Buka saja mata aku sedar sudah berada didalam bilik tidur Harraz. Setahu aku setelah Harraz memandu, aku terus terlelap. Tahu-tahu aje dah sedar dalam bilik ni. Takkanlah dia dukung aku? Eh, tak mungkin. Habis tu kalau bukan dia takkanlah abah atau umi pulak. Ke ayah yang dukung aku? Lagilah tak masuk akal.
Memang sahlah Harraz yang dukung aku letak dalam bilik ni. Eleh, benci-benci pun nak jugak dukung aku bawak masuk dalam bilik ni. Aku bangun mencari beg tanganku. Aku nampak dia letakkan ditepi katil. Seingat aku, aku sempat menyorokkan ubat dalam beg. Harap-haraplah Harraz tak selongkar. Tapi buat apa dia nak selongkar? Dia pun bukannya peduli ke apa aku sakit apa.
Aku mencari telefonku namun tak ada.
Ubat ada tapi telefon pula tak ada. Baru teringat nak hubungi Fathia. Kalau-kalau terjumpa dengan Faiz tolong sampaikan pada aku. Aku ada perhitungan dengannya.
Ataupun Harraz yang ambil telefon aku?
Aku terus turun daripada katil dan meluru ke luar bilik untuk mencari Harraz. Sebaik sahaja keluar aku terhidu sesuatu yang menyelerakan membuatkan aku kecur liur. Tiba-tiba teringin nak makan laksa. Ini kira mengidam ke ni?
Aku menuju ke dapur terlihat Eliana dan umi sedang mengacau kuah laksa.
"Eh, Eryna dah bangun tidur." Tegur umi tersenyum memandangku.
Tiba-tiba rasa kekok pula aku berhadapan dengan umi. Aku menggosok belakang leherku lalu mendekati mereka.
"Masak apa tu?" Soalku cuba untuk beramah mesra.
"Laksa tapi masak sikit aje. Cukup-cukup untuk orang dalam yang tinggal dalam rumah ni." Jawab Eliana.
Aku agak terasa dengan kata-kata Eliana. Umi hanya mendiamkan dirinya.
"Bau macam sedap." Pujiku untuk sedapkan hati semula.
"Umi ni yang ajar masak." Ujar Eliana sambil mengacau kuah laksa.
"Kalau dah umi punya resepi mestilah sedap. Saya dulu tak payah susah-susah nak belajar dengan mak orang. Belajar dengan mak sendiri aje." Gatal jugak mulut aku menyindir Eliana semula.
Eliana menolehku sambil menjeling. Kau ingat kau dah mula rapat dan berjaya ambil hati umi balik kau boleh besar kepala? Hello, kau tu orang luar. Aku ni masih lagi menantu umi yang sah! Geram pulak aku tengok anak Puan Safiah ni. Ada yang kena sekeh sekejap lagi.
"Cari Harraz ke?" Soal umi.
Aku kembali beralih pada umi semula dan menganggukkan kepala.
"Harraz keluar sekejap." Balas umi.
Setelah Eliana menutup api. Dia menuju pada umi yang sedang duduk.
"Dah siap umi, Eliana rasa tadi sedap sangat!" Mulalah tu Eliana ni nak menyibuk. Orang bersembang dia pun nak bersembang.
Aku malas nak mendengar perbualan Eliana. Kalau keluar dari mulut Eliana semuanya manis-manis belaka. Belakang orang keluarlah perangai puaka dia tu. Aku pun tak sangka yang Eliana seperti itu.
Disaat aku mula ingin mengundur diri tanpa memandang belakang aku terlanggar seseorang.
"Adoi jalan tak pakai mata ke?" Bising mulut Harraz bila badanku bertembung dengan siap pakej terpijak jari kaki dia. Nasib baik tak terjatuh.
"Sorry." Hanya itu mampu ku lafazkan.
"Dah bangun elok berjalan ni dah tak sakit ke?" Sindir Harraz.
Berdesing telinga aku mendengar kata-kata Harraz.
"Kenapa tadi saya nampak macam dah nak mati ke? Tahulah suka sangat tengok saya sakit kan? Orang sakit salah, orang sihat pun salah." Aku mula meluat dengan Harraz.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
Storie d'amoreSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...