BAB 93

568 11 3
                                        

"Abang tak sangka yang Farhan pergi dalam keadaan begitu." ucap Harraz. Selepas selesai urusan pengebumian. Harraz terus mengajakku pulang. Lagipun sekarang pun dah waktu menganjak hingga ke pukul satu pagi.

"Saya lagilah tak sangka. Iyalah, sebelum saya kenal abang mahupun Faiz. Dialah lelaki yang pertama pernah menjadi rapat dengan saya. Dan dia juga adalah...."

"Cinta pertama sayang kan?" Harraz mencelah.

Aku hanya mampu berdiam diri.

"Dari kisah Farhan kita belajar yang cinta tak harus dimiliki walau sesukar manapun kita berusaha dan mengejar andai takdir tak menyokong. Begitu juga dengan kita berdua, sebenci manapun kita zahirkan rasa itu. Serapi manapun rancangan kita untuk berpisah tapi perancangan Tuhan lebih sempurna. Akhirnya, kita bersama dan saling mencintai."

Aku agak tergamam mendengar Harraz berkata-kata persis seorang pakar dalam hubungan.

"Memang saya cintakan Farhan sebelum ini, malam sebelum awak sentuh saya tu. Dia ada akui perasaan dia. Masa tu saya rasa dunia saya bahagia sangat sebab tak pernah ada lelaki yang seberani dia luahkan perasaan pada saya selain dia. Dia terlalu baik. Tapi entah kenapa satu hari tu dia berubah dia pulaukan saya. Lepas dia buat macam tu, rasa cinta saya terus mati untuk semua lelaki. Saya rasa cinta ini benda yang menyakitkan. Keadaan lagi berubah bila saya tau yang saya tengah pregnant. Sejujurnya saya dah serik untuk jatuh cinta lagi."

Harraz terlihat tekun mendengar ceritaku.

"Cinta saya pada Farhan tak sedahsyat cinta saya pada abang. Selalunya orang cakap cinta pertama sukar untuk dilupakan tapi tak. Saya boleh lupakan Farhan dengan mudah tapi bukan mudah untuk lupakan Adam Harraz."

"Dah lama abang nak tahu sejak bila sayang jatuh cinta dengan abang?"

"Saya sebenarnya pernah minat aje masa mula-mula. Alah, orang cakap suka main-main aje. Tapi entahlah, saya pun tak pasti sejak bila saya mula jatuh cinta dengan abang. Saya rasa sejak kita baru-baru berjumpa ni sebab majlis perkahwinan abang dengan Eliana tu. Saya perasan yang abang walaupun mulut tu suka menyakitkan hati saya tapi bila saya bercakap dengan lelaki lain. Saya nampak yang abang macam cemburu tapi tak tunjuk. Macam abang tengah cemburu tapi abang masih berlagak cool padahal hati tengah menggelegak tau." Aku teringat kejadian yang pertama kali aku bertemu dengan Harraz setelah tujuh tahun berlalu sewaktu perjumpaan yang ada Imran itu.

"Iya ke, ada ke abang berlagak cool? Masa sayang tengah cakap dengan orang lain." Harraz cuba mengingati.

"Ingat lagi tak masa ada Imran tu. Imran cakap yang dia sebenarnya dah lama suka saya. Dia luahkan perasaan dia masa dekat depan abang, Eliana, Ayu, Farhan, Maryam dengan Alisa."

"Itu ke? Okeylah, abang mengakulah. Tapi tak cemburu ya. Masa tu abang bengang gila dengan Imran. Dia mengaku baru berjumpa dengan sayang tapi dia dah mesra dengan sayang macam selalu jumpa. Memang balik tu abang ada cakap sikit dengan dia. Bagi warning dekat dia."

"Abang cakap tak cemburu tapi abang bagi warning dekat dia?" Dahiku berkerut-kerut.

"Saja, bengang tengok dia menggatal dengan sayang. Mentang-mentang abang tak handsome macam Imran. Sayang pun melayan aje si Imran tu. Tu belum kes ada budak kecik bagi nota berisi nombor telefon abang dia dekat sayang." Bunyi macam Harraz cemburu.

"Tu bukan cemburu ke Encik Adam Harraz? See, abang sebenarnya cemburu kan? Mengaku ajelah."

"Habis tu sayang telefon tak lelaki tu?"

"Malas, banyak lagi benda nak fikir. Nak jaga Inara lagi, nak kerja lagi. Itu belum campur lagi macam mana nak fikir supaya saya dengan abang berpisah dulu."

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang