sebab dah lama tak pantau kerja mereka." Aku mengeluh sekali lagi.
"Awak tak cukup tidur ke?" Tegur Fathia lagi.
"Awak rasa kalau dah macam-macam masalah dalam kepala. Macam mana saya nak lelapkan mata."
"Tak apalah, saya sambung kerja dulu." Fathia faham keadaanku lalu mengambil keputusan untuk keluar daripada bilik itu.
Selepas Fathia keluar daripada bilik. Aku terus menyambung semula kerjaku. Memaksa diri untuk bekerja. Sebaik sahaja aku duduk fikiranku terus teringatkan Harraz dirumah.
Harraz langsung tak mencariku selepas itu. Selalunya, kalau dia buat perangai tak faham bahasa dia. Mesti dia akan datang mencariku namun tak ada pun tanda-tanda. Dadaku makin dihimpit rasa hiba.
Mungkinkah dia sudah mengerti apa yang ku katakan tadi? Aku cuba melupakan masalah antaraku dan Harraz. Mungkin saja Harraz sudah pulang setelah aku berkata-kata seolah-olah 'menghalau' dia pulang.
Tak lama kemudian pintu bilikku diketuk sekali lagi mungkin Fathia. Aku hanya mengarahkan masuk sahaja. Saat ini aku sedang menyemak dokumen penting.
Selepas masuk ke dalam bilikku. Aku perasan yang Fathia tak berkata sepatah pun. Aku kehairanan lalu mengangkat wajah. Bukannya Fathia melainkan Harraz yang menunjukkan wajahnya.
"Awak buat apa kat sini?" Soalku.
"Tolong jangan buat abang macam ni. Jelaskan pada abang apa maksud sayang cakap pagi tadi? Lepas sayang dah jelaskan semua baiklah abang akan balik macam yang sayang mintak. Abang faham yang sayang dah tak suka dengan abang kan? Sebab tu sayang sanggup halau abang balik." Sebak Harraz mengucapnya.
"Sebab saya tak cintakan awak. Puas hati awak?" Aku mula berterus-terang.
"Apa yang sayang cakap ni? Takkan disebabkan Eliana. Sayang berubah sampai macam ni sekali?"
"Macam mana saya nak berterus-terang dengan awak ya? Macam nilah Encik Adam Harraz. Selama ini saya hanya berpura-pura dengan awak. Awak ingat senang-senang saya nak lupakan perbuatan awak dulu? Sebenarnya ini adalah plan saya nak balas dendam pada dendam awak. Saya buat awak jatuh cinta pada saya dan akhirnya saya nak tinggalkan awak. Macam mana yang awak rasa dulu itulah saya nak awak rasa sekarang! Saya tak cintakan awak!" Aku menghamburkan kemarahan.
Akhirnya aku lega. Memang itulah tujuan asal ketika aku cuba menghampiri Harraz dahulu. Semuanya kerana dendam. Teringat Harraz yang dengan angkuh berkata takkan jatuh cinta padaku. Oleh kerana itu, aku menyimpan sedikit dendam.
Tapi akhirnya, rancangan itu memakan diriku sendiri. Pada awalnya, aku bencikan dia namun dengan kuasa Tuhan, aku sendiri yang jatuh cinta padanya.
"Jadi sayang anggap abang apa aje sebelum ni?"
"Tak lebih dari seorang kawan." Ketika mengucapkan kata-kata itu. Hatiku betul-betul terluka dengan ucapan sendiri.
"Jadi, sayang memang cintakan Faiz?"
"Kalau betul pun kenapa?" Aku menjeling Harraz. Sengaja buat Harraz membenciku semula.
"Terima kasihlah Eryna Sofia, terima kasih sebab buat saya macam ni. Sanggup awak pertaruhkan maruah awak semata-mata untuk balas dendam pada saya? Berkorban demi anak konon. Hebat betul lakonan awak Eryna! Syabas sebab dah berjaya kenakan saya!"
"Sama-sama." Aku menjawab dengan senyuman sinis. Hakikatnya hatiku sudah hancur lebur dengan kata-kata Harraz.
"Selama ni saya salah menilai orang. Sepatutnya, saya patut dengan Eliana!" Harraz menambah lagi.
Mendengar saja nama Eliana membuat hatiku berbahang.
"Pergilah dekat dia? Awak ingat saya peduli? Ceraikan saya!"
"Kau jangan cabar aku Eryna! Kau ingat aku akan jadi bodoh sebab kau tinggalkan aku? Kau silap besarlah Eryna. Kau silap sebab kau dah bermain dengan aku. Kau ingat aku ni tergila-gilakan kau sangat ke sampai cari kau dekat sini? Kalau kau nak sangat berpisah, aku minta hak penjagaan Inara sepenuhnya pada aku." Harraz mengugut.
Hampir hilang nafasku mendengar ugutan Harraz namun tak semudah itu aku mengalah pada Harraz.
"Ambiklah, awak ingat saya peduli?"
"Kau ni memang perempun jenis apa aku tak tahulah. Oh ya, kau kan boleh mengandung. Tak macam Eliana, diakan mandul. Kau tu setakat seorang anak kalau hilang pun tak apa. Nanti kau dah kahwin dengan lelaki lain. Kau boleh buat anak lain kan?" Pedas sungguh bicara Harraz. Inilah Harraz yang ku kenali dulu. Dia sudah kembali.
Aku hanya berdiam diri mendengar kata-kata Harraz. Aku berjaya buat Harraz membenciku semula. Itu sahaja saja cara supaya Harraz menjauhiku.
"Kenapa diam? Kau ni biadap! Kau goda aku, lepas tu kau buat aku ni macam sampah! Kau nak sangatkan aku dengan Eliana bersatu balik. Okey, aku akan tunaikan impian kau. Sekarang, aku dah faham. Okeylah, aku balik dulu. Selama ini aku salah menilai orang. Entah-entah memang kau yang hancurkan perkahwinan aku dengan Eliana. Memang jijik permainan kau." Harraz menuding jariku lalu dia meludah ke kiri.
Seolah-olah dia betul-betul jijik denganku. Akhirnya, Harraz meninggalkanku. Aku meraup wajahku. Akhirnya, aku berjaya membuat dia membenciku semula. Aku mula pasrah dengan kehendak takdir. Cukuplah sampai sini sahaja kisah bahagia antara aku dan Harraz. Cukup jugalah sampai sini sahaja terkuburnya cintaku padanya. Bersemadi dan tenang disana. Maafkan Eryna abang, kerana Eryna terlalu cintakan abang. Eryna tak mampu nak perjuangkan cinta kita.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...