Selepas selesai solat isyak Harraz menarik tanganku lalu dibawa ke dapur. Aku pandang sekeliling di sekitar dapur tak ada apa-apa.
"Kenapa?" Soalku yang masih bingung.
Harraz tersenyum padaku.
"Tadi umi cerita dekat abang yang isteri abang yang comel ni mengidam sesuatu tapi tak nak cakap dengan abang alasannya sebab tak nak menyusahkan abang kononnya." Harraz menunjukkan plastik berisi makanan di atas meja makan.
Aku merasa segan bila Harraz berkata begitu.
"Betullah, saya tak nak menyusahkan abang. Ikutkan tekak ni semua benda nak. Mengada-ngada." Aku mengutuk diri sendiri.
"Apa salahnya, demi anak kita ni. Dulu abang tak rasa pun pengalaman ada dengan sayang masa sayang tengah mengandungkan Inara dulu. Inilah peluang abang nak jaga sayang."
"Elok pun, abang tak tengok saya masa mengandungkan Inara dulu. Saya masa tu buruk gila. Selekeh, busuk dengan makan tak berjaga."
"Sayang jadi macam tu dulu pun sebab abang. Abang tengok sayang tak adalah teruk mana. Saja nak merendah diri."
"Abang juga yang cakap saya ni buruk dulu. Saya sedar diri siapa diri saya ni. Iyalah, saya ingat lagi kata-kata abang yang tak nak ada zuriat awak yang lahir dari rahim saya. Awak tak nak anak tu mewarisi segala keburukan saya." .
"Ya Allah, sayang. Tadi dah janji tak nak ungkit lagikan? Abang tipu aje. Sayang tetap cantik sampai bila-bila. Abang cakap macam tu sebab abang betul-betul tertekan dengan apa yang semua yang jadi. Kalau sayang tak cantik habis Inara tu cantik ikut muka siapa kalau bukan sayang."
"Betul ke saya cantik? Ikhlas ke ni?"
"Kalau tak cantik tak adalah si Farhan tu tergila-gilakan sayang sampai macam tu sekali."
"Habis abang tak tergila-gilakan saya ke?"
"Apa pula tak gila, sayang tak ingat yang abang sanggup drive malam-malam buta semata-mata untuk cari sayang dekat sana. Tu belum lagi sampai setengah mati menanggung rindu masa sayang tinggalkan abang dekat sebulan tu. Setiap hari abang tenung muka sayang dekat dalam gambar."
"Tenung gambar pun kalau masa tu melayan Eliana jugak."
"Saja nak layan Eliana masa tu. Dah sayang yang cabar abang. Abang pun layankan ajelah tapi sumpah abang memang tak ada hati dengan dia. Abang layan pun sebab nak bagi sayang cemburu aje. Abang bukan tak kenal sayang punya cemburu macam mana. Sikit-sikit cemburu. Abang pergi beli nasi lemak pun sayang tak bagi abang pandang makcik tu."
"Tak adalah sampai tu melebihlah pulak!" Aku mencubit pinggang Harraz.
"Sakitlah sayang."
"Kalau setakat mak cik jual nasi lemak buat apa nak cemburu. Lainlah kalau citarasa abang dah berubah minat makcik pulakkan. Suami sendiri apa salahnya nak cemburu? Dulu iyalah, nak cemburu pun tak layak sebab tak ada hak kan? Cemburu tu kan tandanya cinta. Kalau saya tak ada rasa cemburu tu abang patut risau tau sebab maknanya saya memang tak ada hati dengan abang."
"Iyalah." Harraz mengiyakan saja.
"Ni abang belikan nasi kerabu dekat saya ke?"
"Taklah, abang belikan untuk Eliana."
Aku menjeling tajam pada Harraz.
"Dah tahu tanya lagi. Takkanlah abang nak belikan untuk makcik nasi lemak pulak. Dah sayang yang mengidam sangat sebab tu abang belikan."
"Terima kasih abang, ni kalau saya makan banyak-banyak kalau saya dah gemuk. Abang betul ke akan setia lagi dengan saya?" Sengaja aku bertanya lagi walaupun sudah tahu jawapannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
Andaikan Cinta Itu Ada
RomanceSejarah silam yang membuatkan ERYNA SOFIA trauma berasa jijik dengan diri sendiri. Perkenalan antaranya dengan ADAM HARRAZ memberi sejuta kenangan pahit padanya walaupun pada awalnya Eryna mencintai jejaka itu. Mereka disatukan kerana fitnah orang k...
