BAB 71

555 14 0
                                        

Pukul 6.30 petang aku menerima panggilan daripada Fathia yang menyuruhku pulang dengan segera.

"Assalamualaikum, Eryna. Saya minta maaf sebab menganggu awak tapi Datin Syarifah cari awak. Ada hal yang dia nak bincangkan, saya ada cakap yang awak ada kerja luar. Dia bagi masa sampai esok aje untuk bertemu. Kalau tak dia nak viralkan kedai kita. Ada staff kita buat masalah. Dia tengah tak puas hati tu." Mendengar kata-kata Fathia membuatkan jantungku hampir berhenti. Tak cukup dengan masalah Harraz tambah pula masalah baru.

"Okey, kalau Datin Syarifah ada call saya ke apa. Awak cakap aje saya tengah on the way sana. Insya-Allah, kalau tak ada aral melintang. Esok saya masuk macam biasa."

"Tapi setahu saya kampung awak jauh kan." Fathia seperti teragak-agak mahu berkata.

"Awak sendiri cakap urgent kan. Iya, saya bertolak sekarang. Pasal Datin Syarifah, awak jangan risau. Tahulah saya nanti nak berhadapan dengan dia nanti malam tolong hantarkan butiran tentang staff kita yang buat hal tu. Suruh dia esok pagi bertemu dengan saya. Saya nak soal siasat dia."

"Baik, hati-hati balik. Jauhkan kampung awak dengan sini." Aku tahu yang Fathia agak risaukanku.

"Tak lama pun hampir 4 atau 5 jam aje. Okeylah, kalau tak ada apa-apa saya nak berkemas dulu nanti kalau lambat. Lewat malam pulak saya sampai sana nanti."

"Iyalah, assalamualaikum."

"Walaikumussalam." Aku menutup telefon. Aku cuba menelefon Harraz. Masih dapat menghubungi namun tak berjawab. Aku cuma nak sampaikan padanya yang aku ingin pulang pada malam ini juga. Mungkinkah Harraz sengaja tak mahu menjawab?

Makin terasa aku dengan sikap Harraz. Tahulah yang dah jumpa kekasih hati. Semudah itu dia lupakan aku. Aku mengeluh. Aku segera mengemas baju-bajuku. Selesai mengemas bajuku dan bersiap-siap. Aku keluar daripada bilik.

Aku mencari umi di ruang tamu. Aku lihat umi sudah memandikan Inara. Umi sedang menyikat rambut Inara. Saat itu, aku menghampiri umi.

"Eryna nak pergi mana pakai cantik-cantik?" soal umi yang perasan kehadiran aku yang baru menghampirinya.

Aku memegang tangan umi.

"Kenapa Eryna?" Dahi umi berkerut-kerut melihat.

"Eryna kena balik umi."

"Hah? Sekarang ke?" soal umi yang agak terkejut.

"Tak ada angin tak ada ribut tiba-tiba nak balik kenapa? Gaduh dengan Harraz ke?" Soal abah yang tiba-tiba muncul.

"Eh tak, kami tak bergaduh. Pembantu Eryna tadi baru call ada customer yang cari Eryna. Dia bagi masa sampai esok untuk Eryna munculkan diri. Kalau tak dia nak buat sesuatu. Eryna tak ada pilihan. Eryna kena balik sekarang."

"Ya Allah, dah nak malam ni. Eryna kan perempuan. Mana boleh drive malam-malam bahaya. Tunggulah esok pagi." Umi seperti berat mahu melepaskanku.

"Dah tanya Harraz ke? Dia benarkan tak?" soal abah.

"Dah cuba hubungi dia tapi tak dapat. Rasanya habis bateri kot. Tak apalah, lagipun Eryna memang ada hal penting sebab tu Eryna nak bertolak sekarang. Sekurang-kurangnya kalau sampai sana tak adalah lewat malam."

"Iyalah, balik hati-hati ya nak."

"Insya-Allah doakan Eryna selamat sampai. Kalau ikutkan Eryna takut nak drive sendiri. Tapi nak buat macam mana dah terpaksa kan."

"Kalau macam tu tunggulah biar Harraz yang hantarkan. Esok bukannya dia kerja pun. Dia boleh balik sini. Lagipun, Eryna kan ada silau mata?" Abah mengusulkan cadangan lain.

"Eh, tak apalah. Tak nak menyusahkan dia. Lagipun daripada tadi cuba hubungi dia tapi tak dapat. Kalau pasal silau tu tak adalah teruk mana pun. Okey aje lagi." Silaulah sangat! Bohong lagi.

"Harraz ni pun satu. Apa nak jadilah, lain kali kalau orang telefon tak angkat elok rebus aje telefon tu bagi minum. Harga telefon kemain mahal sampai beribu tapi bila call tak angkat." Umi membebel.

"Mungkin bateri dia habis." Aku cuba membela Harraz.

"Tak apalah, Eryna nak kemas barang Inara dulu ya."

"Eh, biar umi yang kemas. Barang Inara pun ada dalam bilik umi." Umi terus bangun menuju ke bilik.

Aku hanya melihat kelibat umi yang berlalu pergi. Abah duduk disofa.

"Tak silap abah tadi Harraz ada balik sekejap. Dia keluar balik pergi mana?" soal abah.

"Tak tahulah, tak tanyalah pulak." Bersahaja aku menjawab. Takkan nak cakap yang Harraz jumpa kekasihnya? Silap-silap Harraz makan pelangkung abahnya lagi.

Tak lama kemudian umi muncul semula dengan beg kecil berisi baju-baju Inara. Aku pun kembali ke dalam bilik tidur Harraz untuk mengambil barang-barangku. Jam di tangan menunjukkan pukul 7.05 malam. Aku menghela nafas panjang. Langit sudah gelap.

Aku terpaksa kuatkan hati untuk pulang malam ini juga. Sambil itu aku masih berharap agar Harraz sempat balik untuk melihatku pergi. Sekurang-kurangnya walaupun kami sedang bergaduh. Aku sempat mengucapkannya selamat tinggal.

Namun hampa, aku terus memasukkan barang-barang dalam kereta. Saat aku menutup bonet kereta. Umi menegurku.

"Dah cakap dengan ayah ke nak balik ni?"

"Belum lagi, tapi kalau cakap pun mesti ayah tak bagi balik malam-malam macam ni, nantilah bila dah sampai baru cakap dengan ayah. Takut pulak kalau ayah risau. Ayah pun bukannya sihat sangat pun." Aku memberi alasan.

Umi tak mampu berkata apa-apa namun jelas nampak wajahnya mempamerkan kerisauan. Begitu juga dengan abah.

Aku menyalam tangan umi dan abah kemudian diikuti dengan Inara. Ikutkan Inara tak mahu pulang lagi kerana dia masih belum puas tinggal disini. Aku pun kalau ikutkan hati masih belum puas tapi keadaan yang memaksa aku dan Inara untuk balik awal.

Selepas menghidupkan enjin, aku sempat berdoa agar perjalanan pulangku berakhir dengan selamat. Tatkala pedal minyak mula ditekan kereta mula bergerak namun ketika itu kereta aku berselisih dengan kereta Harraz yang baru sampai. Aku ada terniat untuk memberhentikan kereta sekejap untuk berjumpa dengannya tapi disebabkan aku masih teringatkan kejadian tadi. aku terus melanjutkan perjalanan.

Egokah aku? Iya, memang aku ego. Terlalu ikutkan hati dan perasaan. Keras hati dan masih tak mampu nak beri kepercayaan pada Harraz. Sedangkan dia sudah tunjukkan dirinya betapa sayangnya dia padaku. Sebelum ini, kalau aku bersedih dia dahulu yang akan minta maaf walaupun dia tak tahu apa salahnya. Disebabkan kehadiran Eliana dengan tekadnya mahu memiliki Harraz semula. Aku menghukumnya dengan cara begini. Malah pergi pun tanpa izin darinya. Aku mula kesal dengan perbuatan sendiri.

Tanpa aku sedar air mataku jatuh menitis ketika aku sedang memandu. Aku berusaha untuk sorok tangisan daripada Inara. Kalau Inara tahu nanti dia akan tanya macam-macam.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang