Kali ini aku berhadapan dengan Harraz. Aku hanya membisu dia pula masih tepat merenung wajahku. Dah dimarah pun dia buat tak tahu aje.
"Dahlah tu sampai pukul berapa nak tenung saya?" Aku dah makin lelah melihat perangai Harraz.
"Aku tengah tunggu jawapan kau dari tadi tau. Tak ingat ke aku tanya apa tadi?"
"Apa? Manalah saya ingat." Soalan apa pulak yang dia tanya? Aku dahlah susah sikit nak mengingat sesuatu perkara.
"Kenapa tadi tarik muka? Siap tak bagi aku pegang kau tadi. Tadi kau mengelamun panjang sebab apa? Tau tak ayah nampak yang kau tiba-tiba tarik muka dengan aku. Nasib baik ayah tak ada tanya apa-apa."
"Tak ada apalah. Malulah saya sebab ayah tengok awak layan saya macam tu."
"Nak malu buat apa? Dah kau tu bini aku. Setakat selak kain sikit nak urut kaki apalah sangat bukannya si Faiz tu nampak pun."
"Dahlah tolong jangan kita cakap pasal benda ni lagi boleh tak?"
"Tak boleh, aku tak puas hati dengan jawapan kau. Mula-mula cakap tak selesa sekarang bagi alasan malu dengan ayah pulak. Mana satu ni?"
Aku menghela nafas panjang. Makin lama makin diasak oleh soalan dari Harraz bertubi-tubi.
"Kalau saya cakap dua-dua tu memang alasannya macam mana? Logiklah jawapan tu kan. Kita pun baru nak berbaik. Ayah pun pelik takkanlah semudah itu kita berbaik semula. Ayah pun tahu macam mana hubungan kita. dari awal kahwin sampailah hari tu kita tak pernah bertegur sapa dengan baik. Nanti ayah ingat saya berlakon pura-pura bahagia dengan layanan awak pulak."
"Okey, aku boleh terima alasan terima tu. Ada lagi ke alasan yang kukuh? Ataupun kau sebenarnya nak jaga hati Faiz?" Harraz mula menyangkal bukan-bukan. Gaya dah macam orang cemburu pun ada.
"Kenapa dengan hati Faiz pulak? Kami berkawan aje. Tak ada apa-apa pun cuma mula-mula tu adalah sikit saya simpan perasaan dekat dia tapi tu dululah. Sekarang mana ada dah iyalah saya sedar diri yang saya kan dah bersuami." Kali ini aku terpaksa jujur yang sebenar-benarnya tentang perasaanku pada Faiz.
"Mustahillah kalau secepat itu kau lupakan dia kan?"
"Kalau awak curiga dengan saya. Habis awak ingat saya tak curiga dengan awak ke? Tiba-tiba nak dekat saya. Apa jaminan awak tetap bersama dengan saya? Macam mana kalau saya betul-betul serahkan segalanya cinta saya untuk awak. Adakah cinta awak takkan berpaling sedikit pun kalau Eliana muncul balik dalam hidup awak? Apa jaminan awak? Andai kata kalau awak tinggalkan saya masa tengah perlukan awak. Saya macam mana? Sekurang-kurangnya lepas awak tinggalkan saya. Awak dah bahagia dengan Eliana tapi saya? Saya ni perempuan dah ada anak pun. Ada je ke lelaki nak dekat saya?" Giliran aku meluahkan apa yang terbuku dihati.
"Kau masih tak yakin lagi dengan aku?"
"Iya, memang tak yakin langsung. Kita masih baru lagi Harraz. Selama ini saya pun anggap awak macam kawan aje cuma layanan aje memang layanan saya pada awak macam layanan seorang isteri pada suaminya."
Harraz mengeluh.
"Awak tau tak masa awak urut kaki saya tadi. Saya ingat apa?"
Harraz kembali memandangku semula.
"Saya ingat masa acara sukan yang cikgu buat tu. Masa tu seminggu lepas kita dinikahkan. Awak ingat tak yang saya tak sengaja jatuhkan Eliana. Saya bersumpah tak ada niat pun nak sakiti dia. Semua tahu kalau saya main memang kasar sikit tapi lepas Eliana jatuh. Maryam beria-ria marahkan saya. Awak pula datang dekat Eliana. Muka risau yang awak pamerkan pada Eliana dulu sama macam tadi. Dalam masa yang sama saya teringat dulu betapa bencinya awak pandang saya masa tu. Saya rasa diri saya tak layak bila saya ingat semua tu. Saya cuba nak buka hati ini tapi minda saya masih dihantui masa lalu." Aku meraup wajahku.
"Aku tak tau nak cakap macam mana sebab aku memang bukan macam lelaki lain. Aku tak pandai nak ungkapkan perasaan pada perempuan yang aku tahu hanyalah berterus terang. Aku cuma nak kau tahu yang aku betul-betul sayangkan kau. Bukan sebab kau ibu pada anak aku dan bukan sebab aku nak tebus rasa bersalah pada kau selama ni. Aku ikhlas sayangkan kau. Selama aku dengan Eliana, aku tak pernah rasa macam ni bila dengan dia tapi bila dengan kau...." Belum sempat Harraz menghabiskan kata-katanya aku mula mencelah.
"Dahlah, lelaki kalau nak yakinkan perempuan mulalah cakap macam tu. Hakikatnya, bila dah jumpa kekasih hati mulalah lupa semuanya. Kami ni tak ubah macam persinggahan sebelum lelaki tu jumpa seseorang yang tepat."
Harraz mula memegang tangan kiriku lalu di genggam kemas. Tangannya sebelah pula menyentuh pipiku.
"Aku nak kau pegang janji aku. Aku janji takkan tinggalkan kau walaupun apa pun yang jadi. Aku seseorang yang berpegang teguh pada janji. Percayalah pada aku."
"Macam mana kalau awak mungkir janji?"
"Sampai mati aku akan dihantui rasa berdosa sebab tinggalkan kau. Hidup aku takkan bahagia pun kalau aku tinggalkan kau sebab aku dah mula sayangkan kau. Kau satu-satunya perempuan yang berani berhadapan abah walaupun kau tahu baran abah macam mana. Eliana dah bertahun-tahun kenal abah tak pernah beramah mesra dengan abah mahupun umi tapi kau. Kau lain, kau pandai ambil hati orang tua. Aku tertarik dengan sikap dan kebaikan kau."
Punyalah beria si Harraz nak menyakinkan aku. Aku sebenarnya ingin menganggukkan kepala saja sebagai tanda iya dengan kata-kata Harraz. Buat kali pertama aku nampak Harraz bersungguh-sungguh dalam perbuatannya berkaitan aku.
"Okeylah, saya cuba tapi dengan syarat!"
"Apa syaratnya?"
"Janganlah ber'aku kau' dah. Kata nak betul-betul saya terima awakkan? Jadi kita kena ubah panggilan dulu."
"Okeylah, intan payung." Tiba-tiba Harraz menyebut panggilan intan payung.
"Tak nak intan payung!" Aku mencebikkan bibirku.
"Iyalah Sayang abang ni. Orang biasa guna 'abang sayang' aje kan?"
"Ikutlah suka awaklah asalkan jangan intan payung sudah dan saya harap kalau setiap kali perkataan sayang yang keluar dari mulut awak tu adalah ikhlas dari hati." Aku meletakkan telapak tangan pada dada.
"Insya-Allah aku janji takkan sia-siakan kau lagi."
Bahagia aku mendengar sehingga berbahang wajahku menahan malu. Betul ni ke Harraz?
"Jadi sekarang ni kita dah setujulah nak berbaik kan? Tak nak ada persengketaan lagi kan?"
"Iya, kalaulah dari dulu kita berbaik macam ni entah-entah Inara dah dapat berderet-deret adik."
Aku mencubit perut Harraz.
"Ingat senang ke nak mengandung? Buat masa ni saya dah plan belum sedia nak mengandung lagi." Tiba-tiba sudah masuk bab anak.
"Tapi kalau dah rezeki kita sayang. Takkan kita nak menolak pulak? Lagipun kalau sayang mengandung lagi inilah masanya abang nak tebus balik kesilapan abang. Abang nak jaga sayang dari awal kandungan sayang sampailah sayang dah bersalin nanti."
Berat rasanya untuk aku berkata tidak pada Harraz. Anak itu memang rezeki dari Allah S.W.T kadang datang tanpa diduga. Sejujurnya selepas kejadian aku melahirkan Inara sehingga ke hari ini aku masih belum berniat untuk hamil lagi pada masa yang akan datang kerana masih mengalami trauma dulu. Aku takut kalau itu terjadi lagi bahkan akan menjejaskan kesihatan kandungan, cuma Allah S.W.T sahaja tahu yang aku hampir pernah kehilangan Inara sewaktu dia masih dalam kandunganku.

ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...