"Ni nak bawak pergi mana ni?" Aku mengomel pada Harraz yang bawa aku entah kemana. Dia paksa aku bersiap-siap untuk keluar waktu aku sedang bersembang dengan umi. Umi nampak yang anaknya memujuk aku untuk keluar apa lagi umi pun turut memaksa aku ikut Harraz. Walaupun dah berkali-kali aku menolaknya.
Dua beranak ni nampak seperti berpakat untuk mengenakan aku. Aku mahu atau tak mahu terpaksa turutkan juga. Kalau ingkar tak pasal-pasal kena cop isteri derhaka pulak kang.
"Sayang tengoklah nanti." Dengan nada yang ceria Harraz berkata. Dia ni tak ada perasaan ke? Aku dah marah-marah dia pagi tadi. Takkanlah, tak terasa hati dengan aku? Kalau kenangkan semula percakapan aku pada Harraz pagi tadi. Boleh tahan jugak kurang ajar. Tinggi suara kut dengan suami. Dasar derhaka punya isteri. Baik kau cepat minta maaf dengan suami kau Eryna!
Harraz memberhentikan keretanya. Aku pandang sekeliling. Mencari benda kalau ada benda menarik ke. Iyalah, kalau tak kenapa Harraz tiba-tiba brek mengejutkan?
"Kenapa berhenti?" soalku yang sedang bingung.
"Tu tengok dekat sana tu. Ada apa?"
"Ada apa?" Aku tak nampak apa-apa melainkan kawasan perumahan.
Tiba-tiba aku nampak ada seekor anjing berwarna putih yang sedang menyelongkar tong sampah. Berkerut-kerut dahiku. Dah kenapa Harraz ni? Bawak aku ke sini semata-mata nak tengok anjing ke?
Mentang-mentang aku dah tinggi suara dengan dia takkan nak sumpah aku jadi anjing pulak.
"Cantikkan?" soal Harraz lagi.
Anjing pun lawa ke?
Aku hanya terdiam sambil memperhatikan gerak-geri anjing itu. Selepas tong sampah yang selongkar itu berhamburan sampah. Anjing itu pun berlalu pergi.
"Sayang, abang tengah cakap dengan sayang ni. Dengar tak?" Harraz mencuit bahuku.
"Apa dia?"
"Abang tanya rumah tu cantik tak?"
Aku jadi bingung. Ya Allah, rupanya yang Harraz nak tunjuk tadi tu rumah. Bukannya, anjing warna putih tadi. Iyalah, aku tak sangka pun yang Harraz masuk kawasan perumahan sebab nak tunjuk rumah. Maklumlah, aku tak pernah tahu siapa yang tinggal dekat sini. Jejakkan kaki disini pun tak pernah.
"Cantiknya, rumah siapa tu? Rumah kawan abang ke?" Aku memandang banglo dua tingkat itu agak kelihatan mewah daripada luar.
"Taklah."
"Habis tu rumah siapa?"
"Rumah isteri abang." Harraz menjawab.
Aku hanya menganggukkan kepala.
"Cantik, untung isteri abang dapat rumah tu. Eh, sekejap... isteri abang? Maknanya?" Aku jeda seketika.
"Abang ada berapa banyak bini lagi yang?"
"Rumah saya?"
Harraz menganggukkan kepala sebagai tanda iya.
"Seriuslah bang?"
"Seriuslah, takkan nak main-main pulak."
"Besarnya rumah tu. Abang kalau kita bercerai nanti rumah tu macam mana? Abang tak menyesal ke bagi rumah tu kat saya?"
"Apa sayang ni? Abang baru nak romantik dengan sayang. Tiba-tiba masuk bab cerai ni. Abang dah cakapkan kalau gaduh macam mana pun jangan sebut pasal benda tu lagi."
Aku menutup mulutku dengan kedua belah tangan.
"Okey, janji tak cakap dah."
"Rumah tu abang beli khas untuk sayang dengan anak-anak kita. Tak kira jadi macam mana pun sekali, rumah tu akan tetap jadi milik sayang. Abang tekankan dekat situ supaya sayang faham."
"Besarnya rumah tu, tak pernah seumur hidup tinggal dalam rumah banglo macam tu. Sebenarnya, saya dah plan nak beli rumah dekat sana. Nak bawak ayah tinggal sana sekali tapi ayah tak nak tinggalkan rumah tu. Banyak kenangan katanya. Cadangnya kan kalau kita jadi bercerai lepas abang kahwin Eliana tu memang nak pindah sana terus. Kalau boleh dah tak nak berhubung langsung dengan orang sini."
"Tuhan dah susun takdir kita cantik sayang. Gaduhlah macam mana pun, bencilah macam mana pun. Akhirnya, kita bersatu jugakan. Mungkin pertemuan kita agak menyakitkan tapi akhirnya kita dapat rasakan kebahagiaan tu bersama."
"Manis betul ayat abang eh? Saya minta maaf tentang Eliana semalam. Sejujurnya dari lubuk hati ni, saya memang cemburu tengok abang ambil berat tentang Eliana. Sampaikan abang asyik mengelamun aje ingatkan Eliana ngok ngek tu. Sakit hati ni tau tak!"
"Sayang sebenarnya nakkan kasih sayang sepenuhnya dari abang kan? Sayang takut kalau kasih sayang abang beralih pada orang lain macam tu eh?"
"Iyalah, nak ambil berat pun berpada-padalah. Tahap simpati saya pun ada had tau. Bukan saya tak kesian dekat Eliana tu. Tapi apa yang dah jadi tu adalah pilihan dia."
"Sejak pregnant ni makin menjadi-jadi cemburu sayang kan?" Harraz mencuit hidungku.
"Semua ni salah abanglah."
"Abang pulak yang kena? Apa yang abang dah buat?"
"Kalau tak abang yang buat saya pregnant tak adanya saya nak cemburu sampai tahap macam tu."
Harraz tergelak mendengar gurauanku.
"Iyalah, asal perempuan aje mesti dia yang nak menang. Lelaki semua salahkan?"
"Mesti, lelaki kena mengalah. Perempuan kena selalu menang." Aku menyokong lagi kenyataan Harraz.
"Rumah tu abang dah comfirm. Kalau boleh abang nak masuk rumah tu sebelum anak kita lahir. Macam mana pendapat sayang?"
"Iya ke? Kalau saya lepas bersalin baru nak masuk. Maklumlah anak baru, rumah pun barulah kan? Lagipun lepas Fathia letak surat peletakkan jawatan semalam. Saya ingat nak pindah cawangan dekat sini. Senang tak payah susah nak ulang-alik tiap-tiap minggu. Lagipun, kena cepat sikit sebelum kandungan makin sarat. Sekarang pun dah larat apatah lagi kalau dah perut makin kedepan. Makin tak laratlah jawabnya."
"Cepatnya, si Fathia tu letak jawatan."
"Orang dah nak kahwin. Biarlah dia, lagipun lepas kahwin dia nak ikut suami dia." Tiba-tiba aku teringatkan Faiz dan Fathia yang dalam perancangan untuk kahwin.
"Kalau sayang nak masuk rumah tu lepas bersalin pun tak ada masalah terpulang pada sayang. Abang ikutkan aje. Rumah tu kan milik sayang."
"Kira saya ni tuan rumahlah?"
"Mestilah, tapi abang masih ketua keluarga. Sayang aje tuan rumah."
"Okeylah, kalau macam tu. Abang, jomlah kita makan mee kari. Dah lama, mengidam ni."
"Kalau tak nak bawak boleh?"
"Okey, tak apa. Tunggu, saya nak merajuk balik. Tak pun, biar saya yang pergi sendiri." Aku mengugut untuk membuka pintu kereta.
"Turunlah, kalau berani nak kena kejar dengan anjing tu nanti. Padan muka!" Aku menujukan jari telunjuk pada anjing yang berada betul-betul depan kereta kami.
Kecut perut aku melihatnya. Anjing itu seperti mengawasi kereta. Terus mati hasratku untuk turun kereta. Alah, bukan nak turun betul-betul pun. Kalau aku turun kereta, aku nak balik dengan siapa?
"Kenapa tak nak turun?"
"Takutlah!"
"Tadi macam berani sangat." Harraz tersenyum mengejek.
Harraz menekan hon kereta maka bertempiaran anjing itu lari.
"Ingatkan, sayang turun tadi nak tolong jadi penghalau anjing tadi."
"Dahlah, tak payah nak perlilah." Aku mencebikkan bibir.
Tak lama itu kereta bergerak meninggalkan kawasan perumahan itu. Akhirnya, aku dan Harraz sampai ke restoran untuk memenuhi makanan yang mengidam semalam.
YOU ARE READING
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...