BAB 81

752 16 6
                                        

"Tak nak, janganlah paksa saya." Aku cuba merayu pada Harraz.

"Apa yang kau takutkan sangat dengan doktor? Aku cuma nak tahu masalah kesihatan kau aje. Mustahil kalau tak ada sebab tiba-tiba berat badan kau turun mendadak sampai macam tu. Aku perasan yang muka kau makin cengkung." Harraz berkeras untuk membawaku ke klinik.

"Saya cuma tak ada selera nak makan aje." Aku memberikan alasan yang sama sejak dari tadi.

"Kalau tak ada selera makan jom kita jumpa doktor. Bagi balik selera kau datang balik." Harraz mula menarik tanganku masuk ke dalam klinik. Dia sendiri yang mengatur perjumpaan dengan doktor. Dadaku makin berombak kencang menanti dipanggil doktor.

Harraz banyak berdiam diri sambil menunggu giliran.

"Apa yang Faiz dah buat pada kau sampai menangis tadi?" Soal Harraz tiba-tiba.

"Apa rasanya kalau orang yang kita percaya sebenarnya ingin pergunakan kita? Itulah yang saya rasa sekarang." Ringkas saja aku menjawab.

"Kadang-kadang apa kita buat dulu itulah yang kita dapat sekarang." Aku tahu Harraz menyindirku tentang kata-kataku dulu yang hanya ingin mempergunakannya dulu untuk membalas dendam cuma dulu pernahlah ada niat nak buat macam tu. Tapi kuasa cinta telah mengubah segalanya.

Dendam yang ku simpan hilang begitu sahaja bila aku dan dengan Harraz mempunyai rasa yang sama.

Aku mengeluh.

"Eryna Sofia." Aku dengar namaku dipanggil.

Aku mula bangun dari tempat duduk ketika itu Harraz juga mengiringiku untuk melihat pemeriksaan kesihatan ke atas diriku.

Selesai melakukan pemeriksaan kami hanya menunggu penerangan daripada doktor. Kali ini aku hanya pasrah saja dengan apa yang terjadi. Oleh kerana semasa memeriksa tekanan darah. Aku mengalami tekanan darah rendah. Jadi doktor pun bertanya kali terakhir aku datang haid dan melakukan pemeriksaan urine.

"Jadi doktor macam mana dengan keadaan isteri saya? Kami sebenarnya PJJ (pasangan jarak jauh). Saya jarang jumpa dengan dia. Bila jumpa dia kurus cengkung sampai macam ni itu yang saya risau. Dia kata dia tak ada selera makan. Ubat apa yang kena bagi dia ni supaya dia kuat makan balik?" Soal Harraz yang benar-benar ingin tahu masalah kesihatan.

"Isteri Encik sakit sebab terkena buatan orang." Ringkas saja doktor itu menjawab sambil tersenyum simpul.

"Astagfirullahalazim, siapa yang hantar santau dekat isteri saya? Macam mana doktor boleh tau?" Entah kenapa Harraz boleh lambat faham maksud yang doktor katakan tadi. Berkerut-kerut dahi Harraz.

"Bukan santau Encik, isteri Encik sekarang tengah pregnant. Dalam kiraan saya mungkin usia kandungan Puan Eryna dah memasuki 4 minggu. Cuma disini saya nasihatkan berkaitan penurunan berat badan Puan Eryna yang agak mendadak adalah tak bagus untuk kesihatan bayi. Saya risau jika Puan Eryna tak mengambil pemakanan yang betul boleh menjejaskan kesihatan bayi di dalam kandungan.

Jadi saya harap Encik sebagai suami supaya memantau pemakanan Puan Eryna. Lagi satu, usia kandungan masih pada peringkat awal. Jadi risiko keguguran adalah tinggi. Puan Eryna seharusnya berusaha elakkan stress demi kesihatan bayi. Saya sarankan Puan agar sentiasa berada agar disisi suami. Kalau boleh tinggallah bersama sewaktu kehamilan ini." Setelah mendengar penerangan daripada Doktor Munirah. Wajahku berubah menjadi pucat.

"Betul ke apa yang doktor cakap ni?" Soal Harraz inginkan kepastian.

"Takkanlah saya nak menipu pula. Saya sarankan Encik pantau keadaan isteri Encik. Waktu inilah masanya untuk memupuk kasih sayang yang lebih mendalam sesama sendiri. Tahniah Encik dan Puan."

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang