BAB 65

640 11 0
                                        

Faiz menyerahkanku sebuah kotak kecil. Aku menilik setiap inci kotak itu untuk meneka apakah barang didalam. Nampak macam barang kemas.

"Bukaklah takkan nak tunggu saya bukakan untuk awak Cik Eryna." Faiz menegurku. Aku pandang wajahnya sambil menjeling.

"Bagilah saya teka dulu."

"Nak main teka-teki pulak ke? Dah benda depan mata buka jelah." Faiz menggelengkan kepalanya.

"Yelah, nak bukalah ni. Kecohlah awak ni!" Aku mengomel lalu membuka kotak.

"Gelang tangan?" soalku pada Faiz.

"Murah aje." Itu sahaja mampu Faiz menjawab.

"Tapi saya macam kenal design ni." Aku perhati semula kotak itu. Rajin pulaklah mamat ni balut kotak dengan pembalut hadiah. Aku koyak kertas itu. Tertera jenama barang kemas itu.

"Swarovski? Patutlah design dia nampak macam kenal aje. Ni awak kata murah! Ingatkan murah harga sepuluh ringgit beli kat pasar malam." Aku mengomel pada Faiz. Ni mahu beratus juga.

"Sebenarnya nak beli aje emas dekat awak tapi tak apalah dah mama pernah belikan untuk awak. Saya beli ajelah yang tu. Hadiah tangkap muat aje. Lagipun bila tengok design macam sesuai dengan awak. Tangan comel aje kalau pakai."

"Ye ke, terima kasih Faiz." Aku terus memakaikan di pergelangan tanganku.

"Ini hadiah daripada mama." Faiz menyerahkan sebuah kotak lagi. Tampak elegan dan mewah.

"Mama bagi anting-anting. Awak pakai ke?" soal Faiz.

Aku terus membuka. Cantik sangat hadiah dari Puan Hasniza. Setiap ulang tahun kelahiranku dia selalu memberi barang kemas sebagai hadiah.

"Pakailah, kenapa kalau saya tak pakai awak nak pakai ke?" soal aku pada Faiz.

"Saja aje tanya."

"Terima kasih banyak-banyak Faiz. Cakap jugak mama terima kasih. Jangan lupa kirim salam sekali dia. Dah lama tak jumpa dia." Dalam sibuk bercakap aku masih menilik gelang yang baru sahaja ku pakai. Memang cantik! Kini mataku terkalih pada cincin pemberian Harraz. Aku tersenyum sendiri.

"Cincin tu hadiah dari Harraz ke?" soal Faiz.

Aku mengangguk kepala.

"Cantik tak?" Niatku sebenarnya ingin dipuji. Tak malu minta dipuji!

"Cantik, pandai juga Harraz pilih." Puji Faiz.

"Awak pun kurangnya. Pandai awak pilih Faiz. Awak sendiri pilih ke atau ada orang lain pilihkan?"

"Saya? Saya minta pendapat aje dekat orang kat kedai tu. Kalau ngam terus kasi angkat aje." Faiz memeluk tubuhnya. Aku sebenarnya perasan perubahan sikap Faiz. Dia dah kurang bercakap.

"Awak dengan Fathia macam mana?" soalku sengaja ingin mengorek rahsia khabar angin yang baru-baru ku dengari.

"Fathia? Kenapa saya dengan dia?" Faiz seperti pura-pura tak tahu.

"Kak Dilla cakap awak dengan dia ada hubungan. Bercinta ke?"

"Tak ada maknanya. Itu semua rumors aje. Saya dengan tak ada apa-apa pun. Memang kebelakangan ni saya kerap berjumpa dengan dia itupun sebelum ni saya berhubung dia sebab dia ganti awak. Awak dah balik saya berhubung dengan awak ajelah nanti Cik Eryna."

"Apa benda aje yang awak nak jumpa saya."

Faiz berdiam diri seketika.

"Kalau dah suka dengan Fathia tu cepat-cepat ajelah lamar dia nanti kena kebas putih mata kang."

Faiz mengeluh.

"By the way, photoshoot yang awak buat dengan Harraz hari tu diterima baik oleh Ilham. Ilham beri kata setuju untuk kami berdua collab bersama. Mungkin selepas kami bergabung hasil yang kami buat pun meletuplah. Mungkin selepas ini juga saya akan lebih berfokus pada videografer. Sebelum ni kerja sayakan berfokus hanya jadi photografer." Tiba-tiba dia menukar topik perbualan.

"Hebatlah awak Faiz."

"Mungkin saya boleh pertimbangkan ambil awak jadi model saya." Faiz bergurau.

"Jangan nak merepek. Tak menang tangan nanti saya." Aku ketawa kecil.

"Nanti saya e-mail gambar awak dengan Harraz tu. Jangan lupa frame besar-besar letak dekat butik awak. Sekaligus dapat promosikan syarikat saya jugak."

Faiz sebenarnya bukan pekerjaan jurugambar sepenuh masa. Dia selebihnya membantu pekerjaan mamanya. Kerja-kerja fotografi di studio juga kebanyakkan dilakukan oleh Ammar. Dia akan terlibat dalam kerja fotografi saat untuk mempromosi pakaian baharu mereka.

"Tengoklah kalau rajin."

"Awak macam mana dekat sana. Lebih seminggu tinggal dekat sana. Tahulah dah bahagia sekarang awakkan tengah hangat bercinta dengan suami sendiri." Tiba-tiba Faiz menukar topik.

"Hangat bercinta apa bendanya? Biasalah. Kami pun masih dalam proses mengenali. Hujung minggu ni nak balik semula sana sebab nak ambil Inara. Sekolah dah nak buka minggu depan." Sempat aku menyedut air jus apel sebelum berbicara lagi.

"Baguslah, kalau dah saling sayang. Dah tak payah nak kusutkan fikiran lagi. Lepas ni fokuslah pula bagaimana nak besarkan anak. Kalau ada rezeki tambah lagi sorang dapat anak lelaki lagi sorang pun okey. Dapatlah sepasang kan." Faiz tiba-tiba menyentuh soal anak.

"Awak ni saya baru nak berbaik dengan dia dah melalut sampai anak pulak."

Faiz tersenyum memandangku.

"Saya pernah cerita ke dekat awak pasal sorang kawan lelaki saya yang lama namanya Farhan."

Dahi Faiz berkerut-kerut nampak macam cuba mengingati.

"Tak? Tak tahu lagilah tu. Okey, kisahnya macam ni masa malam tu saya dekat rumah ayah nak balik ke rumah Harraz tu. Masa saya keluar tiba-tiba si Farhan ni cuba nak buat benda tak elok dekat saya. Awak ingat lagi Ahmad Nalzim yang suka dekat saya tu. Nasib baik dia ada. Dia terus tegur Farhan tu. Kalaulah Nalzim tak ada masa tu. Saya tak tahulah apa yang jadi."

"Siapa Farhan tu?"

"Okey, Farhan ni dulu pernah mengaku dekat saya yang dia simpan perasaan pada saya. Tapi satu hari tu dia berubah dia jauhkan diri saya. Saya ingatkan dia dah move on. Saya pun lupakan dia tapi sampai sekarang dia mengaku dia masih cintakan saya. Tiba-tiba saya rasa otak saya jam. Kalau dia cinta saya dulu kenapa dia tinggalkan saya dan bercinta dengan kawan saya. Sekarang dia tengah meroyan sebab saya dengan Harraz dah berbaik."

"Tak guna punya jantan." Maki Faiz.

"Harraz ada suruh buat laporan polis tapi saya tak nak."

"Kenapa pulak?"

"Saya tak nak benda yang sama jadi lagi Faiz."

"Apa yang akan jadi kalau awak report polis?"

"Dia pernah nak bunuh diri. Sayalah yang selamatkan dia dulu."

"Bunuh diri? Dari situ dah nampak dia ni tak betul. Awak nak tunggu si Farhan tu cuba apa-apakan keluarga awak ke baru nak buat laporan polis ke?"

Tapi Farhan bukan tak betul dia cuma tertekan. Aku terdiam sendirian. Benar juga kata Faiz.

"Saya dah lambat nak jumpa tailor nak hantar design dan ada discussion sikit. Saya minta minta diri dulu." Aku terus ubah fikirannya sebelum dibebel panjang oleh Faiz. Faiz pun faham yang aku sebenarnya mengelak daripadanya. Dia menghela nafas panjang. Sebenarnya, aku ada pergaduhan sikit dengan juga dengan Harraz atas kes yang sama dengan Faiz. Tentang tindakan Farhan.

"Terima kasih sekali lagi atas hadiah." Ucapku sebelum meminta diri untuk pergi.

Andaikan Cinta Itu AdaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang