BAB 4

1K 20 0
                                        

Farhan menyerahkan padaku paket aiskrim. Walaupun pada asalnya dia berjanji sekiranya aku menang dia akan membelanja namun kemenangan bukan pada aku tapi dia tetap ingin membelanjaku.

Aku mengambilnya lalu mengoyakkan paket dan makan aiskrim. Em sedap!

"Kenapa kau gaduh dengan Harraz tadi?" soal aku sehingga mematikan senyuman Farhan.

"Sebab aku tak puas hati dengan dia. Dia memang dah melampau." Farhan memasukkan kedua belah tangannya ke dalam poket. Nampak segak!

"Apa yang dia kata?" soal aku ingin tahu.

"Kau tahu dia kata apa tadi?"

Aku hanya senyum padanya.

"Belum cerita manalah tahu." balasku bersahaja.

Aku dengar Farhan tergelak kecil.

"Dia cakap tahun depan dia nak bertunang dengan Eliana. Dia cakap lagi aku tak patut rapat dengan kau sebab kau isteri dia. Tapi pasal isteri aku boleh terima sebab itu memang kenyataan cuma bila dia kata dia nak bertunang dengan Eliana. Aku tak boleh betullah. Aku agak benci poligami." Farhan berterus terang.

Aku sebenarnya tak terkejut pun dengan perkara yang disampaikan Farhan tadi. Dah lumrah orang bercinta memanglah nak cinta mereka disatukan menjadi yang halal.

"Awak benci poligami?" soalku lagi.

"Iya! Tahu tak anak yang membesar dalam keluarga yang berpoligami itu rumit. Aku ingat lagi macam mana papa buat perkara itu pada mama dia tak berlaku adil!" Farhan mengeluh.

"Kami bukannya ada anak pun Farhan. Tak pernah terfikir pun yang hubungan kami ni akan ada anak. Geli pulak bila bayangkan kalau kami ada anak bersama." Aku segera ubah topik tak mahu Farhan tenggelam dalam emosinya tentang masalah keluarganya.

"Ini bukan soal anak Eryna. Ini soal perasaan kau. Kau sanggup ke hidup seumpama bergantung tak bertali. Ada suami tapi tak melayan kau. Bukan masalah cara kau disatukan. Ini soal tanggungjawab. Kalau aku tahu jadi macam ni baik aku aje yang kahwin dengan kau." Bait akhir kata Farhan menghentikan langkahku.

"Aku tak salah dengarkan?" soalku semula.

"Iya, kalau jadi macam ni baik aku saja yang bertanggungjawab atas kau. Aku tak peduli walau apapun jadi pada kau. Aku akan tetap terima kau seadaanya sebab aku...." Jeda seketika kata Farhan.

"Sebab kau suka aku." Aku menyambung.

Kami menatap wajah antara satu sama lain.

Farhan menggelengkan kepalanya.

"Aku tak suka kau." Farhan menyambung kembali.

Terasa bahang wajahku kerana malu. Apa yang aku lakukan! Aku perasan ke?

"Aku cintakan kau Eryna Sofia. Sejak dari tingkatan satu lagi. Kau berlainan dari perempuan yang aku jumpa. Kau bagi aku semangat selama ini. Kau yang hulurkan bantuan saat aku betul-betul putus asa. Kalau kau tak ada masa itu mungkin jasad aku dah tak ada disini. Mungkin jasad aku sedang terkubur dimamah bumi." Aku terdiam saat mendengar pengakuan itu.

Terimbas ketika Farhan ingin mengantung diri kerana putus asa dengan hidupnya.

Ketika itu aku ingin menghantar tugasan sekolah ke rumahnya. Saat itu kami berada di kelas yang sama.

Rumah banglonya sunyi menunjukkan tanda-tanda tak ada orang. Entah kenapa hati ini tergerak nak pergi ke belakang rumahnya. kerana terdengar bunyi jatuh. Dengan baki keberanian yang ada aku berlari ke belakang rupanya ada stor  di situ. Aku terdengar ada suara tangisan. Lebih tepat itu suara Farhan.

Aku memberanikan diri menolak daun pintu stor itu terlihat Farhan yang sedang menangis di hadapan tali gantung. Tanpa fikir panjang aku terus menolak tubuh lelaki itu. Farhan jatuh terduduk.

"Apa yang kau dah buat ni? Gila ke?" Lantang aku menjerit.

"Kau siapa nak halang aku!" Farhan bangun semula dia menuju ke tali gantung itu.

Aku mendepakan kedua belah tanganku.

"Ingat Allah SWT Farhan! Kau ingat mati boleh selesai masalah ke?"

"Farhan!" Pekikku hingga nada paling tinggi. Terbatuk-batukku kerana hilang suara.

Farhan memandangku.

Aku tak ada pilihan. Mungkin Farhan kena rasuk syaitan itu sebab dia tak dapat berfikir dengan waras.

Aku datang dan menampar kuat pipi Farhan. Wajahnya berpaling. Dia mencerlung padaku. Dia pegang pipi yang sudah merah.

"Sakitlah bodoh!" Marah Farhan.

"Tau pun sakit! Tau tak bunuh diri tu lagi sakit? Kau ingat nanti dah mati apa aje boleh buat. Ingat mak ayah kau. Ingat diorang bahagia ke dengan pilihan yang kau buat sekarang ni? Ingat satu persatu muka yang sayangkan kau Farhan!" Aku sudah membebel panjang.

Farhan masih pegun membisu.

"Okeylah kau nak sangat bunuh diri kan? Aku tak nak tengok nanti aku tak boleh tidur malam nanti." Aku baru sedar yang dalam stor yang gelap cuma aku dan dia. Aku cepat-cepat ingin beredar.

Saat aku pandang belakang Farhan mengikuti aku. Jelas matanya masih merah usai menangis. Aku pandang dirinya dari atas sampai bawah. Rasa simpati dengan nasibnya. Mungkin ada sesuatu yang dia simpan dan tak mampu nak luahkan pada seseorang. Dia pun di sekolah tak ada kawan dan selalu menyendiri.

Selepas kejadian itu kami menjadi rapat cuma lepas dia bebas dari gangguan emosi itu. Dia dapat menumpukan pelajaran hasilnya dia dapat naik kelas. Sekelas pula dengan Harraz. Peribadi Farhan pun mula berubah dari seorang pendiam jadi periang.

"Sampai sekarang tamparan kau masih terasa melekat pada pipi. Berdengung jugak kepala lepas kena tampar. Boleh tahan juga ya penampar seorang perempuan ni." Sampuk Farhan mematikan lamunanku.

Aku tergelak kecil.

"Tak rasa kelakar ke? Nak bunuh diri tapi bila kena lempang tau pulak sakit."

"Masa tu aku baru 13 tahun Eryna. Aku pun tak sangka yang aku boleh bertindak sebodoh itu." Farhan pun turut ketawa.

"Tapi Farhan...."

"Apa?"

"Awak tahukan perasaan awak pada saya adalah salah. Saya masih terikat dengan status isteri kepada Harraz." Aku menundukkan pandangan ke bawah. Aku tak tahu dengan apa yang aku rasa sekarang.

"Kalau saya harus berjuang untuk mendapatkan awak. Saya akan lakukan itu Eryna. Ini bukan kerana cinta saya pada awak tapi ini kerana keikhlasan saya sepenuh hati untuk terima baik buruk awak dengan seadanya." Farhan meletakkan tapak tangannya pada dadanya.

Aku terharu dengan keikhlasan yang dipamerkan oleh Farhan. Dia lelaki yang baik seharusnya dia mendapatkan perempuan yang lebih baik daripadaku yang tak sempurna ini. Aku harus sedar diri dengan kenyataan ini.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang